Malu Senipis Kulit Bawang

Hai, salam Ramadan ke 17 pembaca pembaca IIUM Confessions.

Intro tak payah berbunga bunga lah. Aku cuma nak share pasal wanita wanita yang tak dapat tunaikan tanggungjawab di bulan puasa ni oleh kerana mendapat pingat ABC (Allah Bagi Cuti / uzur).

Tapi…
Ya, dapat pingat sepatutnya berbangga la kan, tapi pingat ni tak seharusnya dibangga banggakan. Zaman la ni, aku tengok, wanita wanita ni malu tu nipis lagi dari kulit bawang.

Ehemmm, aku pun wanita jugak.

Sebab apa tau, di tempat keja aku sendiri, lunch hour, tanpa segan silu delivery KFC, MCD, sanggup keluar pegi beli nasi bungkus. Masuk opis lalu depan, siap senyum jemput makan. Allahu. Nak kata aku jeles sebab tak dapat buat macam tu, buang karen nak jeles, sebab aku pun dapat ja pingat tu.

Membe aku, keja di salah satu cafe, dalam pukul 12 tengah hari tu, customer perempuan datang beli air, membe dia tanya, tak awal sangat ke beli, jawab la si perempuan ni, takpe beli awal awal untuk berbuka nanti. Tak ke nanti tawar air tu sementara nak tunggu berbuka? Balik terus kot letak dalam peti ais, husnudzon.

Aku bukannya apa, rindu zaman zaman yang kalau tak puasa tu, ayah / abang /adik lelaki sendiri pun taktau yang kita ni tak boleh puasa. Betapa malunya nak bagitau yang diri tu tak boleh puasa. Lain sungguh zaman la ni, selagi boleh tunjuk tu, lepas tu bila tanya tak puasa ke, ghenyih sambil jawab ABC. Bangga.

Ya tau, nanti ganti la balik. Dah lapar sangat, mana boleh tahan. Aku tau kalau time ABC ni, lapar dia lain macam, tapi tak perlu kot sampai nak delivery, beli nasi bungkus siang2 hari ni. Sorok la selagi boleh sorok. Makan bawah meja kau ke, atau apa apa je la.

Sebab semua tu menunjukkan cara kita sebagai seorang muslim. Ada membe aku nak bukak puasa kat restoran, sebelah meja diorang ada Chinese 1 family memang tengah makan kat situ, aunty tu yang segan silu nak jamah makanan dia sebab hormat membe aku ni yang tengah tunggu nak berbuka.

Ikutlah nak kata aku tak open minded ke apa, ni cuma luahan aku sebagai wanita yang segan tengok gelagat sejantina aku yang selamba tayang pingat ABC diorang kepada umum.

Cuba ambik dari sudut positif dari apa yang aku cuba luahkan. Dan yang dah punya anak anak tu, pupuk la rasa malu sebagai seorang perempuan dalam diri anak anak gadis kalian. Walaupun yang aku nampak ni semuanya mak mak orang. Huhu.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya semua!

– Cik Det

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit