Malulah Sikit

Assalamualaikum,

Saya sekadar nak tegur sikit khususnya wanita diluar sana.. Ya saya tahu saya tak la baik mana…Yang mana yang baik dan positif,ambillah..yang buruk tinggalkan. Apa yang saya perasaan, wanita yang sudah berkahwin ini kadang kala tanpa segan silunya bercerita hal atas katil dekat mana page,atau group.. Macam baru ini, saya ada terbaca dkt 1 group ini.. Dia cakap mcm ni “suami yang perasan dan tegur saya.Sebulan ni rajin bersama la pulak”. Saya yang baca sebagai seorang perempuan ni terus klik fb dia..apa yg saya cari ialah tengok muka dia yang cakap ayat tu.kemudian cari muka suami dia.dalam2 saya fikir..suami dia ni tahu tak apa si bini sedang buat dekat group tu.selalu kalau terpandang benda camni itu la yang bermain di fikiran saya..suami dia tahu atau tidak.sebab apa saya fikir camtu? bila dah kahwin kena jaga nama suami,nama mentua juga..jangan malukan mereka.

Kedua,yang saya perasan,bila ada yang share kisah hal rumah tangga diaorang yang sedang ada masalah,majoritinya kaum hawa ni yang akan mengutarakan bab cerai walaupun hal itu hal kecil je.bukannya nak nasihat..ada tau,kawan tu baru je kahwin 8 bulan.. suami dia ni kategori anak mak…ada la masalah sikit.terus je ada komen macam ni “ala, kalau aku la kan,sorry la..aku angkat kaki dulu..sampai bila ko nak duduk camtu…”..komen kedua, “cerai je la…kalau aku pun aku tak sanggup”.. nampak? tak adanya nak bagi nasihat yang baik2..lagi menghasut ada..kita ni tidak berada di tempat pengadu..dia dalam dilema dengan masalah dia.kita sepatutnya cakap la,bawa berbincang dulu dengan suami ke,berdoa pada allah, bagi peluang kedua buat suami sbb perkahwinan pun baru 8 bulan.. kalau tak ok juga,pergi pejabat agama minta kaunseling..dah kaunseling kalau tak berjaya juga,buatlah istikarah apa yang terbaik..yang penting kita ada usaha nak baiki hubungan. ini bagi cadangan suruh cerai..agaknya kalau pengadu tu ikut la cadangan korang, korang tak rasa berdosa ke?ye betul la dia ada akal boleh fikir..kadang2 hasutan yang diterima ketika dalam masalah tu membuatkan benda negatif tu jalan yang terbaik sebab tak leh dah nak fikir.

Ketiga, tak suka ditegur..macam confession sebelum ini, pasal ibu dok tayang susu badan dekat fb. ramai yang nasihat di komen. tapi ada juga buat perbandingan tidak masuk akal. Sebagai contoh, susu tu bukan aurat. hak anak..ya memang betul. bukan aurat. tapi malu tu patut ada. sebab banyak mata yang melihat tidak kira jantina.ada kan yang komen di situ,katanya si wife buat caption suami tak tahu beza susu anak ke susu yang suami biasa minum. Kalau camtu la kan, jangan marah la kalau pada masa akan datang nanti, ada suami letak gambar air mani dia di FB…motif dia nak bagi semangat pada lelaki di luar sana agar amalkan gaya hidup sihat,jauhi rokok. Bg semangat untuk orang ada masalah kualiti sperma..Ok tak camtu? mesti ramai yang marah nanti. Eh,kan bukan aurat air mani tu..sebab ada kaum ibu cakap susu ibu bukan aurat.. letak gambar pun utk bagi semangat pada ibu di luar sana supaya jgn give up bagai..dan mcm2 alasan lagi..saya tak membela kaum lelaki ye..tapi saya cakap,kalau orang lelaki yang buat,ramai perempuan akan kutuk..tapi bila perempuan buat,ada yang nasihat,tak boleh nak terima la pula..

Keempat, bila dah ada anak, gambar pampers anak berserta tahi, gambar kemaluan anak tanpa sensor pun diupload ke fb… nak tanya kenapa tahi macam ni.kenapa celah kangkang jadi macam ini…nak cerita bab celah kangkang anak tapi kemaluan anak pun tak tutup…itu belum lagi yang letak gambar darah sendiri dekat patyliner atau pad…mentang admin aprove tak ada nama…macam admin tak tahu sapa orangnya.yang jawab pula bukan semua doktor.pergi la hospital..ya,saya tidak nafikan tanya pendapat atau pengalaman orang tu perlu.tapi macam saya katakan tadi, tanya sudah la.tak yah la buh gambar darah sendiri,tahi anak,kemaluan anak dekat situ..nak tunjuk,tunjuk dekat doktor.doktor boleh bagitau kenapa,bagaimana dan apa perlu dibuat.

Akhir sekali, saya tak cakap semua perempuan yang buat macam ini.yang mana rajin buat tu dia tahu la..saya cakap ni,semua 4 perkara ini dok lalu dekat fb saya.kadang saya mengucap panjang melihat benda ini. kurang2 bagi la ada rasa malu sikit.kalau awak2 semua tu tak kahwin lagi boleh lagi la diterima akal.tapi dah kahwin,dah ada nak sepatutnya lebih berjaga-jaga dalam hal ini. Akhir sekali saya minta maaf kalau ada mengguris hati atau perasaan sapa2..terima kasih :)

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit