Malu Itu Perisai, Tapi Bukan Untuk Semua

Sebagai seorang jurupandu wanita yang sudah lama mengendalikan aktiviti pendakian, saya sering berhadapan dengan pelbagai ragam peserta.

Ada yang terlalu berhati-hati, ada yang cerewet tentang kasut dan sunblock, dan ada juga yang begitu santai… sampai melampaui batas santai itu sendiri.

Pada satu hujung minggu, saya memimpin sekumpulan wanita mendaki sebuah bukit popular. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang — ada yang berpengalaman, ada yang baru pertama kali memijak tanah hutan.

Cuaca sangat baik, trek tidak terlalu mencabar, dan mood kumpulan sangat positif.

Namun begitu, sekitar satu jam selepas mula mendaki, salah seorang peserta menghampiri saya dengan muka cemas. “Kak, saya dah tak tahan ni… rasa nak terkencing sangat.”

Saya faham benar situasi begini. Saya segera memberi cadangan, “awak pergi ke kawasan semak sebelah kanan tu, agak terlindung. Saya akan minta semua berhenti rehat sekejap.”

Namun, belum pun sempat saya menghabiskan ayat, dia terus berkata, “Eh takpelah kak, saya kencing je kat sini.” Dengan penuh keyakinan, dia mencangkung sahaja di tepi laluan — tempat yang masih terbuka dan jelas kelihatan.

Beberapa ahli kumpulan lain yang berada di belakang sempat terlihat dan spontan memalingkan muka. Saya tergamam seketika, cuba menutup keadaan dengan berpura-pura memberi taklimat tentang laluan di hadapan.

Apa yang lebih mengejutkan, dua peserta lain pula tiba-tiba mengambil kesempatan untuk kencing sekali. Mungkin terpengaruh dengan “kelonggaran tidak rasmi” itu, mereka pun berkata, “Kalau macam tu, kami pun nak join lah, dah lama tahan ni.”

Dan tanpa segan silu, mereka juga mencangkung tidak jauh dari situ, membentuk satu ‘bulatan’ terbuka. Mengadap sesama sendiri tanpa segan silu mempamerkan apa yang sepatutnya tidak dipamerkan.

Mereka ketawa sesama sendiri, bersembang riang seolah-olah sedang berkelah, bukan dalam situasi peribadi yang sepatutnya penuh privasi.

Dalam kekalutan itu, sempat pula salah seorang berkata, “Eh jangan pandang sini! Nampak weh…” disusuli dengan gelak besar. Mereka tidak mengenali satu sama lain. Tapi perasaan malu itu hilang entah kemana.

Ketika masing-masing selesai dengan urusan sendiri, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara, “Eh… nak basuh macam mana eh?” Semua terus senyap sebentar, kemudian saling berpandangan. Botol air mereka rata-rata hanya tinggal seteguk dua.

Ada yang tergelak kecil, ada yang tarik seluar terus tanpa sebarang usaha mencuci. “Takpe lah, nanti naik atas baru bersihkan betul-betul,” jawab seorang dengan nada selamba. Yang lain hanya angguk setuju, tarik seluar dan terus sambung berjalan, seolah-olah itu perkara biasa.

Saya hanya mampu menutup muka sambil menarik nafas panjang. Sungguh, ini pertama kali saya melihat situasi di mana batas malu dibuang begitu sahaja atas nama ‘dah tak tahan’.

Selepas semua kembali ke trek, saya cuba menegur secara lembut, “Lain kali kalau boleh, kita jaga sikit privasi ya. Bukan semua selesa.”

Salah seorang daripada mereka menjawab dengan selamba, “Ala kak, bukannya ada lelaki pun. Kita sama-sama perempuan je. Semua pun ada benda yang sama.”

Saya tersenyum kelat. Benar, secara fizikal mungkin sama. Tapi rasa malu, hormat, dan sensitiviti itu tidak datang dalam bentuk yang serupa bagi semua orang.

Pengalaman itu mengajar saya satu perkara penting — dalam setiap pendakian, bukan sekadar stamina yang diuji, tapi juga nilai peribadi.

Ada yang naik bukit dengan penuh maruah, dan ada juga yang… melepaskan segalanya, termasuk rasa malu, di sepanjang laluan.

– Huda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *