Malaysia Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku bukan pelajar UIA tapi merupakan salah seorang pelajar IPTA dan aku saja nak kongsi apa yang telah aku fikirkan selama ini dekat sini.

Aku selalu sangat memikirkan kenapa setelah hampir 60 tahun kita merdeka, soal perpaduan masih menjadi satu isu dan masalah di negara ini. Kaum lain (baca:orang dagang) seumpama tidak mahu langsung untuk berasimilisasi dengan orang Melayu walaupun tak semua begitu. Ya, aku faham akan ada suara-suara yang akan mengatakan bahawa kepelbagaian budaya inilah yang menyebabkan Malaysia unik dan lain daripada yang lain tetapi bagi aku, kesatuan itu lagi penting dari keunikan.

Masalah perpaduan ini dapat aku lihat dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi. Masing-masing lebih selesa untuk bergaul sesama mereka yang sama kaum. Kewujudan sekolah-sekolah aliran vernakular menambahkan lagi masalah perpaduan dan jujur aku katakan sekolah-sekolah seperti ini harus dihapuskan sejak lama dahulu

Bagi aku, jika Malaysia mengamalkan dasar yang sama seperti yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia satu ketika dahulu, konsep negara bangsa itu akan tercapai. Amat sukar untuk kita menjumpai bangsa dagang yang masih menunjukkan identiti mereka di kedua negara tersebut.

Penyelesaiannya telah aku jumpa dan ini merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah perpaduan ini. Dasar yang menjurus kepada asimilisasi penuh sama ada secara sukarela atau paksaan harus dilakukan. Jika dasar ini tidak berjaya juga, masih ada cara lain yang mampu untuk kita lakukan, laksanakan sahaja pembersihan kaum bagi mereka yang sememangnya degil. Ya, memang ia kedengaran seperti sesuatu perbuatan yang amat kejam namun, aku amat pasti bahawa setiap kejayaan dan kemajuan yang kita impikan harus ada pengorbanan yang harus dilakukan.

Asimilisasi secara penuh itu dalam konteks yang aku fikirkan adalah penghapusan segala bentuk budaya dan ciri-ciri yang bukan asal daripada Tanah Melayu ini. Perbezaan budaya antara kaum di Malaysia sedikit sebanyak menjarakkan lagi hubungan antara kaum. Kalau ada yang berpendapat bahawa aku tak patut untuk berkata sebegini kerana kita sepatutnya belajar cara hidup dan budaya kaum lain, aku nak tanya balik, apa yang anda tahu mengenai budaya dan ciri-ciri kaum lain dan apa yang mereka tahu mengenai kaum kita? Segala umumnya dasar kebangsaan yang cuba diterapkan oleh kerajaan GAGAL. Terimalah dengan hati yang terbuka.

Ini adalah sedikit sebanyak mengenai idea aku kalau aku berjaya mendapat jawatan yang paling penting dalam negara. Ini hanyalah penyelesaian awal sebagai permulaan kepada kebangkitan negara ini. Setiap pemimpin yang hebat akan menyatukan dahulu rakyatnya sebelum menyelesaikan masalah yang lain.

Aku sentiasa terbayangkan Malaysia menjadi sebuah negara yang unggul dan agung pada satu ketika nanti dan mengulangi semula kegemilangan yang pernah dicapai oleh empayar Srivijaya,kerajaan Melayu Melaka dan sebagainya. Inshaallah kalau aku rajin aku cuba pula menulis tentang langkah-langkah seterusnya pula.

Nota: Jangan dikaitkan pula aku sebagai UMNO, sebab aku bukan pencacai politik. Radikal Melayu mungkin ya. Hahaha

– Bakal PM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit