Kalau kita biasa tengok ibu kita, mesti kita rasa macam kenapalah insan luar biasa ini wujud kat dunia, sifat altruistik semulajadi yang tiada tolok bandingnya.
Mama yang aktif dengan NGO, berniaga kecil-kecilan tapi tetap dapat membesarkan 7 orang anak lelaki yang jadi orang semuanya.
Satu hari aku tanya mama, “Macam mana mama membesar dulu?”, kemudian mama pun cerita waktu kecil dulu dia dibela oleh ibu angkat sehinggalah dia masuk university.
Ibu kandung masih ada, adik beradik kandung masih ada. Tetapi nak diceritakan hidupnya walaupun di pekan batu pahat, tetapi tidak semoden orang lain.
Dia membesar dengan dapur kayu api, jamban angkut, pendapatan tak tentu dan lain-lain lagi cabaran hidup. Dan Pendidikan agamanya tidak selengkap apa yang kita dapat sekarang.
Dulu sekolah masih pakai skirt lagi-lagi bila dia masuk pancaragam.
Tibalah masuk university dan di situ mama terima hidayah Allah untuk bertudung labuh.
Walaupun masih cetek ilmu agama, mama tetap rajin mendekatkan diri dengan orang-orang alim, ustazah dan kawan-kawan usrah mama.
Cabaran pertama lepas mama jumpa baba adalah ibu angkatnya kena penyakit nanyuk. Aktiviti kencing merata, tidur dengan pepijat, makan bersepah, asyik hilang dari rumah semunya dilalui selama 2 tahun.
Baba pun kena ikut sekali dan terus ‘culture shock’ dengan situasi tu. Dulunya baba seorang anak sulung yang berkeyakinan tinggi, rajin kerja, toleransi berubah sedikit demi sedikit menjadi orang yang pahit.
Dulunya baba dibesarkan di kampung, tetapi hidup serba cukup. Dan ada juga pengorbanan dia kepada adik beradik dia yang lain seperti bangun 4 pagi setiap hari untuk angkut air dan cuci pinggan tepi sungai.
Tetapi Tok Aki belah baba seorang pegawai kerajaan yang boleh dikira kaya ketika dia dibesarkan.
Namun setelah berhadapan dengan cabaran menjaga mertua yang nyanyuk, dia tak boleh lagi berpatah balik kepada perangai asalnya yang baik. Beliau kekal pahit.
Pahitnya perangai baba kadang-kadang takleh bawa bincang. Ada satu hari angah bawa balik TV LCD lepas beberapa bulan start kerja.
Waktu tu takde astro lagi jadi TV tu takleh main apa2 channel. Lepas tu baba cakap, “Buat apa beli TV kalua takleh pakai?”. Semua waktu tu macam halah halah rilek laa.
Lepastu ada satu hari angah beli pizza untuk makan ramai-ramai. Kitaorang happy laa sebab jarang makan pizza sejak kecil. Sampai baba makan sikit dia cakap “Hmm, tak sedap. Baik beli nasi ayam”.
Memang pahit takleh bincang. Ada satu hari mama drive balik kg, kemudian sesat terlepas simpang, pastu baba marah mama “Ish awak ni tiap tahun balik kampung takkan sesat lagi”.
Tapi tak semuanya negatif. Baba provide keperluan dan nafkah kami cukup sampai adik bongsu. Dari lahir sampai masuk university.
Baba sediakan beberapa rumah untuk kitaorang duduk bila dah start kerja di sekitar lembah Klang.
Baba sponsor mama pergi Haji, pergi travel UK pergi Thailand sedangkan dia steady je duduk rumah.
Bahkan waktu kecil dulu baba upgrade kereta saban tahun untuk memenuhi keperluan anak2 yang semakin membesar dan kuat makan.
Cerita di sini adalah untuk memberi pengajaran yang penting iaitu:
1) Ibu bapa kita tak sempurna. Diaorang juga ada childhood yang tak seronok, diorang juga stress dengan keadaan sekeliling. Diaorang juga ada pengalaman pahit dalam kehidupan mereka.
2) Maafkanlah mereka kalau ada yang silap dalam tindakan mereka. Diaorang lebih makan garam, dan lebih besar cabaran dari keadaan kita yang moden ini.
3) Sementara masih hidup, selalulah jenguk jenguk mereka. Kita tak tahu bila kali terakhir kita jumpa mereka.
Kalau dah tiada, teruskan menjadi orang berguna, segala apa yang ibu bapa dah laburkan ke kita, insya Allah sampai kepada mereka.
Sayang mama, sayang baba
– Din dang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit