Malu Tidak Pernah Bekerja

Assalamualaikum, Nama Aku Maya, umur sudah hampir 27 tahun. APA Yang ingin Aku kongsikan disini hanyalah tentang diri Aku yang aku malu sebab Aku tak pernah berkerja langsung. Aku takde pengalaman berkerja. Kenapa Aku tak berkerja??

Zaman persekolahan Aku tidak lah sebijak kawan2 kelas Aku Yang lain walaupun Aku menduduki kelas no 2 teratas. Keputusan spm Aku Pon biasa2 je takde A Pon. Jadi, habis je sekolah sementara tunggu keputusan untuk sambung belajar dapat atau tak, Aku Banyak habiskan masa dirumah.

Pada masa Tu Aku teringin sangat nak bekerja, yelah nak jugak Cari duit poket sendiri macam kawan2 Aku yang lain, semua pakat buat kerja sambilan sebelum sambung belajar.

Tetapi ayah Dan umi aku tak benarkan Aku bekerja. Ayah Kata kalau Aku kerja siapa nak hantar umi ke hospital untuk temujanji dengan doctor. Umi Ada penyakit kencing Manis.

Sebelum ni, temujanji umi mesti kena Hari ayah cuti contoh sabtu atau ahad Dan Aku jugak kena ikut sekali untuk teman umi. Bila Aku Dah habis sekolah, ayah terus ambil Kan Aku lesen kereta supaya senang bawa umi ulang alik ke hospital.

Jadi, aku tidak pernah bekerja selepas Tamat sekolah Dan hanya duduk dirumah menjaga umi. Kesihatan umi tak berapa baik, memandang Kan umi Ada kencing manis, pernah tapak Kaki umi luka sebab digigit kucing, maka lambat lah pulih luka Kaki umi sebabkan kencing Manis.

Sampai 1 tahap Kaki umi Dah teruk Dan kena buat pembedahan untuk buang darah Yang berkumpul. Selesai ITU, doctor Kata Kaki umi kena potong untuk elakkan kuman merebak LAGI teruk.

Aku masa Tu selamber je cakap, “potong jelah umi”. Tapi ayah kata biar umi Yang buat keputusan, yelah potong Kaki kot, bukan main2.

Akhirnya, Kaki umi tak jadi potong, Dan Ada kawan ayah Yang tolong carikan ubat2 bagi Kering Kan luka Dan kuman Pon tak merebak, bersyukur sangat masa Tu. Tetapi Kaki umi tak boleh berpijak macam biasa.

Doctor pulak kata tulang Kaki umi Dah mereput, jadi tapak Kaki umi Dah longlai Dan senget macam Tu lah. Maka umi Pon Mula duduk berkerusi roda malah dirumah Pon. Umi Dah tak boleh jalan macam biasa, kalau berdiri Pon kena berpaut atau sekejap je.

Umi Dan hospital ibarat RUMAH kedua dia, haha ini umi yang cakap, Dalam setahun Tu Ada lah 2, 3 Kali warded hospital operate buang Batu hempedu lah, operate kaki, Mata macam2 lah. Jadi, Aku lah Yang Jaga umi sepanjang dia sakit.

Ayah Dan umi cakap nasib baik Aku tak kerja LAGI. Oh ye, Aku Ada 3 beradik je, 2 abang Dan Aku Yang bongsu, Yang pertama kerja Di luar negeri no 2 kerja Di kl Dan menetap Di RUMAH sewa Disana.

Setelah 6 Bulan, Aku dapat tawaran belajar Di Kedah bidang IT, masa Tu tak tahu Rasa seronok ke sedih sebab kena berjauhan dengan ayah Dan umi Dah lah tak pernah berjauhan dengan diorang. Tapi alhamdulillah, Aku berjaya tamatkan pelajaran pada 2014, masa Tu 21 tahun tak silap.

Habis je belajar, kesihatan umi makin merosot. Doctor Kata buah pinggang umi Dah rosak, jadi kena buat rawatan dialysis atau Cuci darah dengan segera kalau tidak LAGI teruk. Maka ITU, terpaksa lah ikut cakap doctor Tu Dan umi kena buat dialysis seminggu 3 Kali Di hospital.

Jadi Aku lah Yang hantar umi ulang alik ke hospital, masa Tu ayah Masih kerja LAGI. Jadi Aku memang tak boleh bekerja, kalau tak siapa nak Jaga umi, nak hantar dia ke hospital ulang alik.

Kalau Aku kerja, Ada ke boss yangg nak bagi pekerja dia keluar sekejap “boss saya nak hantar mak ke hospital nanti saya masuk balik”. Ada ke??? Semua Tu Aku pikir.

Ayah Pon kadang2 suruh Aku Mohon mana2 kerja kosong kerajaan. Bukan Maya tak nak ayah, tapi nanti kalau Maya kerja siapa nak Jaga umi kalau apa2 jadi umi kena warded hospital ke, umi bukan boleh Bergerak sendiri, kena Ada orang tolong.

Tapi Aku tak cakap lah macam Tu, Aku cuma diam. Tipu lah kalau Aku kata Aku tak jeles dengan kawan2 Aku Yang Dah Ada kerja, Ada gaji, boleh beli macam2 dengan duit sendiri. Aku ni, nak beli apa2 kena mintak ayah.

Memang tak lah Aku nak mintak, Rasa kesian Dan bersalah pulak. Tapi ayah, memang Akan bagi duit belanja sebulan 200 sebab Aku tak kerja Jaga umi Dan buat kerja RUMAH.

Ada 1 masa umi warded dekat hospital hampir 2 bulan sebab masalah tulang belakang. Umi tak boleh bangun langsung, duduk Pon tak boleh. Terbaring lah umi Di RUMAH lebih kurang 3 Bulan, Mandi, buang air besar semua Aku Yang uruskan.

Masa Tu Aku Rasa stress sangat, semua benda Aku kena buat, dengan masaalah abang Aku dengan kak ipar Yang Masih duduk sebumbung masa Tu. Dah lah, tak membantu langsung, Aku lah masak, Aku lah kemas RUMAH, anak2 dia Pon Aku Yang masakkan makanan sebab tak makan pedas.

Masa Tu Aku stress sangat. Takde tempat nak meluah, dan Aku pikir kenapalah Aku takde kakak atau Adik perempuan, tempat untuk Aku bercerita atau mengadu, atau ringankan sikit Beban Aku.

Ye, Aku pernah rasakan Jaga umi ni satu Beban buat Aku, sebab Aku tak boleh bekerja macam kawan2 Aku Yang lain habis belajar terus Ada komitmen masing2. Aku malu Masih terperuk Di RUMAH habis Kan masa dengan bermain game Di hp Dan Jaga umi.

Berdosa nya Aku sampai menganggap umi satu Beban, tetapi syukur mak2 sedara selalu beri kata2 semangat pada Aku, diorang kata Jaga IBU bapa adalah anugerah Dan besar ganjaran pahala buat anak Yang berbakti.

Aku Mula sedar, Dan redha jika ini bahagian hidup Ku, Aku Akan terus berbakti kepada kedua umi Dan ayah hingga akhir hayat mereka.

Bulan 11 tahun 2017 ayah pencen Dari kerja, setahun juga ayah berehat Di rumah, Aku Masih menjaga umi Dan tidak bekerja. 2018 umi Banyak berurusan dengan hospital sebab Ada bahagian Di lengan untuk kegunaan dialysis Sudah rosak Dan perlu diganti.

Berulang alik lah Kami 3 beranak ke hospital sepanjang tahun Tu, namun keputusan hampa, bahagian tangan umi tak dapat digunakan untuk membuat dialysis. Dan umi terpaksa Guna Di bahagian dada..

Pertengahan tahun 2019, seorang kawan Aku Minta tolong dia kerja. Dia Ada business sendiri Yang baru dia nak Mula. Dia ambil Aku sebagai pekerja sambilan, memandang Kan dia juga kekurangan staff. Dan jujurnya ITU lah Kali pertama Aku berkerja selama 5 tahun setelah Aku Tamat belajar.

Aku tak dapat bayangkan masa Tu punya lah happy, dia bayar gaji Aku seminggu sekali, punya lah happy bila dapat gaji sendiri walaupun tak seberapa masa Tu. Bila kerja dengan kawan ni, Aku Pon Dah kenal dia so tak jadi masaalah sangat pergaulan Aku dengan tempat kerja dia.

Walaupun masa mula2 Aku memang tak bercampur Dan bergaul dengan Yang lain. Aku malu, tak tahu macam mana nak mulakan conversation, makanya Aku Banyak diam, kalau Ada Yang Aku tak tahu baru Aku bercakap.

Atau konsep Aku, Kau tak tegur aku dulu, Aku tak Kan tegur Kau. Haa sampai macam Tu sekali Aku punya masaalah. Aku memang seorang pendiam, pemalu, lagi2 dengan orang Yang Aku tak rapat.

Muka pulak orang nampak sombong, muka ketat je tak senyum. Hakikatnya memang macam Tu lah ekspresi muka Aku, patut lah takde teman lelaki, sebab tak berani nak dekat agaknya. Hahah

Pada awal Aku berkerja dengan dia, Aku diberi kelonggaran untuk masuk setengah Hari, sebab Aku kena hantar Dan ambil umi Dari hospital. Bersyukurnya Aku masa Tu, tak perlulah Aku risau hal untuk hantar dan ambil umi LAGI.

Kemudian, bila lihat Aku bersungguh2 kerja, ayah tawar untuk ambil umi Dari hospital. Bermakna Aku hanya perlu hantar umi ke hospital sahaja Dan ayah Yang Akan ambil apabila umi selesai. Masa Tu, ayah Dah Mula buat GrabCar, selalu nya dia Akan buat Malam, Siang dia berehat.

Tapi sejak terjadi nya Corona virus ni, Dan pkp dilaksanakan, semua business Yang besar mahupun kecil terganggu, termasuklah business kawan Aku ni tadi. Buat masa Sekarang dia tidak perlukan LAGI staff untuk membantu dia, Dan Aku takde lah kerja.

Jadi APA Aku nak cakap, tak Kan Aku Masih nak tunggu, Aku kena Cari kerja lain. Tapi masaalah besarnya Sekarang Aku tak pernah berkerja dengan mana2 tempat selain kawan Aku ni tadi.

Tempat dia lah tempat kerja Aku Yang pertama. Aku takde pengalaman kerja dengan company ke APA, zero ok. APA Yang Aku belajar masa zaman kolej Tu semua Aku Dah Lupa, sebab Aku tak dapat asah kemahiran Aku Dalam bidang kerja Lepas Tamat belajar.

Sekarang Aku Rasa takut, takde keyakinan nak berkerja, Aku takut Aku tak boleh buat APA Yang orang nak. Bercakap dengan orang tak kenal Pon Aku Dah gagap. Macam mana lah nanti orang nak terima Aku untuk berkerja.

Bagi aku, Aku takde kebolehan atau kemahiran Yang boleh Aku tunjukkan. Aku sendiri tak tahu APA kelebihan Yang Aku Ada, kalaulah kena is borang mintak kerja, ditanya nya APA kemahiran Yang ada pada diri anda?? Aku nak jawab APA Pon tak tahu. Interview kerja Pon tak pernah.

Mesti korang Yang baca cakap, Alaa interview je Pon, pergi jelah bukan Ada APA. Yee, bagi korang benda Tu kecil, sebab korang Dah pernah lalui. Bagi Aku ITU masaalah besar, haha.

Aku takut, malu, tak tahu nak cakap macam mana. Aku takde keyakinan, Aku tahu Aku kena jugak usaha kalau nak belajar Cara perbaiki diri supaya lebih yakin ketika bercakap dengan orang.

Terima kasih lah siapa Yang sudi baca cerita Aku Yang boring ni. MAAF lah kalau Banyak perkataan Yang berterabur Dan tak tersusun.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *