Malaysian

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua warga pembaca. Harap admin terima confession ini..

Seperti tajuk di atas, Aku perkenalkan diri secara ringkas.. aku “rakyat malaysia”. Aku bukan anak raja, bukan anak perdana menteri, bukan anak tan sri, bukan anak menteri, bukan anak dato, bukan anak ahli politik.. hanya orang biasa biasa!

Memandangkan sekarang bulan ogos, tak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-62. oleh itu, aku ambil kesempatan untuk menulis dan ingin meluahkan isi hati sebagai rakyat malaysia…

Sekarang kebebasan untuk bersuara sangat terbuka di bumi Malaysia ini.. aku berpandangan itu satu perkara yang baik tetapi, kebebasan ini kadang digunakan sehingga menjadi benda negatif. Bebas menghina sesuka hati dan mengunakan bahasa kasar dan buruk..

Nilai kebebasan untuk bersuara menjadi platform untuk memuaskan nafsu dihati (segala yang terbendam di luahkan seperti amarah yang sekian lama tersimpan) kita boleh lihat dari segi bahasa dan ucapan mereka seperti sudah hilang akal!!!

Aku sebagai rakyat biasa juga ingin kebebasan bersuara. Namun apa daya diri hanya rakyat biasa, yang tidak di pandang apatah lagi untuk didengar suaranya.. Oleh itu, hanya penulisan saja aku mampu.

Jangan risau, kebebasan untuk aku menulis tidak akan menghilangkan nilai kesopanan dan kesusilaan yang termaktub di dalam Rukun Negara kita. Slogan “Budi Bahasa, Budaya kita” akan aku cuba gunakan dalam penulisan ini.. Walaupun sebenarnya mahu sahaja aku menjadi pedang yang tajam agar terbelah hati hati mereka yang bebas bersuara itu menjadi dua.

Ok ini luahan hatiku..

Sebelum pru14, Negara kita dilanda dengan “fitnah besar”.. Pelbagai perkara berlaku, pelbagai cerita keluar dari pelbagai manusia sehingga menjadi tajuk panas. Kenapa aku katakan “Fitnah besar”! kerna aku menganggap sebagai fitnah, kerana diri aku sendiri tidak tahu ke sahihan semua cerita itu.. dengan pelbagai jenis manusia yang membuka cerita itu dan ini.

Ada orang malaysia, ada orang luar (bukan orang malaysia) yang mengeluarkan cerita sehingga menjadi kontroversi. Aku cakap terus terang aku bukan mana mana ahli parti, dan aku tidak ada mana mana kegemaran parti dihati.. jika ditanya parti mana aku sokong ? aku hanya menjawab parti hari jadi..

Di sebabkan betapa panasnya cerita dan kontroversi ketika itu.. aku sebagai rakyat biasa pasti merasa risau dengan keadaan negaraku yang tercinta ini. mustahil jika aku katakan ketika itu aku tidak risau dengan keadaan negara kita… Tipu lah kalau aku katakan tidak kisah dengan apa yang berlaku!!

Orang yang tidak ada nilai patriotik dan kasih sayang terhadap negara sahaja yang akan merasa ‘relax’ tanpa gundah gulana memikirkan apa yang akan terjadi dengan Negaranya! Cerita dan kontroversi setiap hari semakin panas. Semakin hampir pru14, semakin hangat kontroversi seperti “pisang goreng yang panas” terjual..

Hanya doa sahaja menjadi senjata, Berdoa semoga Malaysia di pimpin oleh orang yang beriman, jujur, amanah dan berintegriti. Waktu tu doa bagaikan peluru tanpa henti menembak siang dan malam. Dan Alhamdulillah, ketika mendapat khabar bahawa Tun dr Mahathir menjadi perdana menteri.. hatiku merasa tenang dan lapang! aku bersangka baik dengan Allah mungkin ada sesuatu dan hikmah Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri semula dalam keadaan negara kita seperti kapal yang karam.

Jujur aku katakan di kawasan aku, aku tidak mengundi kerajaan sekarang.. bukan kerana aku tidak suka. Tetapi aku melihat dan menilai calon calon dikawasan aku.. dan dalam pemerhatian aku peribadi calon lain lebih layak. Aku bukan jenis orang yang akan memilih hanya disebabkan parti..

Tidak itu bukan aku! prinsip aku manusia itu yang punya peranan. Kerana setiap manusia punya hati dan fikiran.. contoh, dalam sebuah keluarga kalau bapanya tidak baik bukan bermakna seluruh ahli keluarga tidak baik, pasti salah satu anaknya baik. kalau anaknya tidak baik dalam sebuah keluarga, tidak bermakna kedua ibu bapanya tidak baik..

Dalam kehangatan pru14 yang belum reda waktu tu.. bulan Ramadhan akan disambut beberapa hari lagi. waktu tu pru14 dan bulan Ramadhan sangat dekat! kesibukan dengan pru14.. kita memasuki bulan Ramadhan, dalam bulan Ramadhan cerita dan kontroversi tetap berjalan.. waktu ni lah aku mengambil kesempatan untuk berdoa sebanyaknya di dalam bulan yang penuh kerahmatan.

Doa ku untuk negara Malaysia, agama dan ummah tidak pernah putus, sepanjang bulan Ramadhan aku berdoa dan aku pasti seluruh rakyat Malaysia berdoa untuk negara tercinta ini! Doa untuk kebaikkan Negara Malaysia tidak putus dan tidak habis di minta dan dipohon kepada Allah..

Doaku semoga Allah tunjukkan kebenaran dan bersihkan Malaysia daripada penghianat negara dan pembenci agama telah Allah buka.. sekarang kita boleh nampak mereka yang dulu hanya diam membuat kerja secara sembunyi kini keluar memperlihatkan diri. Aku tidak mahu menyebut nama nama itu..! pelbagai isu mereka timbulkan, pelbagai tuntutan mereka mahukan..

Paling kecewa mereka tanpa rasa sensitif menukar warna jalur gemilang, mereka tanpa segan silu menghina bidang ketenteraan dan institusi beraja, mereka tidak suka dengan tulisan jawi sedangkan bahasa kebangsaan mereka pun tidaklah sefasih mana! mungkin kerana mereka orang orang kaya yang punya banyak duit, berjawatan tinggi, mempunyai gelaran yang hebat membuatkan mereka angkuh dan sombong sehingga hilang kewarasan untuk menghormati Negara sendiri!!

Mereka yang sebelum ini, tidak pernah timbul tiba tiba keluar bagaikan cendawan yang tumbuh yang entah dari mana munculnya. Mereka mengaku rakyat malaysia tetapi tidak punya cinta dengan NEGARA MALAYSIA. Mereka kata, mereka ‘Malaysian’ tetapi hati dan fikiran mereka bukan untuk Malaysia tetapi untuk negara lain. Mereka ingin mengubah Malaysia ini, sehingga tidak menghiraukan identity Malaysia yang sebenar.. sesuka hati mereka sahaja untuk mengubah mengikut hawa nafsu mereka.!

Ada hikmahnya Tun Dr Mahathir menjadi perdana Menteri semula, kerna tun seorang yang tegas dan tidak mudah membuat keputusan untuk orang lain. Aku harap Tun terus begitu..

Ketidakpuasan hati mereka semakin hari semakin terserlah. ‘rasis’ ye mereka rasis.. apa tidaknya segala tentang Melayu dan Islam mereka persoalkan. Persoalan aku Mereka sebenarnya mahukan apa??

Mereka membenci agama dan bangsa ‘majoriti’ malaysia ini.. seperti mereka tidak pernah dilayan dengan baik!!! Kadang aku tertanya tanya ‘mereka’ selama ini tinggal di malaysia dalam keadaan tertindas ke.. Mahu saja aku pergi melawat dan melihat kehidupan mereka. Bangsa majoriti di Malaysia ini tidak semuanya hidup senang.. kenapa mereka membenci bangsa majoriti di malaysia ini!!

Kebebasan bersuara itu memperlihatkan niat di hati mereka yang selama ini terbendam. Jika aku di tanya tentang perpaduan kita sekarang dengan jujur aku katakan “perpaduan kita fake” penuh kepuraan. Di luar negara kita katakan perpaduan kita ok, namun tidak di dalam negara seperti “talam dua muka”. Itu realiti sekarang.! bukan cuba untuk memburukkan.. tapi kita perlu sedar perpaduan kita semakin terhakis. Anda boleh nilai sendiri.

Isu terbaru sekarang, mereka mempersoalkan tentang ‘dr zakir naik’ dan mereka mengatakan dr zakir naik menguggat perpaduan dan keamanan negara. Padahal sebelum dr zakir naik tinggal di Malaysia, perpaduan kita sudah goyah.. pelbagai isu perkauman timbul sebelum dr zakir naik tinggal di sini. Segala isu panas di malaysia tidak pernah dr zakir naik sentuh dan buka mulut selama dia tinggal di malaysia.

Entahlah apa yang mereka takutkan sangat dengan dr zakir naik, dia hanya manusia biasa.. dia tidak ada kuasa yang boleh mengubah manusia menjadi haiwan atau batu. Cubalah dengar ceramah dr zakir naik dengan jelas dan tanpa potongan video. Kamu akan faham ceramah dr zakir naik hanya ceramah biasa seperti ustaz ustaz di malaysia.

Apa yang berlaku kepada dr zakir naik ini, mengingatkan aku kisah imam Abu Hanifah, imam malik, imam syafie dan imam hanbali.. keempat empat imam ini pernah di fitnah dan diseksa. Ujian buat orang berilmu dan kuat imannya pasti di sisi Allah tinggi martabatnya.

Buat mereka yang suaranya boleh didengar.. tetapi apabila agama dan bangsanya di pijak! tetapi tidak ada satu bunyi yang keluar dari mulutnya dan tidak ada langsung tindakan di ambil. Terpulang untuk anda untuk tutup dan buka mata. Aku doakan semoga Allah memberi kesedaran dan taufik hidayah. aku tidak mahu mendoakan perkara buruk, kerana Hanya Allah swt tempat aku memohon pertolongan.

Sebagai seorang Muslim, aku berbaik sangka dengan Allah. Untuk semua yang terjadi ini, mungkin ini ujian buat umat islam untuk lebih memperkuatkan ummah kita. sekarang, adalah waktu umat islam di Malaysia di uji.. setelah umat islam di setiap negara di luar sana telahpun di uji.. kini giliran kita!

doa dan terus doa… untuk negara tercinta kita ini.

_________

Disini aku ingin memberi pengetahuan asas secara ‘free’.. untuk seluruh warganegara Malaysia! setiap rakyat yang punya kad pengenalan Malaysia perlu tahu dan fahami betul betul.!

INI IDENTITY MALAYSIA…

1. Malaysia Adalah Negara Islam

[Agama rasmi kita adalah Islam] ni identity negara kita. Seluruh warganegara Malaysia perlu faham dan terima.. oleh itu, jangan persoalkan jika negara ini mengikuti ajaran islam dari segi undang-undang dan kehidupan.

Ianya sama seperti Negara lain contoh seperti Thailand, agama rasminya adalah Buddha. Cara pelaksanaan negara mereka lebih mengikuti budaya agama Buddha. Sama juga di India.. Hindustan yang bermaksud tanah hindu. Namun, Malaysia tidak menghalang agama lain untuk beribadah.. diberi kebebasan untuk beribadah malah kuil dan tokong tempat ibadah juga tidak di halang. Di sini tidak ada penindasan agama seperti negara lain..

Buat ‘mereka’ yang tidak menyukai “malaysia negara islam”.. kamu boleh cari negara bebas dari agama dan agama islam. Betapa banyaknya negara di luar sana yang membenci islam dan menindas muslim, hanya tinggal pilih sahaja untuk kamu tinggal. Di sini saya tegaskan, Malaysia Adalah negara islam, itu kamu perlu hadam dan faham sebaiknya.

2. Bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun engkau benci orang melayu.. kena faham dan ingat Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu!!

Tentang Bahasa kebangsaan ni, aku sedikit kecewa.. betapa ramainya Rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan. Slogan ” I’m proud to be malaysian” tetapi bahasa kebangsaan sangat hancur. Entah mana silapnya.. aku tidak menghalang untuk rakyat kita ‘Multilanguage’, tetapi biarlah bahasa kebangsaan itu lancar seperti air terjun..

Kadang aku terkejut, orang non-malaysian lebih fasih berbahasa Kebangsaan dari orang Malaysia sendiri!

3. Negara kita Ada Rukun Negara

Rukun Negara tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 mei 1969

Kepercayaan kepada Tuhan,
kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.

a) Kepercayaan kepada Tuhan

– Menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum.
– Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Negara kita adalah negara beragama.. jadi hiduplah dengan beragama.
– Setiap rakyat menghormati amalan keagamaan masyarakat.

b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

– Menjamin keutuhan Negara.
– Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada seri paduka Baginda Yang di-pertuan Agong.
– Keutuhan negara dinikmati bersama-sama oleh rakyat melalui kesetiaan kepada Raja dan Negara.
– Oleh itu, sesiapa yang menghina Raja dan Negara dia telah meruntuhkan keutuhan Negara.

c) Keluhuran Perlembagaan

– Menjamin kesejahteraan rakyat.
– Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara.
– Perlembagaan negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
– Setiap warganegara malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan. Serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan negara.
– Perlembagaan persekutuan menjadi asas penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

d) Kedaulatan undang-undang

– Mempertahankan keadilan.
– Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
– Undang-undang negara berasaskan kepada pelembagaan oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.

e) Kesopanan dan kesusilaan

– Menerapkan nilai murni.
– Menjaga tatasusila seperti gerak laku dan tutur kata dalam masyarakat.
– Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.

Aku harap seluruh rakyat malaysia hadam dan tambah ‘knowledge’ agar jadi rakyat Malaysia yang cinta Malaysia dan bukan hanya nama. Perbezaan rakyat patriotik dengan rakyat yang tidak ada patriotik di hatinya bagaikan seperti ‘Halimunan’. Bila ada keperluan muncul, tetapi bila tidak ada keperluan lagi.. hilang entah ke mana.

Ingin, setiap Negara ada ‘identity’ nya .. dan ini identity negara kita. Jangan sesuka hati ingin mengubah identiti sebuah negara!! Negara kita kaya dengan adat, budaya dan rakyat yang hidup beragama.. tidak perlu ikut negara orang lain. Negara luar yang engkau agungkan itu pun tidaklah sehebat dan sebagus mana.. sehingga sanggup mengubah negara!

Berharap pihak berwajib menjalankan tanggungjawab dengan adil, jujur dan amanah. Agar semua rakyat Malaysia tidak terkecuali dikenakan undang-undang, walaupun mereka kaya, berjawatan tinggi, mempunyai pangkat atau ahli politik. Tindakan yang adil perlu dilaksanakan.. jangan takut jika benar, takutlah jika anda tidak jujur dalam tugasan. Dunia selamat, namun akhirat..

*kepada semua yang ingin menulis komen di ruang komen. Jagalah Bahasa anda… dilarang komen negatif dan menghina agama lain dan bangsa! Tahniah bagi Orang yang komen dengan bahasa yang baik dan positif, anda adalah orang yang bijaksana, bagi yang menulis komen negatif dan bahasa yang buruk anda telah mempermalukan diri sendiri.

Terima kasih membaca sehingga kepenghujungnya luahan hati atau kebebasan bersuaraku dalam penulisan ini.. Maaf atas salah silap, penulisan ini tidak ada niat tersembunyi dan tidak di pengaruhi dari mana mana parti politik. Aku hanyalah rakyat biasa yang cinta keamanan. Akhir kata, sekali lagi aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan dalam menulis luahan ini.

– Rakyat Malaysia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *