Mama Yang Masih Berjuang

Assalamualaikum, admin terima kasih kalau approve confession aku ni. Aku pernah confess kat sini tahun lepas. Kalau ada yang masih ingat kisah aku ‘mama tanpa suami’ ya, masih aku yang sama. Anak 2 tanpa suami.

Tahun ni aku dah pun masuk 33tahun. Anak first tahun ni nak ambil upsr. Doakan ya! bertambah tahun, bertambah la umur aku. Jujur aku tak pernah terkesan pun dengan kata2 orang. Sbb orang pun tak tahu kisah aku. Hidup aku dan Apa yang aku dah lalui. Orang tak tahu.

Jadi, aku ambil keputusan untuk tak perduli kata2 orang. Bahagia kan bukan untuk dengar kata2 orang. Jadi aku tetap teruskan kehidupan dan, jalani kebahagian sampai hari ni. Aku masih bahagia. Syukur Alhamdullillah.

Kisahnya kali ni masih kisah yang sama. kisah Keluarga manusia yang tak letih kejar harta dunia. Macam aku kata, aku tak kesah pun kata2 orang sebelum ni. Bukan nya saja jiran tetangga, rakan taulan yang sibuk sangat dengan hidup aku ni. Makcik pakcik jauh dekat pun lebih kurang saja. Biarkan saja lah.

Kalau pasal rumah arwah, aku dah boleh tarik nafas lega sebab dah ada keluarga yang duduk sewa. Syukur. Tapi, sejak2 ni lagi, adik lelaki bongsu arwah kakak ipar aku, dia dapat kerja dekat2 dengan kawasan perumahan aku. So, dapatlah selalu datang jenguk anak2.

Aku memang tak pernah tolak pun bila keluarga belah sana datang untuk tengok anak, macam aku kata sebelum ni, Kalau aku benci pun, aku benci sorang2. Aku tak pernah ajar anak2 benci darah daging sendiri. jadi boleh kata seminggu 2 3 kali adik arwah datang. Ada jugak lah yang lain datang. Tapi yang paling kerap dia lah.

Untuk di pendekkan cerita, aku tak kisah pun dia nak datang tengok anak. Tapi, dia ni pun masuk kategori pakcik bawang mungkin. Soalan bila nak kahwin, bila nak ada anak sendiri tu tak pernah dia tak tanya. Siap offer diri sendiri lagi. Boleh jaga anak sama2. Konon. Aku bukan berlagak ya, tapi takpa lah. Semoga Allah jauhkan. Aamiiinn.

Aku buat tak tau saja mula2 sebab malas nak layan. Senyum dan jawab saja jawapan clishe contohnya jodoh belum sampai. Kalau setiap kali tanya soalan sama, Siapalah aku ni nak mempersoalkan soal jodoh ajal maut kan.

Aku sebenarnya dah syak sesuatu bila dia selalu datang rumah. Tapi, syak biasa2 saja lah. Mungkin lebih kepada perasaan dendam yang masih meluap2. jadi, syak wasangka tak pernah habis. Lantak lah. Tapi, perasaan syak wasangka aku pada mereka2 ni tak pernah salah setakat ni.

Sejak dia ni kerap datang, perangai si kakak berubah dengan aku. Dia banyak menyendiri. Bila aku ajak jalan2 dia kerap tolak. Dia suruh aku pegi jalan sendiri. Bila aku nak mengajar dia, dia kata dia boleh belajar sendiri. Senang kata, banyak diam. Banyak layan perasaan. Aku pelik. Kenapa? Apa masalahnya?

jadi satu hari lepas solat maghrib sama2 dengan dia aku duduk dengan dia. Macam yang selalu aku buat kalau dia gaduh dengan adik dia. Jadi aku tanya dia, kenapa? Apa masalahnya? Aku ada salah apa? Dia diam, Tunduk dan cuma kuis2 kaki.

Akhirnya, dia bukak mulut bila aku kata, kalau nak diam je, takpa la.. lepas ni jangan cakap apa2 dengan mama, diam je sampai bila2. Baru lah dia mula bercakap. Dia tanya aku, kakak dgn adik susahkan mama ke? Sbb kakak dgn adik ke mama tak kahwin? Betul ke kalau mama kahwin, mama nak hantar kakak dgn adik duduk rumah anak yatim?

Kelu aku. Allahuakhbar anak aku. anak aku dah besar. aku menangis dengar dia tanya macam tu. aku peluk dia, aku tanya kenapa tiba2 cakap macam ni? Kurang apa selama kakak ada dengan mama? Apa yang mama tak pernah tunaikan? Dia pun nangis. Dia kata tak ada kurang apa2.

Dia cuma sedih. Cikman(adik bongsu arwah kak ipar tu) kata, mama sebenarnya kesian je dengan kakak dengan adik. Mama sebenarnya dah ada pakwe. Tapi, pakwe mama tak suka kakak dgn adik ada. jadi kalau mama kahwin, mama mesti hantar kakak dgn adik pegi rumah anak yatim. Allah anak.

Jadi haritu aku tahu, anak aku dah besar. Dia dah faham. jadi di situ, aku jelaskan pada dia, kalau ditakdirkan aku kahwin sekali pun, aku tak akan hantar mereka pergi mana2. Kakak dgn adik anak mama. Dan akan kekal anak mama sampai bila bila bila bila pun. Kakak dgn adik ada mama, atuk dengan nenek. Ingat itu je selamanya. Dia pun angguk faham.

korang rasa benda ni kecik2 je?Main2 dengan perasan budak2. Bila aku tanya, tak mengaku pulak. Dah tak berani datang jenguk2 konon tu lagi. Kau ingat budak2 pandai menipu ke? Aku tak sangka, korang guna cara halus macam ni pulak. Main emosi budak2. Pelik. Kelu. Aku tak tau lepas ni cara apa pulak korang nak guna. memang betul la syak wasangka aku. Mereka ni selagi tak dapat apa mereka nak, memang ada je cara nak selit2. Aku tak paham betul. Dan lagi tak faham bila dorang ni tak serik2. Tak penat2. Kenapa eh? Apa masalah korang ni? Kebulur sangat harta anak yatim piatu ke macam mana?

Dah2 lah tu. yang tua pun dah makin tua. Yang muda pun dah meningkat dewasa. Korang ada ramai anak beranak adik beradik lelaki, ada kudrat boleh cari harta sendiri. Kenapa tak cari? Seketul ini juga yang korang nak rebut2 dah kenapa? Aku tak penah minta pun tau duit korang untuk besarkan anak2.

Yang paling aku tak sangka, si lelaki pun ikut jadi pakcik2 bawang tak sedar diri. Aku tak pernah halau korang bila korang datang rumah aku. aku jamu air, aku layan baik2. Tapi, kenapa niat korang tak pernah baik pada keluarga aku? Anak2 tu bukan darah daging korang ke? Takde ke sorang pun yang pandang anak tu dengan belas?

Bila jadi macam ni lagi, apa yang aku takut sebelum ni, aku takutkan lagi. Jujurnya, sejak kes dulu, aku susah sangat utk percaya kan orang. Sampai lah hari ni. Aku selalu fikir macam mana kalau orang2 sekeling yang ada skrg ni cuma pura2? Macam mana kalau nanti semua sia2? Aku takut nak percaya orang.

Betul, Tak dinafikan memang aku ada berkawan rapat dgn seseorang skrg ni. In fact, dah lama kawan, cuma baru saja rapat. Kawan lama yang mmg dah tahu kisah aku dari A-Z. Tapi, aku belum terbukak hati lagi untuk buat hubungan ni pergi lebih jauh.

Boleh ke aku teruskan hubungan ni? Boleh ke aku percayakan dia? Boleh ke dia terima aku dengan anak2? Tapi kalau dia akhirnya pura2 juga macam mana?

Aku manusia biasa jugak. Ada waktu, aku lemah, Aku penat sebenarnya. Penat berjuang sendirian. Kesian anak2 aku. Pernah aku persoalkan, kenapa aku tak ada adik beradik lain macam orang lain? Yang ada waktu2 aku jatuh macam ni?

Mungkin juga korang ada idea lain ni sbb dah dengar aku ada kawan rapat skrg. Korang kan stalker nombor 1 aku. So mungkin korang cuba racun fikiran anak2 ni. Mungkin. Sapa tahu kan?

Anak, cepat lah besar, boleh jaga mama pulak ya. Aku penat ya Allah, tolong kuatkan aku. Kuat demi anak2. Abang, adik penat……

Kepada korang yang membaca, aku bukan berhenti berjuang tau. Aku cuma sedih. Anak2 ini masih jauh perjalanan dia. Dorang ada keluarga besar sebenarnya. Tapi, korang cuba jadikan dorang sebatang kara sebelum waktunya. Aku masih akan tetap ada. Semoga Allah tetap lindungi aku, kuatkan aku, keluarga aku.

– Mama muda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *