Malaysia Macam Ini Juga Ke?

Hi, nama diberi Spedster, nama gelaran yang saya berikan untuk diri sendiri.

Saya pelajar yang melanjutkan pelajar ke overseas, course yang diambil biarlah dibiarkan rahsia. Tapi apa yang saya boleh katakan saya mengambil jurusan agama.

Ramai yang bertanya saya kenapa kau nak sambung aliran agama sedangkan jaminan pekerjaan untuk subjek yang bukan agama adalah lebih besar dan meyakinkan.

Pada awalnya saya mengambil agama kerana hasrat keluarga yang dahulunya salah seorang daripada mereka juga disuruh berbuat demikian, tetapi tidak diendahkan dan saya dinasihatkan sedemikian rupa.

Abang saya juga pernah dinasihatkan untuk menyambung jurusan agama, tetapi beliau sekeras kerasnya menolak hasrat keluarga saya sampai bergaduh teruk.

Saya tak melawan kerana pada waktu itu saya merasakan inilah masanya untuk saya membanggakan family sebab saya selalu menghampakan mereka waktu pkp.

Saya hustle, push pelajaran saya sampai spm pun saya dapat score. Tapi bermulanya titik gelap dalam diri saya kerana saya tak berjaya mendapat straight A.

Setiap hari, even sampai sekarang pun saya masih menyesali keputusan saya walaupun satu je B. Start daripada situ saya mula tak yakinkan diri dan mula negative self talk.

Saya tak bercerita dengan orang sangat tentang kehidupan saya kerana saya rasa tak de yang menarik tentang hidup saya. Mungkin ni bekas daripada dosa dosa yang saya buat terhadap family sebab tak memenuhi hak sebagai anak.

Walaupun secara zahirnya orang mungkin akan nampak saya ni sebagai seorang yang baik terhadap family and memenuhi tanggungjawab.

Tapi hakikatnya, dosa yang saya pernah lakukan saya pun masih menyesali walaupun kadang kadang saya terlepas juga.

Tak perlu bagi saya untuk mendedahkan dosa saya sendiri. Tapi yang boleh saya katakan saya terjangkit kesan daripada saya ‘cuba’ untuk mencari sahabat di sekolah menengah.

Saya trauma nak cari kawan baru. Saya takut untuk berbual dengan orang lain melainkan kalau classmates or kawan yang tegur saya dahulu.

Kesan kesan negatif tadi saya selalu pandang dari sudut pov yang negatif, sebab saya seringkali merasa I’m not good enough to make an impact for myself.

Tambah pulak bila saya belajar di luar negara, kesusahan yang saya hadapi selalu saya compare dengan kesengangan yang ada di malaysia.

Kalau aku belajar overseas ni mungkin aku tak delah sampai susah macam ni.

Tambah pulak dengan suasana mbelajar disini mmg tak supportive. Dalam batch saya hampir boleh saya katakan semuanya narcissistic.

Kalau saya express ideas saya dalam seaebuah subjek, mereka akan rod (melawan) habis habisan katanya macam kita pelajar agama tak perlu kot nak sibuk buat kita punya pandangan.

Pandangan mereka perlulah hanya berterasakan ulama sahaja.

Saya lawan balik dengan cakap kalau ilmu sains itu mana wujud masa adanya nabi tapi wujud dengan dikaji dan mencapai puncak kegemilangan ketika di zaman abbasiyah. tak de pun nak kena sanad ke nabi bagai.

Mereka mementingkan sanad habis habisan seakan akan kebebasan bersuara hanya terhad kepada cendekiawan dan para ulama sahaja.

Boleh saya katakan external energy itu pentingnya sama level dengan internal energy sbb masa saya dapat score spm tu pun berkat dengan positive surroundings.

Saya terkilan sebab saya tak pernah jumpa lagi dengan orang macam ni jadi saya melarikan diri sebentar ke satu persatuan ni yang conducter tu merupakan orang melayu.

Keep it short, persatuan tu syadid gile (keras) sebab dorang ni fokuskan dakwah semata mata and selalu adakan pertemuan yang memakan masa terlalu lama.

Kurangnya flexibility menyebabkan banyak yang bermusuh dengan persatuan ni sehinggakan baru saya tahu dorang pernah kutuk member cacat sbb dia tak pergi ke meeting dorang.

Kawan tak supportive, persatuan yang radikal and suasana belajar yang boleh saya kataka 100 percent lain gila dengan malaysia.

Saya dah start mempersoalkan hidup saya. Walaupun bertanya ke kawan di Malaysia tentang sistem yang dipakai kat Malaysia, tetapi satisfaction saya tetap tak capai apa yang saya nak.

Saya cuma nak melegakan diri untuk mengelakkan overthinking. Apa yang perlu saya buat? Kalau di Malaysia pun ada ke kes yang macam ni jugak?

Spedster (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *