Mama, Kembalilah, Jangan Curang

Assalamualaikum semua. Aku pilih untuk confess di sini sekadar meminta pendapat. Sebab, aku tak pasti pada siapa harus aku ceritakan kerana ini adalah aib keluarga.

Tapi aku perlukan nasihat supaya tidak tersalah langkah dalam melakukan apa apa tindakan.

Mama adalah ibu hebat yang aku sanjung dari kecil. Aku anak kedua dari 4 adik beradik. Abang dan adik ketigaku sudah berkahwin. Adik bongsuku juga lelaki.

Sejak kecil, mama sangat hebat. Selain memiliki wajah dan badan yang cantik, mama adalah wanita yang sangat kreatif terutama dalam bab mencari duit.

Ayah juga lelaki hebat. Kacak, rajin dan penyayang. Sayangnya, ayah terlibat dengan dadah sewaktu bekerja di jabatan narkotik pdrm suatu masa dulu. Selepas dibuang kerja, ayah mencari kerja lain dan berhijrah bersama ibu.

Ketagihan ayah ada episod. Dia akan berhenti menagih dan menjadi dirinya yang asal bila hidup kami susah. Tapi, bila senang sikit, rezeki mencurah kembali, ayah kembali dengan ketagihannya.

Maka, terjadilah beberapa episod okay dan tak okay ayah dan semua itu memberi kesan kepada pola jalan cerita hidup kami.

Bila ayah okay, kamilah keluarga terpaling bahagia. Bila ayah ada masalah, kami adalah keluarga terpaling derita. Sebab mama dan ayah orangnya rasional. Tak pernah bergaduh pada hal2 kecil. Bergaduh hanya bila ayah buat perangai sahaja.

Istimewanya, sepanjang perjuangan hidup yang kami lalui ini, mama adalah ibu yang paling setia dan paling banyak berkorban membesarkan kami semua. Mama tetap isteri ayah walau kadang2 ayah hilang pedoman.

Kami sangat menyanjungi mama.

Sehinggalah, pada usia hampir 60 tahun, mama yang masih kelihatan cantik, kurus, dan bergaya itu didatangi seorang lelaki muda.

Mama bekerja di sebuah restoren sebagai pembantu tukang dapur dan lelaki itu adalah mat ketum yang mencuci pinggan dan menyiang ikan ayam.

Ya, lelaki itu jenis yang tidak solat dan peminum ketum. Tetapi pandai menggunakan ayat manis sehingga mama kalah dan terbuai!

Aku perasan mama mula mengabaikan rutinnya termasuk mengemas bilik. Rumah kami sangat bersepah.

Mama mula asyik dengan telefon. Kami sangka mama sekadar tengik tiktok atau video ceramah seperti kebanyakan mak2 di Malaysia. Rupanya aku silap..

Pada suatu hari, aku baring di sebelah mama, dan terlelap. Tapi dikejutkan dengan bunyi deringan telefon yang berkali kali. (masa tu mama tak pandai silence phone lagi).

Aku betul2 terganggu kerana mama tak angkat penggilan tersebut dan bunyi telefon ity tidak berhenti selama berbelas kali. Di situlah aku dapat tahu. Ada yang tidak kena.

Waktu mama terlelap, aku cepat2 chech handphone mama. Rasa nak gugur jantung tengok call log di wasap, nama seorang lelaki.

Banyakk,

WhatsApp pula semuanya voice note. Jadi aku tak pasti apa yang dibualkan.

Sejak itu, lebih jelas aku nampak mama sentiasa dengan earphone. Dan tidur dengan earphone. Kalau ada sesiapa yang tersentuh handphone mama, dia akan kelam kabut tarik walaupun sedang tidur.

Aku cari lagi masa untuk curi2 tengok.

Dan aku dapat 1 masa untuk forwardkan voice note mereka ke wasap aku. Kemudian cepat2 aku delete.

Maka, dapatlah aku dengar apa yang mereka bualkan.

Semakin luluhh hati aku bila tagu mereka bersayang sayang bermuah2..

Aku menggigil kecewa dan marah.

Aku tertekan dan kasihankan ayah!

Sejak itu, komunikasi aku dengan mama tidak mampu dikawal, aku sering membentak dan bersuara tinggi dengan mama kerana ada gelodak amarah dalam hati aku.

Lagi2, bila mama asyik dengan handphonenya bila bersama aku. Kita boleh tahu bagaimana rupa orang angau sebab kita pun pernah bercinta.

Gugur segala rasa hormat, malah diganti dengan rasa amarah yang meluap luap. Ditambah dengan sikap mama yang berubah. Tidak bercakap dengan ayah, tidak masak, tidak mengemas.

Aku paksa mama berhenti kerja untuk mengelakkan mama dari berjumpa dengan lelaki durjana itu. Sampai nangis2 aku minta mama berhenti kerja.

Mama pun berhenti dengan terpaksa.

Sayangnya…

Selepas berhenti setiap hari mama akan membentak pada anak2, duit tak cukup. Anak2 tak pernah tolong aku, nak beli itu dan ini.

Sedangkan, baru hari pertama mama berhenti.

Kami semua sangat sedih kerana kami beri sahaja mama wang. Tapi mama tak bersyukur. Walaupun sudah berhenti, mama cuma memasak dan mengabaikan kerja2 di rumah. Mama jelas, tidak ikhlas.

Yang paling sedih, ayah tidak tahu apa2. Ayah selalu kasihankan mama kerana nampak letih dan biarkan mama berehat dalam bilik. Walhal, dok bermesej dan bergayut dengan jantan jahanam tersebut.

Mama akhirnya kembali bekerja setelah tak sampai sebulan berhenti kerja. Aku?

Hubungan dengan mama semakin keruh. Sebagai seorang manusia yang jenis berterus terang, aku pilih untuk berkonfrantasi dengan mama. Aku beritahu aku sudah tahu semua dan minta mama berhenti.

Sadis!

Mama cuma minta aku supaya jangan sibuk. Katanya aku nak kerja sebab tak cukup duit hangpa bukan nak tolong aku pun. Kata mama, jangan sibuk hal aku dengan kawan aku. Kau tak tahu apa2.

Kata mama lagi,

Jangan berani jumpa lelaki ini, kalau jumpa, aku akan minta cerai dengan ayah kau. Lelaki inintak salah apa2. Mama minta aku keluar dari biliknya dan jangan sibuk hal dia.

Aku menangis setiap masa, dan tidak hidup dengan gembira lagi. Aku datang kerja, balik kerja. Pernah berbincang dengan adik beradik, mereka pun buntu tak tahu mahu bagaimana.

Kalau anak atau adik, bolehlah ditegur, tapi ininafalah seorang ibu. Ibu yang sangat terbaik, ajar kami solat, mengaji, membaca, ajar segalanya sehinggalah lelaki itu muncul.

Aku mula alami tanda2 anxiety. Aku takut akan melalui gejala lain dan cepat2 aku jumpa doctor

Aku disahkan depression oleh doc dan bakal menjalani sesi kaunseling. Mujur belum hadir bisikan2 halus kata doc.

Tolong, nasihatkan aku. Aku minta nasihat orang yang berpengalaman…

– Gadiskecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *