Malaysia Dan LGBT

Terima kasih admin kerana siarkan luahan dan perkongsian ni. Niat cuma satu, nak sedarkan rakyat kita dan mungkin pembaca boleh kongsi pendapat dan cadangan nak hapus masalah ni. Mohon teruskan baca apa yang saya sampaikan walaupun penggunaan bahasa tak menarik.

Saya cuma nak berkongsi tentang isu hangat sekarang ni di negara tercinta kita Malaysia. Sebab tak ramai confess pasal negara kita. Tahu kan LGBT. Bila sebut LGBT maknanya sama lah seangkatan dengan liwat, cabul dan rogol. Sama jantina. Anak sendiri pulak. Bila fikir, Allah..terlalu banyak kes macam tu sampaikan kita rasa benda tu biasa, dan tak pelik di mata masyarakat. Kita kena tahu, benda ni memang masalah yang saaangat sangat sangat besar.

Cuba fikir 10 tahun akan datang. Si ayah liwat dan rogol anak lelaki belasan tahun. Ada lagi kes budak darjah 1 cabul budak tadika. Darjah 1??!! Ni serius. Darjah satu kita buat apa kalau dulu2? Main guli, main masak2, melekat dekat mak ayah je. Kanak-kanak Palestin darjah 1 lawan tentera Israel kot, belajar melawan musuh2, solat depan tentera Israel yg tak lepas dari senjata. Tak kira lagi pakcik makcik yg dah tua pun ada juga kes liwat, rogol, cabul anak sedara. Banyak lagi kes2 songsang sebegini yang tak dicerita tapi cukuplah.

Ada jugak yang merelakan. Sama sama “seronok”. Sanggup keluar, sewa hotel, ikut saja nafsu ikut pakwe makwe suruh. Amat-amat memalukan dan menggelikan!! Salah satunya sebab wechat lah. Baru kenal sebulan dua dah berani keluar.

Tu yang buat tersembunyi yang orang tak nampak. Yang depan2 pun ada, viral dekat mana lupa dah, pasangan buat benda tak senonoh. Tak kira peringkat umur dari darjah 1 hinggalah 50-an.

Tengoklah remaja2 sekarang, kanak2 sekarang, pandai buat semua tu. Tengoklah Malaysia macam mana nanti. Sekarang pun dah kritikal. Hanya kerana “nikmat” dan “kepuasan” diri semata. Tapi kalau dah buat sama jantina, tak tahu nak cakap apa. Doa lah banyak2 moga sempat bertaubat sebelum bala timpa kita. Kau tunggu!

Mohon ambik serius kes macam ni.

– Salah seorang rakyat Malaysia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit