Mama, Indahnya Hati Kamu

Assalamualaikum readers, terima kasih jika cerita ini disiarkan dan ambik lah part-part mana yang boleh dijadikan sebagai semangat, iktibar, and bilamana aku dah start menulis, aku anggap aku dah sampai tahap blur and taktau sampai bila nak macam ni. Cerita agak panjang, tapi aku cuba ringkas kan.

Sempena hari ibu yang lepas, terpandang aku wajah mama. Halus, cantik, dan orang takkan pernah tau dia sakit kalau bukan dia yang bukak cerita. Dia kata, “Ibu (panggilan diri dia sendiri pada kami) makan banyak ubat, tu sebab kulit tak macam orang lain.” – “Oh, kena sakit dulu kot baru kulit cantik..” – fikiran aku dulu. Mama ada diabetes on insulin, sebelah buah pinggang and ada gout.

Mama orang yang berdikari, since umur dia 18 tahun sampai lah pencen, dia boleh naik bas, naik turun LRT and boleh drive sendiri ke office. Semua kerja rumah, masak, pergi klinik, check up dekat hospital dengan pakar, semua dia boleh buat sendiri. Tak pernah sekali pun rumah berpasir and kain menimbun. Rumah dan kereta mama, atas nama mama sendiri.

“Nah baju kurung akak. Kau ambik baju kurung ni and bernikah lah dengan abang kalau itu yang kau nak..” – Kata mama 20 tahun dulu, dan adik aku yang bongsu masih merah. Baru lahir.

“Kau b***. B*** gemok tak reti jaga laki.”

Tapi masa dia sakit, mama yang jaga dia.

Ayah pernah ceraikan dia buat pertama kali after 3 months nikah. Dia sorokkan kunci kereta ayah, so ayah tak dapat nak pergi kerja. Bila sampai turn mama, dia tak bagi ayah balik. Sampai lah ayah bawak diri kerja jauh dari kami, and perempuan tu ikut ayah sampai sana. Buat ayah tak dapat nak fokus dengan kerja, kejar kami sekeluarga semata-mata nak tau ayah dekat mana.

“Mana laki kau gemok? Mana kau sorok laki kau?” – jerkah perempuan tu dekat mama. Mama tak pernah sorok ayah, dan ayah kalau berpeluang, memang dia akan lari menyorok mana-mana sampai lah keadaan reda, dan pernah jugak ayah tak sempat pakai selipar, lari pergi rumah makcik 4KM dari rumah tengah malam. Dia halang pintu depan, ayah lari pintu belakang. Haha.

Keadaan memaksa untuk ayah kahwin kali kedua dengan dia after 7 years keadaan kami huru-hara. Dia pancitkan tayar kereta mama semua sekali masa mama parking kereta di office, dan mama terpaksa balik naik LRT.

Dari rumah teres 1 tingkat, mama beralah duduk rumah flat. Dari kereta best masa tu, ayah jual dan beli kereta sorang satu mama and ayah. So ayah boleh gilir-gilir turn, and mama boleh pergi kerja sendiri. Dari gaji 5K+ sebulan, ayah di terminate atas sebab kekacauan di office. Habis 1 bangunan blackout perempuan tu buat.

Jadinya ayah susah nak dapatkan kerja atas rekod buruk masa tu, and mama tolong ayah buat nasik lemak. Bangun pukul 4 pagi, mama tolong ayah buat kuih. Pukul 6 pagi mama dah siap-siap nak pergi office. Kakak yang sulung that time tengah nak SPM, and dia pun tolong mama buat karipap.

Sampai satu tahap, kakak menjerit sebab stress dia kena tolong buat kuih-kuih dengan nak SPM lagi. Tersentak ayah. Mama terlelap-lelap sambil buat kuih. Penat, dengan aku dan adik bongsu masih kecik lagi.

Since ayah kahwin lagi sekali, kami hidup macam biasa walaupun ada jugak dia kacau mama, call banyak kali and whatsapp. Konon nak berbaik. Sejujurnya, kalau dia baik dari awal, kami mungkin takde masalah untuk accept dia walaupun ayah pernah je cakap, “Dia dah berubah.” – Tak pernah aku percaya.

Pernah je dia suruh ayah belikan dia rumah, and ayah dah pun menang bid rumah lelong tu, bawah je rumah aku sekarang. Tapi dia kata, “Taknak rumah tu. Nak rumah tiang tinggi macam kakak tu. Taknak silling rendah macam ni..”

“Jual je kereta ni, belikan aku kereta lain. Taruk nama aku.” – Ayah pun jual kereta yang dibeli cash and gantikan dengan kereta hutang sambil taruk nama perempuan tu. Ayah memang takde harta, sebab sejak awal lagi kahwin dengan perempuan tu, ayah dah blacklisted. Perempuan tu guna kad kredit ayah tanpa kawalan, end up tak boleh bayar.

Culas nafkah, mungkin semua orang dah dapat agak.

Ayah keluarkan duit KWSP dan bagi mama duit, bagi tiap anak duit, and anak-anak dia pun dapat jugak. Dari duit ayah bagi tu jugak mama langsaikan hutang kereta mama, renovate toilet, sama-sama dengan ayah pergi umrah, tambah sikit-sikit perbelanjaan perkahwinan kami adik-beradik.

Dan sampai ke harini, perempuan tu masih mintak duit tu, and tak bagi ayah bagi duit ke mama. Dia akan cakap, “Dulu duit KWSP tu kan ada.” – Kalau ada pun, tolong engkorang punya hutang. Bagi korang makan masa takde duit, belikan susu-susu anak kau, belikan baju raya anak-anak kau.

Tiap kali ayah balik turn mama, perempuan tu akan buat hal. Maki-maki, buang baju ayah, desak ayah suruh ayah balik sekarang jugak, cakap anak-anak dia sakit, taknak masakkan anak-anak kalau ayah tak balik. Didesaknya si orang tua, memang ayah bermasam muka and balik.

Mama..?

“Ibu, tolong ayah. Gadaikan gelang ibu tu, ayah nak kena tolong dia. Dia ‘ambik’ duit dekat office. Nanti ayah ganti balik..” – Dan mama pun bagai tolong anjing yang tersepit, dan selepas settle masalah, mama jugak yang tebus semula gelang tangan dia takut-takut nanti tergadai. Mereka buat taktau je.

Lagi sekali baru-baru ni, ayah mintak mama gadai rantai emas mama. And yes, sekali lagi dia ambik duit company, and dia nak mama tolong bayarkan dulu. Tolong? Takkan lagi kali ni. Sekerasnya kami adik-beradik cakap dengan mama, jangan ditolong lagi.

Dengan muka taktau malu, perempuan tu desak mama untuk tolong bayarkan hutang dia, tak jalan dalam call, dia datang rumah masa kami takde dirumah. Dan ayah bagai lembu dicucuk hidung, ayah cuba untuk nak gadai rumah mama. Tapi mungkin Allah nak tolong mama, ayah tak dapat nak gadai sebab rumah masih lagi berhutang dengan bank. End up, ayah pinjam ceti.

Semalam, ayah dihalau dari rumah sana walhal kereta dia, rumah dia, ayah yang bayar. Dia transfer semua duit ayah dalam bank ke akaun dia, so that dia tau ayah takkan boleh bagi mama duit. Ayah kata, perempuan tu nak cerai. Cerai? Cerai ke tak, benda akan sama kan? Dia masih mengacau kan?

Kami adik-beradik kalau bukak mulut, umpama mama menghasut kami untuk jadi takde adab dengan ayah, walhal ayah lupa anak-anak dah besar. Traumanya hidup ni sampai bila aku dah berkahwin, aku takut suami aku macam ayah.

“Abang dulu pernah cakap, kalau abang senang, abang nak belikan orang kereta Perdana kan? Tapi bila abang ada duit, abang kahwin lain.” – Mama.

“Abang dulu pernah cakap, kalau nanti orang dah pencen, abang nak sama-sama duduk sini, boleh pergi masjid and dua-dua pergi sana-sini. Tapi sekarang..? – Mama.

Diusia ayah dan mama sekarang, patutnya dah sama-sama duduk berdua, tengok cucu-cucu main basikal, minum teh sambil cicah teh o. Tapi, dek kerana tersilap langkah, ayah terpaksa bekerja keras lagi untuk membesarkan adik-adik tiri aku. Itu pilihan dia, and for sure dia kata kalau boleh undur masa, dia menyesal dengan semua benda ni.

Aku, masih lagi pandang muka mama, sambil duduk sorok muka nangis senyap tiap kali ayah bawak balik masalah rumah sana ke rumah sini. Sugul muka orang tua tu.

Banyak yang dah aku cut, sebab dah 20 tahun aku lalui semua ni, cuma doakan mama aku terusan kuat untuk hadapi tiap masalah and dugaan meniti hari tua.

P/s : Dulu ayah dengan mama pernah dibawa berubat, and ya. Mama ayah dibagi makan kotor, and now bila tiap kali kami ajak mama untuk berubat, mama seakan berat hati nak pergi. Ada mana-mana yang tau tempat berubat mana yang okay?

– Di (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *