Geram tak tahu nak luah kat sapa.
Suami saya suka pergi surau / masjid dan beribadat sepenuhnya 30 hari Ramadhan (terawih tak tinggal) kadang-kadang terbabas subuh dia ganti semula tapi…
Saya sebagai isteri kadang malu nak jawab bila bos, kawan-kawan kerja, sedara atau sesiapa sahaja bertanya suami kerja apa sampai saya sentiasa buat partime demi nak selesakan kehidupan diri sendiri.
Orang lain kalau bawak suami kemana-mana suami yang jadi “banker” tapi saya ni terbalik. Saya kena keluar belanja untuk saya teringin nak beli pape.
Tu tak kisah sangat. Tapi yang saya kisah saya teringin saya kena beli portion untuk 2 orang termasuk dia.
Suami cakap takkan berhabis duit sikit pun untuk perempuan. Abis saya ni isteri dia. Minta apa-apa kat suami kena marah, sampai saya cakap kat suami saya habis tu takkan isteri awak ni nak mintak kat suami orang lain pulak.
Kami 4 tahun kahwin. 3 tahun dia sambung belajar dapat Mara. Dia kata nak fokus belajar jadi rancang tak nak baby lagi.
Sekarang dah setahun lebih dia menganggur tak serius cari kerja walaupun pointer dia bagus.
Tahun lepas bos tempat praktikal dia tawar kerja kontrak kerajaan dia tak bincang dengan tolak mentah-mentah. Kecewa sungguh saya.
Saya dah tanya banyak kali bila serius nak cari kerja. Dia kata tunggu nak sambung sijil data analyse yang percuma tajaan kerajaan supaya gaji boleh minta tinggi. Masalahnya ada ke?
Dah setahun lebih dah dari tarikh dia konvo tak kerja-kerja lagi ni. Jujur saya suka suami kerja diluar dari duduk di rumah sahaja tak berkembang otaknya walau dia rajin juga buat kerja rumah sikit-sikit tapi buat sambil mengungkit & mengomel.
Oh ya, sewa rumah saya bayar separuh & minyak kereta yang dia hantar dan ambil saya kerja serta jalan-jalan saya yang kena bayar katanya. Bil elektrik & bil air pun dia mintak saya bayar sebab dia kata dia dah bayar keluar duit untuk kereta.
Saya cakap suami orang lain pun sama keluar banyak untuk keluarganya.
Dia mengungkit sebab saya jarang masak. Ya saya lebih utamakan masa cari duit partime dari masak, sebab bagi saya kalau duit banyak boleh beli makanan dari habiskan masa masak tapi duit takde buat apa.
Salahkah saya fikir camtu? Dia pertikai saya tak masak tapi dia tak kerja cari duit. Sekurang-kurangnya ada duit ada banyak pilihan boleh upah orang masak atau beli saja. Mana yang lebih teruk?
Setiap kali cakap pasal ni pada dia saya kenal marah. Ada mengadu pada mertua.. Bila mertua tanya dia, mertua pulak kena marah.
Saya buntu. Tolong bagi nasihat pada saya apa perlu buat? Perlukan minta cerai?
– Yang buntu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami sis dah terlalu selesa dibela. Belajar lama2 sampai umur terlajak majikan pun tak mahu. Tiada experience. Ada juga in realiti orang suka belajar je seumur hidup dan tidak mahu bekerja.
Sedihnya baca luahan hati awak ni.. dalam diri suami awak kurang rasa tanggungjawab/kedekut sebenarnya, sebab itu asyik mengungkit je dengan isteri. Macam mana lah kalau satu hari ada anak? takkan dengan anak pun akan berkira-kira nak keluarkan duit?
Sepatutnye sebelum kahwin fikir masak-masak dulu.. biar kewangan stabil dulu(dah kerja, ada kenderaan untuk bergerak walaupun motor, tempat tinggal dll yg asas/keperluan wajib). Red flag sangat nampaknya. Kuatnya awak boleh bertahan sampai 4 tahun ye demi cinta.
Yang sakitnya diri sendiri terluka sebab asyik pendam pendam pendammmm keinginan sendiri.. suami awak dah bagus dah solat berjemaah kt masjid tu tapi kena paham jugak dia tu suami yg sepatutnya bertanggungjawab cari nafkah untuk keluarga, rezeki ni kena cari bukan tiba-tiba duit turun dari langit sedebuk !
Cuba awak provoke dia kalau masih tak kerja lebih baik berpisah.. sy cuma kesian kat awak je. Asyik pendam masalah je sorg diri, beban kewangan pikul sorg diri..
smoga dipermudahkan untuk selesaikan masalah ini..
Seronok eh suami sis, kalau saya memang saya takkan kerluar duit sesen pun, sebelum ada anak ni baik fikir baik2 sis, suami sis ni bukan saja malas tapi kedekut and sangat berkira ye siap mengungkit.
Yang pasal masak tu sis try la masak tapi suruh dia beli semua barang dapur, jangan keluar duit dah. Dengan perangai dia sekarang sis yakin ke lepas dia kerja dia akan berubah? fikir masak2 banyakkan doa.
Sis, suami sy dah nak masuk 3 thn berhenti kerja & bekerja sendiri. Income x tetap. Semua benda sy kena byr. Rumah, kereta, anak 3 org, groceries. Mula2 sy diam asbab percaya & dia pulak very helpful tlg keje2 rumah & anak2 tp bab nafkah ke laut dlm. Lama2 sy jd burn out & berkira setiap kali nk keluar duit. Mcm awak, nak jgk suami belikan utk kita, asyik kita yg kena beli & byr sendiri & byr utk dia jgk. Sy ni sgtlah lenient jenis yg x kisah brand, brg bundle pon sy pakai ye. Lepas sy mengamuk beberapa kali & berterus terang dgn dia baru nampak perubahan. Alhamdulillah setiap kali dpt duit dia terus bg semua dkt sy. Kena sentiasa remind & keep pushing him utk cari nafkah. Recently sy dpt twrn vss, so sy berniat nak serahkan balik semua tanggungjawab sebagai suami kpd suami sy yg sebenar. Sy dah penat jadi ketua keluarga. Sy nak push dia lg utk work harder. Doakan sy sentiasa kuat.
Awak cuba ingatkan dia nafkah wajib suami. Share video2 tiktok byk je cuba cari. And awak kena start berkira, jgn bagi muka dah. Biarkan bil suruh dia bayar. Awak kena ckp awak takde duit. Kalau still sama jgk, eloklah pegi pejabat agama. Awak still takde anak lg, so x perlu fikir pjg. Bayangkan ada anak nnt tp perangai suami still sama, lagi lah stresss. Tlg buat something sblm ada anak ni pls2
First time rasa nak kena tulis makian disini. Bengap punya jantan. Kau memang dasar pemalas, sama macam lintah hisap darah je. Sedar diri sikit, kau tu tak kerja, jadi masak & kerja rumah tu kau la buat. Beribadah tapi tak bertanggungjawab dengan manusia (isteri) pun berdosa. Sila meninggal dengan segera,,, kurang sikit beban isteri kau
Lelaki sampah + lembik. Stop la bela dia. Ko teringin makan apa2.. beli kat diri sendiri jer. Order delivery perabih kat ofis sebelum balik. Malam kalau lapar..makan je apa ada kat rumah tu. Dia nak kau masak? Kau rajin buat..tak rajin kau suruh je dia makan apa yg ada dekat rumah. Bil air bil api.. kau catu la. Dia bising..kau suruh dia yg bayar. Kerja rumah settle hal kau jer. Basuh baju kau..lipat baju kau.. part dia kau biar. Dia bising kau balas depan muka dia..duduk rumah buat apa seharian? Pegi masjid ulang alik 5x sehari jer? Bangla pun pegi masjid tapi boleh kerja bwk balik gaji kepuk2. Ingat kita ni bini bibik ke? Gaji kau jgn bagitau dia berapa. Dapat bonus ke.. Naik gaji ke..lagi besar gaji kau..lagi sedap la dia. Dasar penunggang agama la laki kau ni.
Dia kawin hari tu
Dia tau tak hak n tanggungjawab seorang suami?
Nafkah zahir batin wajib bagi pada isteri
Makanan pakaian tempat tinggal?
Orang kawin dia pun nak kawin?
Geram akak
Bagi masa 3 bulan. Buat report kat Pejabat Agama lepas tu tinggal jer la lelaki macam tu.
cerai je la dik.
sementara belum ada anak ni.
cerai je la bodohhhh, nape ngok sgt?
laki pemalas ni jgn dijadikan suami, merana la hidup, dah la malas, berkira pulak, belah je….
Buaya hidup modern.. kalau Aku angkat kaki dah.. dok Bela buat apa. Kerja rumah pun berkira, dah hang duduk saja goyang teluq, buat la kerja rumah.. Bab Makan/jln pun berkira.. Tuntut fasakh ja.. kecuali la hang sayang nak mampuih kat jantan tu.. jgn Sampai ada anak. Kalau ada anak, lagi payah, kesian kat anak plak.. last Sampai mampus la Bela bewak tu..
Situasi saya lebih kurang Sama, saya pun mula2 Rasa malu dgn family, isi borang..etc .Macam Puan Rasa lah Kan..bagi saya Puan elakkan focus pada masalah suami Puan ..tapi focus pada your own growth. Invest pada diri sendiri, sampai at one point, you akan Rasa kalau you takde dia pun you tak kisah…kalau dia nak minta you tnggung pun you tak kisah .sbb you mampu..and mampu nak leave anytime.. Maybe I terlambat sbb I dah anak 3, kalau I takde anak memang I dah left lah..tapi I stay and build myself…until now, rumah, keta, savings semua atas Nama saya. Saya tak kongsi. Saya support bukan setakat family sendiri, family dia pun says support juga..anggap sedekah je..Allah is fair, trust me..don’t waste energy you utk dia. Build you…and have trust in Allah
Sama yang saya alami. Suami rajin beribadah. Tapi kedekut bab nafkah. Anak 3 semua saya tanggung sendiri. Suami buat crypto cukup untuk belanja diri sendiri je. Setiap kali minta belanja makan pakai anak2, suami asyik minta tangguh. Tapi selalu sembang figure duit besar. Bila keluar bercuti/makan dengan anak2, tahan suami tak order dan biar kita bayar. Kalau keluar dengan kawan2 atau ahli keluarga dia, banyan pulak duit dia bayar semua. Selalu cakap kita isteri banyak dosa dengan dia. Kalau rajin sembahyang tapi tanggungjawab tak tunaikan boleh masuk syurga tanpa hisab ke!
Cerai je la dik. Aku penah tanggung belanja rumah masa laki aku tk berkerja dalam 2-3 bulan. Alhamdulillah lepas dia kerja n dapat gaji , terus dia bayar balik kat aku sebab dia anggap dia berhutang dengan aku. Pdhal aku ikhlas je. Tapi laki engko ni ambil kesempatan.
Better pergi mahkamah syariah & mohon cerai. Sediakan segala bukti (bil belanja semua tu) kalau diperlukan.
Kalau kau nak bertahan jugak memang bodoh.. Tak mati la kalau jadi janda, ko mati kalau bela biawak hidop sebab makan hati, sakit hati, tak ikhlas.. pls laa.. pikirkan diri ko sndiri.. kalau dia kerja pun dia berkira jugak nanti..
sis..ex saye dlu mse baru kawen dia kije gov tapi displin mmg teruk tp lpas die da buat hal dia bnti kerja camtu je wpun boss pujuk tp tetap dia wat keras..start dr ctu lg dia malas kerja smpi sye kerja siap buat partime baking tp dia dok uma tdo..mlm merayap..mse tu dok uma family dia..so siang mak dia yg jage ank2..then saya pkse dok uma sewa pastu pkse die cari kje kalau x saya nekad cerai..dia merayu bagai n ikt cakap saya cari kerja alhamdulillah dapat..then lepas 2 3 tahun dia berubah jd malas kerja..klu shift mlm ok klu siang truk sgt kdtgan dia..after 9y saya dah tak tahan then nekad tuntut fasakh sgup upah lawyer swasta sb byk kli kaunseling org pjbt agme menangkn lelaki..now alhamdulillah saya bahagian ngn ank2..ckup mkn pakai semua..ex masih xkerja sb mak dia de utk tgug dia..sis belom ada anak masih lom terlambat utk berpsah dgn lelaki cmtu..semoga urusan sis dmudahkan Allah dan semoga hati sis kuat utk buat kptusan.
laki u perlukan support u.. u pun patut support laki u. u tolong dia dari segi duit, dia tolong u dari segi mengemas rumah. manjakan dia hari hari mesti dia lagi sayangkan u. jelesnya i dgn kehidupan u. dah la laki solat xtinggal..