Malu Mengaku Cikgu

Aku malu nak mengaku kerja apa bila selesai rawatan pergigian di klinik kerajaan. Cepat-cepat aku suruh kakitangan kaunter tu guna je GL suami.

Dulu-dulu tak adalah sampai macam ni rasa malunya… tetapi sekarang makin menjadi-jadi.

Terlalu banyak surat khabar online yang dah ternama, yang baru tumbuh buat liputan tentang susah payah guru,

Tetapi dikeji dimaki disindir dihina oleh netizen seolah-olah kerjaya guru kerjaya pemalas manja anak emas kerajaan dan kerja yang banyak cuti dan rehat.

Setiap kali baca liputan yang viral berviral viral dan ulang-ulang viral lagi… Liputan yang bertahun dulu pun viral semula…. Aku koyak… tidur jadi tak lena… tak tahu kemana nak diluahkan.. Maka aku luahkan di sini.

Bukanlah nak katakan kerja cikgu tu susah… lagi meluat orang baca… bukan nak kata kerja cikgu tu stress lagi menyampah orang baca… dah.. sudah-sudahlah. Tak perlu tunjuk kerja kita tu susah… semua kerja kat dunia ada kesusahannya sendiri.

Yang aku nak betulkan di sini adalah tohmahan yang kata… alaaah cikgu kerja sekerat hari…. memang sekerat hari tapi..

1. Jumlah jam bekerja sama dengan penjawat awam pejabat kementerian lain.

Waktu punch kad cikgu dari 7.00 pagi selewatnya 7.30 pagi. Waktu balik 2.00 petang. Jumlah bekerja 7 setengah ke 8 jam sehari. 8 jam kan….

8 jam.. itu belum di sekolah menengah yang perlu balik pukul 3 petang dan lebih 1 jam tiada OT pun bagi guru gred bawah 41 yang Mana kementerian lain boleh claim OT.

2. Setiap SELASA KO KU sampai pukul 5.00 petang pun tidak dikira OT. Cikgu pun tak pernah berkira pun sebab dah tau sistem.

Cikgu cuti banyak cuti sekolah banyak. Mari baca..

1. Cuti sekolah, kiralah di kalendar tuan-tuan berapa hari cuti sekolah setahun. Setahun cuti sekolah antara 35-39 Hari.

Tuan- tuan tahu tak cuti kakitangan awam yang lain berapa hari setahun… 35 hari bagi yang berkkhidmat 10 tahun.

Jadi.. mana betulnya kata guru banyak cuti sebab cuti sekolah..

Cuti sekolah tu sama je dengan cuti pekerja kerajaan lain jumlah hari cutinya sama tapi pekerja kerajaan lain boleh mohon bayaran balik cuti yang tidak diambil dari 35 hari ini,

Manakala cikgu tidak layak memohon bayaran balik cuti sekolah jika cikgu bertugas bersihkan kelas pada hari cuti sekolah. Tidak dibayar balik ya. Cikgu tak berkira pun sebab dah faham sistem.

2. Cikgu hanya ada cuti rehat khas 7 Hari setahun andai apa-apa malang berlaku ketika hari bersekolah.

Hanya cuti 7 hari ini sahaja layak dibayar balik jika tidak diambil. Cuti ini sangatlah sukar untuk diminta… boleh jadi perang besar…

Ramai guru yang bersara.. alah ramai lagi yang nak bekerja.. bagilah yang muda2 pulak. Isunya ialah…

1. Guru yang hendak bersara awal adalah guru yang masih aktif dan guru yang berpotensi besar dan umur yang masih menguntungkan institusi dengan kepakaran dan pengalaman iaitu antara 48 hingga 52 tahun.

Mereka mohon bersara mengejut dengan alasan mendapat tawaran lebih baik dan membina perniagaan. Ini trend yang sangat membimbangkan dan merugikan majikan. Cuba faham isu ni.

Maksudnya cikgu yang masih aktif dan pakar sudah tidak mahu berkkhidmat lagi dalam pendidikan dan mahu menceburi kerjaya lain.

Bukankah ia boleh membahayakan institusi pendidikan negara kerana..

2. Jika trend ini berterusan dan berlaku persaraan guru aktif dan pakar besar-besaran pihak perjawatan tidak mampu menggantikan guru yang pakar itu secepat mungkin.

Perjawatan hanya mampu membekalkan guru baharu sahaja.

3. Jika guru pakar ramai yang bersara siapa akan membimbing guru muda walaupun bimbingan pakar guru tidaklah seperti pakar untuk membimbing MO di hospital namun kepakaran tetap diperlukan dalam bimbingan pegawai pendidikan baharu itu tidak boleh dinafikan.

4. Dan bayangkan berapa sekolah yang ada dalam Malaysia dan yang bakal dibina yang telah diluluskan untuk dibina. Sekolah yang baru dibina ini perlukan guru2 pakar untuk set up sekolah baru.

Kementerian akan tempatkan guru-guru pakar dari seluruh pelusuk negeri ke sekolah-sekolah baharu. Kalau ramai bersara awal bayangkan bagaimna sekolah baru nak berfungsi.

Itu sahaja bab yang nak Saya perbetulkan… kena faham.. majikan mana yang nak rugi.

Cikgu-cikgu berpengalaman mahu bersara awal mendapat sistem pencen dari kerajaan. Takkanlah kerajaan nak biarkan gitu je cikgu bersenang lenang dgn cuti sekolah.. Balik sekerat hari… fikirlah sendiri.

Bab-bab lain seperti kerja cikgu senang.. Ngajar je modal air liur tu.. Malaslah.. saya nak terangkan terpulanglah kepada Allah nak hukum macamana tajamnya lidah menaip.

Kalaulah ada belas nak juga aku nyatakan disini.. Aku pernah jatuh tangga tingkat 3, slip disk, pernah radang lutut ligament lutut koyak akibat kekerapan naik turun tangga.

Pernah peti suara luka kerana kekerapan melontar suara.. Hari2 bercakap dengan 41 orang murid sekelas sehari 4 kelas 6 jam sehari.. Maunya tak cedera.

Sampai sekarang pun masalah peti suara berulang-ulang. Beli portable mic pun rosak beli lagi.. Rosak lagi guna duit sendiri. Tu pun kalau ada belas ehsan rasa kasihan pembaca doakanlah aku selalu sihat dijauhkan kemalangan.

Sesuatu isu jangan melihat ia pada pandangan cetek. Fikirkanlah secara mendalam, cari maklumat, fahamkan isu tu sedalam-dalamnya barulah buat penilaian. Jangan terikut- ikut dengan sedapnya lidah menaip.

Cikgu yang penat dan koyak.

– Teluki Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *