Sebelum aku mulakan cerita, aku nak mohon maaf, klu post aku ni memberikan imej yg x baik kepada pelajar tahfiz., aku nak cerita jugak kat sini ttg diri aku., yea. Aku seorang budak tahfiz, aku dibesarkan dalam suasana yang terjaga bi'ah nya. Dari kecil aku diajar ttg agama, alhamdulillah, sejak umurku 5 tahun, dengan izin Allah Dan juga bimbingan Dari IBU bapa Ku, aku dah pandai baca Quran Dan khatam pada umur 6 tahun., aku bersekolah yg ada satu jantina sahaja semuanya lelaki.. Sehinggalah aku masuk uia ., barulah aku dapat "mengenali" apa itu perempuan, masalah aku adalah, saat kini, Dalam diri aku (dalam hati aku) dah wujud perasaan suka dekat perempuan, aku dapat rasakan perubahan yg ketara dlm emosi aku, dulu2 sewaktu aku dalam tempoh menghafal Al-quran., aku x pernah di uji dgn wujudnya perasaan pada perempuan.,tiba2 je sejak semester ni, aku ada berkenan dengan seorang muslimat Dari kuliyyah ilmu wahyu, yg aku rasa sangat sesuai utk aku., yea aku akui, sememangnya dia seorang muslimat yang bagus., aktif usrah, program, akan tetapi aku malu utk luahkan kpd dia.. yea aku tahu, mungkin agak susah bagi aku utk luahkan secara direct kepada dia sebab aku xpernah rapat dgn mana2 perempuan, tapi dalam masa yg sama, aku serius nak jadikan dia sebagai teman hidup aku., utk pengetahuan korang, aku Dan dia dah saling kenal sikit antara satu sama yg lain, cumanya diri aku yg malu utk luahkan pada si dia, Dan aku x tahu mcm mana nk bg dia tahu, yg aku sememangnya sukakan dia, Dan aku sanggup utk jadi suami yg bertanggungjawab kpd dia, bagi aku.., aku dah sedia utk pikul t/jawab sbg suami, walaupun masih belajar, aku mampu utk menyara diri aku sekalipun aku xde biasiswa Dan x buat pinjaman ptptn,aku jugak memiliki simpanan yg cukup sekiranya aku mahu berkahwin., cumanya the main point Dari story aku ni, aku x tahu mcm mana nak propose si dia.,
Sekali lagi aku mohon maaf, seandainya banyak kekurangan dalam cerita yg aku sampaikan ni, apa pun, aku mengharapkan respon yg murni Dari korang.. Mungkin ada sebahagian yg rasa benda ni dah cliche, tapi percayalah, aku cerita semua ni, sebab aku pun manusia jugak, selain Dari fokuskan diri sendiri, aku teringin jugak utk bina Rumah tangga yg harmoni, melahirkan generasi yg hafiz Dan hafizah, dan juga mampu utk sebarkan Islam , wallahualam
– jejaka malu