Mama…

Assalamualaikum, nama aku Diana. Aku sudah berkahwin pada bulan 4 haritu.

Sejak aku berkahwin, aku dah jarang dengar rintihan mama. Yela dah tak duduk satu rumah dengan mama, jadi apa-apa masalah mama atau luahan mama, aku dah tak boleh dengar. Kalau mama stress, penat, aku dah takde dekat sebelah mama.

Aku selalu menangis bila teringat benda ni. Kat rumah mama sekarang, ada ayah and kakak je. Adik kerja dan abang kerja dan menyewa diluar. Aku tahu kakak sibuk dengan kerja dia, jadi dia kurang habiskan masa dengan mama. Ayah lain la, bukan mama tak nak luahkan apa-apa dekat ayah, kadang-kadang apa yang mama luah tu ada jugak berkaitan dengan ayah.

Dulu masa aku bujang, aku la tempat mama selalu luahkan apa yang mama rasa. Aku tahu mama bosan, mama bukan jenis hadap handphone 24/7. Mama terlampau banyak memendam dan berkorban. Mama penat. Aku faham dan aku nampak benda tu dekat muka mama.

Tapi bila dengan aku, mama tak pernah cakap dia penat. Kalau dia tengok tv sorang-sorang kat hall, aku mesti datang. Tak nak kasi mama bosan. Takpun, kalau aku duduk dalam bilik main phone, mama mesti datang nak duduk dengan aku. So aku pun letak la handphone kat tepi.

Mama selalu luahkan pasal anak-anak dia. Baik yang laki, baik yang perempuan. Especially abang, abang anak laki sorang. Tapi aku tengok abang terlampau lebihkan kerja berbanding family. Bila aku balik rumah mama, aku akan paksa abang balik jugak sebab aku nak berkumpul ramai-ramai.

Mama penat nasihatkan abang, suruh carik kerja yang lebih bagus. Tapi mungkin belum rezeki. Walaupun gaji kecik, tapi abang kerap berjalan-jalan. Mana dapat duit, aku pun tak tahu. Tu pasal anak laki mama.

Pasal anak perempuan sulung pulak, kakak. Mama tak de masalah dengan kakak, Cuma mama kata kalau kat rumah kakak jarang nak duduk dengan mama. Kakak lebih suka duduk dalam bilik main game dekat phone, tidur takpun buat kerja dia. Aku tahu mama sunyi walaupun masih ada anak dia dalam rumah tu.

Kalau aku ada, aku tahu mama takkan sunyi. Aku selalu ajak mama keluar, walaupun takde duit aku ajak mama jalan-jalan kampong. Tak pun pergi kedai je beli ice cream. Cukup la tu. Kerja rumah pulak kakak jarang buat, kakak cuma rajin memasak. Tu je. Menyapu atau benda lain dia tak buat. Basuh baju pun boleh harap jugak tapi basuh kat dobi jela.

Pasal adik aku yang perempuan, anak bongsu. Adik aku sekarang ni belajar. Mama risau sangat dekat adik aku, yela dia perempuan, tiba-tiba kena pergi tempat orang pulak. Aku pun risau jugak sebenarnya. Adik aku tu lain macam sikit perangai dia, ramai betul kawan laki. Aku taknak dia cepat terpengaruh, plus roommate dia sekarang ni pun boleh tahan nakal.

Adik aku cerita budak tu selalu merokok, kekadang malam-malam keluar dengan lelaki mana tah. Balik asrama, bawak arak. Aku risau benda tu, tapi mama tak tahu pasal budak tu teruk macam tu. Kalau mama tahu, mesti mama lagi risau bila dapat tahu adik aku berkawan dengan orang macam tu.

Bila adik aku balik cuti, kerja rumah semua malas nak buat. Sapu rumah malas, lipat kain malas, semua benda malas. Nak kena tengking baru nak buat. Umur dah 20 tahun. At least, tolong la mama buat kerja sikit. Ni tak, masing-masing duduk rumah macam puteri, macam anak raja. Tunggu semua benda siap, baru nak keluar bilik. Tunggu mama habis masak, terus keluar bilik makan. Haihh.

Kadang-kadang aku dengar apa mama cakap pun, aku boleh rasa apa yang mama rasa. Kadang-kadang, mama sampai menangis bila luah dekat aku. Aku sampai tak tahu nak buat apa.

Aku boleh buat apa yang termampu jelah, borak dengan mama. Makan sama-sama. Tolong masak. Walaupun aku bodoh tak reti masak, tapi aku suka tolong. Sebab dekat situ aku boleh belajar. Cuma bila aku tergedik-gedik nak masak, benda tu jadi tak sedap. Hahaha.

Tu je lah benda aku nak share pasal perasaan mama. Lagipun rumah aku dengan rumah mama tak jauh pun, satu negeri. Cuma jarang balik sebab kerja. Tu je.

Apa-apa pun, even dah kahwin, aku still takleh bayangkan, macam mana perasaan aku bila mama takde nanti. Mama masih ada pun, bila rindu aku boleh nangis. Apatah lagi bila mama dah takde. Ya Allah, kau panjangkan lah umur kedua ibubapa ku.

Sekian…

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *