Saya umur 37. Saya mengamalkan gaya hidup sihat. Tak minum air manis, tak makan benda merapu.
Saya makan memang kurang la. Pagi kadang makan telur, kadang tak makan. Tengahari makan nasi.
Malam kadang-kadang ja makan nasi. Selalunya makan bihun sup ke, laksa ke, goreng-goreng ke.
Lain dari tu, jajan ke apa saya tak makan langsung. Setiap hari saya pergi joging atau brisk walk.
Kalau tak dapat setiap hari pun, seminggu 3 kali mesti ada. Saya buat supaya saya sihat. Air masak 2 liter lebih saya minum.
Saya ada kawan baik, kami sebaya. Kenal dari sekolah.
Dari sekolah pun dia jenis makan makanan tak sihat, air tin setiap hari, nugget, hotdog, processed food.
Rezeki kami dapat kerja kilang sama. Saya sayang kawan saya tu. Meningkat usia, saya selalu nasihat dia tentang gaya pemakanan dia.
Pagi-pagi dah makan nasi dengan air manis. Teh ais la, Milo ais la. Tengahari nasi, malam nasi. Air masak minum juga tapi tak banyak la. Air manis 2-3 kali dia minum.
Tu belum lagi fast food sedia. McD, KFC, burger. Air-air manis yang viral tu jangan cakap la… boba la, Tealive la semua dia balun. Dia pun jenis tak bersenam.
Bila saya nasihat, dia akan ketawa. Dia cakap ala enjoy la makan… esok tak tahu boleh makan ke tak.
Maunya esok mati ka… tiba-tiba sakit ka, nanti dah tak boleh makan apa kita nak.
Masa tu menyesal tak sudah. Time ada peluang ni makan ja la apa kita nak.
Kawan saya jenis happy go lucky. Tak peduli apa pun. Bagi dia, esok punya masalah esok baru fikir.
Kawan saya badan agak berisi sikit. Tapi bukan gemuk. Sebab dia tinggi, so nampak tough.
Berbanding saya, saya memang kurus. Saya kan jaga badan.
Saya selalu nasihat kawan saya ajak buat pemeriksaan kesihatan tapi dia selalu tak nak.
Saya memang setahun atau 2 tahun sekali ada buat. Cuma sejak Covid tu tak buat dah. Kerja pun sibuk.
Tapi saya masih dengan gaya pemakanan yang sama. So saya fikir kesihatan saya pasti maintain ja kan.
Baru-baru ni saja ajak kawan buat medical yang under kilang punya. Hari tu mood dia baik, so dia setuju.
Keluar result, terkejut saya. Doktor cakap paras gula saya dah border. 6. Kolesterol jahat tinggi. Asid urik tinggi sikit.
Termanggu-manggu saya… macam mana pulak keputusan macam ni. Saya tak puas hati.
Masalahnya result kawan saya semua normal. Saya fikir ke result tertukar.
Saya bertekak dengan doktor. Doktor cadangkan minum air gula then ambil result lagi.
Saya bengang. Saya ambil cuti 2 hari pergi buat kat swasta. 200 lebih bayar. Saya berharap keputusan tu salah.
Bila result swasta keluar, memang betul gula dan kolesterol saya diorang highlight.
Mak dan ayah memang ada kencing manis. Sebab tu saya sangat berjaga. Tapi results houmoglobin, tak tahu la ejaan dia macam mana, doktor cakap 5 lebih hampir 6. Kira tinggi.
Saya rasa sangat down dan kecewa… sampai saya menangis depan doktor.
Doktor nasihat, boleh perbaiki lagi. Doktor ada nasihat cara pemakanan saya.
Doktor suruh stop nasi putih. Ganti dengan brown rice. Cumanya masih rasa down.
Kita yang beriya jaga makan diuji macam ni. Yang makan tak ingat apa, sihat ja. Saya rasa malu dengan kawan saya.
Saya nasihat dia macam-macam, last-last saya pulak yang tak sihat. Dia? Sihat happy macam biasa menikmati makanan dia.
Saya kemurungan terus dengan result tu. Kawan saya pulak sepertinya tak faham perasaan saya.
Dia kata la, macam mana keputusan hang macam ni… sedangkan hang nasihat aku macam-macam.
Tu la aku dah kata dah, jangan fikir hari esok. Sekarang hang nak kena pantang makan.
Ada jugak la rasa, tahu gini baik aku bedal ja makan apa yang aku nak.
Time raya, nak makan kuih raya 3-4 biji pun takut… air manis langsung tak minum. Tapi gula tinggi.
Ya Allah… stressnya rasa… sampai sekarang ni pergi makan dengan dia, rasa nak ja makan macam dia.
Kot-kot tiba jadi sihat. Ya Allah. Otak pun macam tak betul dah fikir. Dari sekolah kot kita jaga makan.
Entah la Ya Allah… depress sangat rasa…
– qc (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hidup mmg begitu, apa yg kita harapkan kdg2 x menjadi, pdhal org yg x kisah sgt tu ok je.. dari skolah dlu saya slalu jd mcm tu.., kdg2 sya cba positifkan minda, jgn fikir yg negatif, tp tetap jd jugak.. cthnya, sejak dari tingkatan 4, saya telah belajar bersungguh2, klaw dah dekat nk exam lg lah, sebelom subuh saya dah bangun utk blajar dsb.. sya dduk asrama, mse mnggu preksa spm, saya sanggup x turun ke dining hall utk mkn, cuma mkn mkanan ringan sambil baca buku pelajaran, sya rasa dpt ‘jimat masa’ dan penuhi otak dgn pelajaran yg berkaitan dgn exam.. tp hasilnya, kputusan exam spm sya cuma biasa2 shj, pon saya tetap syukur.. brbanding dgn kwn2 yg slalu tidur, lepak dgn kwn2, dan aktif sukan, ada yg dpt kputusan cemerlang.. saya tidak ‘iri hati’ atau jeles, mngkin itu rezeki mrk, atau mrk mmg ‘genius’, tp saya malu n kecewa dgn diri saya sendiri, dan yg paling saya kesal ialah, kedua ibubapa saya yg mengharapkan saya dpt kputusan yg lebih baik, walau pon mrk x tunjukkn ‘kekecewaan’ mrk dgn kputusan itu, tp saya pasti mrk berasa begitu.. dari segi kesihatan pon begitu, spt yg confessor cerita tula.. tp saya tetapkan di dlm hati, dan kpd org lain juga.., bhw kita telah mencuba sedaya upaya kita, Allah juga yg akn menentukn segalanya.., pasti ada ‘hikmah’ di sebaliknya dan semestinya kita harus redha di samping mencuba yg lbh baik pd mse akn dtg.. wallahu a’lam bissawab..
Tu la ko, sibuk sgt hal orang..
Lain kali tak perlu sgt sibuk hal orang .
Dia bukan minta duit ko pun nk makan fast food
Ye ko mmg la sayang kat dia ke apa..
Tapi takde kaitan dgn ko. Ko dh nasihat dia. Dia x nk dgr ko x yah beria sibuk..
Tapi utk kes ko..
Genetik la tu..tapi ko mmg dh biasa amal hidup sihat, insyaallah senang nk maintain
Buat apa nk malu dgn kwn..betul la apa yg awk buat tu, jaga kesihatan cuma Allah uji awk dgn penyakit walau dh cuba yg terbaik. Ikut je ckp doktor, perbaiki mana yg boleh, ambil ubat yg disarankan. Sy ada petua kalau awk nk ikut..
Hilangkan Kencing Manis
– ambil 1 batang kulit kayu manis & beberapa biji bunga cengkih (3-4 biji), rendam dalam air panas setengah gelas dan minum bila dah agak suam/sejuk. Amalkan pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur.
Kurangkan Kolestrol
– ambil beberapa ulas garlic (3-4 ulas), rendam dalam air panas setengah gelas dan minum bila dah suam/sejuk. Amalkan pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur.
Ini adalah petua org lama, terpulang kpd awk utk cuba. InsyaAllah kalau rezeki berpihak kpd awk, boleh menjadi, if you don’t want, just follow the doctor’s advice..semoga awk tak patah semangat dan dikurniakan kesihatan yg baik.
Air masak kena minum ikut berat badan, bukan sampai 2l lebih minum. Ko google la kiraan die aku tak ingat
Itu pun sbb awak jaga makan & buat senaman.. kalau tak jaga makan, maunya result naik mencanak sampai kena injek insulin.. papepun dont think too much… Relax n get enough sleep, baru boleh fikir dgn logik n rasional.. take care qc..
Cuba taip pmls lkc atau pmls lazy keto club. Kat sana ada ajar mcm2 termasuklah nk baca keputusan blood test. Kolestrol tu sndiri bnyk jenis vldl,hdl aku pun x reti nk explain tapi mmg doktor2 akan baca result kolestrol scr general je pdhl x tepat. Ada bnyk lagi test utk uji kesihatan scr tepat.. kalau betul2 nak sihat buatlah lazy keto. Eliminate terus karbo.. cuba sebulan dua dan rasakan perbezaannya. Tapi bnda mmg kena belajar so hang taip je pmls lkc kat facebook k. Tolong jgn give up jaga kesihatan. There’s so much yg kau belum tahu pasal kesihatan holistik. Apa yg kau dh buat tu dah 80% betul. Lagi 20% kau kena belajar lagi. All the best
Think positive..Allah bagitau sekarang supaya TT boleh ambil tindakan segera dengan ikut nasihat doktor atau ambil tindakan alternatif. Kadar metabolism kita berbeza sebab itu result kwn TT tu ok je..tambah pulak TT mmg ada sejarah keluarga yg ada kencing manis
Baca crta rutin awak..mlm awk still mkn.. Tk mkn nasi awk mkn mee hoon mkn lksa tkpn goreng2.. Still ada karbo yang…jd tklh jga sgt.. Okla tu.. Jgn kecewa sgt..mantain bersemangat jga kesihatan.. Positif.. Insya Allah jd penawar pertama awak. Jgn mula sebat semua mknn plk mcm kwn tu..drh dia kuat kita tk sama mcm dia. Bagus awak nasihatkn kwn jga kesihatan.
Itulah tanda Kekuasaan Allah. Kadang kita ingat kita ni ‘in control’ of banyak perkara dalam hidup kita. Sebenarnya Dia yang Maha Berkuasa. Kadang kadang ujian begini sebagai ‘teguranNya’. Allahuak’lam.
Kawan awak tu sbb belum kena lg.. dia ok skrg sbb muda lg.. tgk nati dh 40,50,60..mcm2 keluar penyakit nt..
Mcm awak ada sejarah keturunan penyakit tu mmg kena lg berjaga2 lah..
Xpe.. teruskan dgn jaga kesihatan..
Tahap stress juga boleh mempengaruhi kesihatan. Stress yang berlebihan boleh mendatangkan keradangan dalam badan. Awak tengok kawan awak tu happy go lucky kan, dia menikmati hidup dia seadanya, sebab tu bacaan dia semua cantik.
Makcik cadangkan selain awak menjaga kesihatan dan pemakanan, cuba jangan terlalu stress dan nikmati hidup seadanya.
Mekanik badan manusia ni berbeza. Ada orang yang semua makanan pon dia bantai tapi lifestyle dia aktif. Semua benda yang kurang baik dia makan itu diproses dengan baik oleh badan dia dan dikeluarkan balik melalui peluh ke najis ke, jadi dia kekal sihat. Ada orang pulak macam kita ni ada penyakit keturunan macam diabetes, bila kita makan gula sikit pon atau compleks carbo macam nasi yang akhirnya jadi glucose (gula) jugak tapi badan kita tak mampu proses dengan betul, jadi gula tu kekal dalam badan dan membawa penyakit. Jadi fokus je la ka diri kita dan pahammekanik badan kita. Untuk orang lain tu nasihat sikit2 boleh la sebab kita tak tahu mekanik badan dia.
Paham rasa sakit ati awk tu…tu smua sbb genetik….if sejarah fmly ada terima je la…akak pn sama…tp akak bantai je mkn..mlas nk pikir…g check bp kna bebel…lantak la..ubat pn akak xambik…malu dgn kwn..mmg..kwn plak jenis bising..ish knapa tinggi sgt bp..mcm2..lg la ko stress dik…last2 nk aman abaikan je kte tau diri kte….rasa nk mkn2..tp bpada..dr awk myesal sbb xrasa nikmat mkn…hidup awk dik..buat apa awk nk jnji hepi…
Kencing manis ni kebanyakan kes disebabkan genetic. Tak boleh nak buat apa. Bukan salah siapa2. Memang Allah beri ujian kesihatan kepada orang Dia suka. Kena sabar, kalau kena makan ubat, makan lah ubat. Untuk kencing manis sebenarnya kena buat exercise yang membina otot. Bila muscle mass naik baru kurang kan kesan insulin resistance. Bila nak bina muscle kena makan high protein diet dan exercise angkat berat.