Assalamualaikum semua. Aku perkenalkan diri sebagai ‘Mamade’, kenapa Mamade? Sebab aku makcik nombor 3 kepada abang yang belum berkahwin tapi nak bermanja dengan budak-budak. Kahwin pun belum, so anggap Abang sebagai anak sendiri. Hahahaha.
Mamade nak cerita pasal abang tapi tak boleh sebab sebak, kesian. Kalau nak mengisi masa lapang boleh lah baca cerita aku nie ye, rasa takde yang menarik, hahahaha.
Mamade perkenalkan Abang pada semua lah ye, Abang anak pertama dalam keluarga dia, seorang yang bijak, sekarang berumur 5 tahun, bersekolah tadika swasta. Abang juga seorang Mild Austisme.
Masa lahirnya abang di dunia, mak abang berpantang dekat rumah atok, Mamade pernah cakap dengan kawan-kawan yang abang nie tak reti diam, asyik merengek je malam sampai ganggu Mamade tidur.
Banyak yang Mamade mengeluh sejak kehadiran abang. Mamade minta maaf abang. Allah maha bolak balik kan hati hamba-Nya. Sekarang kalau orang tanya Mamade, dalam dunia nie siapa yang Mamade sayang? Mamade akan jawab ABANG.
Mamade letak abang nombor 1 dalam hati, sumpah lillahitaala. Mamade pun tak tahu lah kenapa Abang yang pertama di hati.
Abang seorang Mild Autism, sekarang dah ada kad ‘Special’ dah sebab mak abang apply katanya untuk kemudahan abang kelak. okay lah Mamade tak komen banyak pasal nie. Cuma Mamade boleh cakap Allah memberi ‘Kepintaran’ dekat abang.
Umur 3 tahun abang dah kenal bumi, tunjuk gambar pluto dia tahu tu apa. Dia juga tahu semua bendera dunia termasuk warna pada bendera.
Mamade bangga dengan abang. Bila orang cakap mild autism mesti ada yang tak selesa.
Ya, betul orang sekeliling tak selesa bila adanya abang sebab abang sedikit hyper, Kadang bukan orang sekeliling, keluarga sendiri pun ada yang tak selesa sedangkan tu darah daging sendiri. Hmmm entahlah.
Mamade paling sensitif bila ada kaitan dengan abang. Mamade sanggup perjuangkan semua, untuk abang mendapatkan Hak yang sama seperti budak normal yang lain.
For the first time, Mamade bawak abang join keluarga besar pergi raya tanpa mak dan ayah dia. Masa tu mak abang kerja, Atok risau bawak abang sebab takut barang rumah orang pecah sebab abang.
Mamade cakap dekat Atok, ‘Pasal abang, maa jangan risau, abang biar orang yang jaga, orang tahu macam mana nak jaga dia’ ini ayat yang keluar dari mulut Mamade untuk menyakinkan atok. Mamade tak ada pengalaman jaga anak tapi alhamdulilah Allah permudahkan.
Beberapa rumah kitaorang raya time tu, tak ada 1 rumah pun yang barang dia pecah disebabkan oleh abang. Alhamdulilah, Abang pun dapat rasa suasana raya jumpa sepupu-sepupu jauh dia.
Masa nie Mamade bersyukur sangat sebab berjaya kawal abang. Dah rasa layak untuk ada anak sendiri lah. Hahahaha.
Tapi ada kejadian jugak masa raya tu, di rumah second last, ada seorang makcik bergurau dengan makcik yang lain, ‘ta, boleh lah kau bawak abang nie balikkan’ jawapan makcik ta aku tu, ‘dari bawak abang baik bawak adik, larat lah jugak’ Mamade dengar je terus Mamade jeling.
Balik tu Mamade cerita dekat mak Mamade, mak terdiam and Mamade cakap, ‘kalau semua susah sangat terima abang, diam je tak perlu pilih kasih secara terang depan dia, dia berhak hidup dalam dunia walaupun dia macam tu’
Time nie Mamade luahkan secara sebak. Tak tahulah kenapa. Mamade nak yakinkan abang, ada seorang makcik dia teramat sayang pada dia walaupun orang lain menolak dia.
Secara kasar dari mata pandangan Mamade, mak dan ayah abang nie sejenis yang tak nak merasa susah dalam berjalan, dia lagi sanggup meninggalkan abang di rumah untuk dijaga orang lain dari bawak keluar.
Mula-mula Mamade rasa macam perasaan Mamade je, lama-lama perhati, firasat Mamade nie adalah tepat.
Ada beberapa kejadian. Mak abang pesan pada mak Mamade ‘jagakan abang boleh tak, orang nak pergi beli barang, susah bawak abang takut abang merengek, orang bawak adik je’.
Dekat situ juga Mamade Sound,
‘Kau kalau tak nak abang, kau jangan bawak adik, kalau kau nak bawak adik kau wajib bawak abang, kau mak ayah dia pandai lah gilir-gilir jaga, jangan pisahkan abang dengan adik, jangan buat abang rasa yang mak ayah dia sayang adik je tak sayang abang, dia ada hati perasaan tau’ mak abang terdiam.
Mamade masih ingat ayat nie sebab masa nie Mamade dah tak boleh terima orang ‘menolak’ abang walaupun mak ayah dia sendiri.
Last-last dua-dua mak dia tak bawak. Ada juga kejadian mak abang pergi belanja cuma bawak adik je, tak pernah bawak abang, abang selalu ditinggalkan dengan ayah dia, begitu juga sebaliknya, bila ayah dia keluar nak bawak adik, abang dia tinggal. Dua-dua sama PILIH KASIH bagi Mamade.
Mak abang pernah cakap, Dia tak boleh jaga abang sebab baran. Mamade jawap, ‘bukan baran, kau nak senang je’ dia jawap, ayat dia seolah nak cakap yang Mamade nie tak tahu rasa macam mana sebab belum kahwin dan ada anak.
Mamade cakap lah, ‘dah tu gatal-gatal kahwin kenapa kalau rasa diri tak mampu’ dia hanya balas dengan sebuah ‘Jelingan Tajam’ hahahaha.
Bermula pertengahan tahun lepas, Mamade balik kerja, amik abang dengan kata hanya nak bawak berjalan je, padahal Mamade nak bawak dia shopping.
Sepanjang perjalanan Mamade bercakap dengan dia and pesan pada dia, behave, abang boleh amik apa sahaja yang abang nak tapi tak boleh marah dan nangis kuat-kuat. Abang jawap Okay, suruh promise pun dia promise.
Mamade record sepanjang perjalanan dia waktu shopping tu, Suprisely, Mamade bangga dan sebak. Bila tengok balik video tu, nampak muka ceria, happy ada orang bawak dia berjalan.
Ingat lagi, Mamade pesan pada dia Aiskrim boleh amik 1 je, abang jawap okay, tapi sampai mall dia amik 5 aiskrim, balik Mamade pening nak simpan sebab peti ais tak muat. ahahhahahaha
Malam tu Mamade edit segala video yang Mamade record, post at whatsaap and instagram, Mostly ramai kawan Mamade balas status dengan ayat ‘weiii nampak muka dia happy je ye’. Mamade rasa bangga sangat masa nie. Abang dapat rasa suasana nie.
Korang nak tahu sepanjang shopping tu betul-betul dipermudahkan urusan Mamade, tak ada langsung tantrum yang abang bagi dekat Mamade.
Atok abang cakap dengan Mamade muka dia dekat video tu bahagia je,
Mamade jawap ‘mana tak happy, selama nie tak ada siapa yang nak cuba bawak dia shopping, semua takut, mak ayah dia pun takut, kalau dah cakap tak boleh, memang tak boleh lah kan? Memasing dah nampak kan sekarang? lain kali cuba dulu baru cakap’
Atok dia pun diam, ia seakan nak mengiyakn apa yang Mamade cakap. Tapi memang betul kan? tak cuba tak tahu lah. dah cuba barulah kita tahu kemampuan kita nie macam mana.
Sejak dari bawak shopping nie, setiap bulan abang dah pandai minta, ‘Mamade shopping jom’, ‘Mamade abang nak apple’, ‘ Mamade abang nak coklat’. Rasa senang hati Mamade bila dia minta macam tu.
Sejak Abang menjadi pilihan kedua dalam keluarga dia, Mamade lebih mengutamakan abang dari adik.
Sebab Mamade percaya sekiranya tak bawak adik, Mamade tak perlu risau, akan ada mak, ayah serta atok yang akan bawak adik, tapi, jika Mamade tak bawak abang, tak kan ada yang lain mampu dan bawak abang.
Sekarang healing port Mamade ialah keluar outing berdua dengan abang kemana sahaja, makan aiskrim berdua, makan coklat berdua dengan abang.
Setiap kali Mamade penat or stress Mamade akan cari abang untuk mengubati penat lelah Mamade. Special kan hidup abang dalam dunia Mamade. Nie semua Allah izinkan, dan Mamade happy sangat.
Setiap balik kerja Mamade akan panggil abang untuk peluk Mamade, sekarang jadi rutin ye, ahahahhaha happy oiii, macam anak sendiri rasanya.
Ada beberapa kejadian sweet abang dekat Mamade. Mamade tengah makan, tetiba dia minta telinga katanya nak bisik, ayat yang keluar, ‘Mamade, i love you’ sumpah speechless dan sebak time nie, Mamade toleh dia, minta peluk and Mamade balas ‘abang Mamade love you so much’.
Mamade pernah sesaja tanya dia, abang sayang Mamade ke mak ? dia jawap sayang Mamade, lepastu mak dia cakap ‘mak yang lahirkan kau bang, kenapa sayang Mamade, Mamade mak abangkan sebenarnya’ sampai sekarang mak dia tak boleh terima. Hahahaha.
Sweetnya abang nie dia pernah beberapa kali peluk dan cium Mamade secara mengejut. Kadang tanya dia kena buat macam nie dekat Mamade, dia senyum je.
Awal tahun ni mak ayah abang dah pesan kalau salah seorang antara mak atau ayah dia kerja waktu raya, diaorang akan bawak adik sahaja pergi beraya. Abang akan tinggal dengan atok.
Atoknya pulak cakap kalau tak ada Mamade, tak boleh bawak abang, sebab bagi mereka hanya Mamade je yang boleh kawal abang.
Kadang Mamade terpikir siapa mak ayah kandung abang sebenarnya, kenapa mesti Mamade je ? mereka tak ada usaha ke untuk tarik perhatian abang ?
Mamade pernah duduk berdua dengan abang dalam bilik Mamade, tilik muka dia, sampai Mamade mengalirkan airmata, Mamade rasa sebak, begini rupanya seorang anak yang di pilih kasih. Mamade selalu pesan pada abang, dunia nie memang kejam, abang kena kuat dan sabar.
Mamade juga pernah cakap dengan abang, biar semua menolak abang, tapi abang kena percaya hanya ada seorang perempuan tak pernah tolak abang dalam hidup dia iaitu Mamade. Mamade sedaya upaya nak abang rasa macam mana dicintai tanpa dipilih.
Sampai sekarang kalau cerita pasal abang dekat kawan-kawan Mamade akan nangis, kalau orang dengar mesti dia cakap Mamade hanya kesiankan abang sahaja. Mamade pilih kasih semua. Mamade akui yang Mamade lebih sayang abang dari adik,
Bagi Mamade adik dah cukup kasih sayang, ramai sangat yang sayang adik, so tiada kasih sayang dari Mamade bukan satu masalah bagi adik. Kasih sayang Mamade ni bagi pada orang yang selayaknya.
Sebenarnya perasaan Mamade ke abang bukan sekadar kesian tapi dah sampai Abang adalah segala-galanya untuk Mamade.
Mamade sanggup buat apa sahaja untuk abang agar abang dapat rasa apa itu Kasih Sayang tanpa noktah. Mamade pernah rasa apa yang abang rasa. Menjadi pilihan kedua tu memang sakit.
Disebabkan ini juga Mamade tak nak abang rasa apa Mamade rasa. Biar sakit tu Mamade je yang rasa. Abang boleh terus membesar dengan jayanya di sisi Mamade.
Wahai mak ayah diluar sana, jangan pilih kasih dekat anak-anak, ratakan kasih sayang dalam anak-anak yang ada tanpa membandingkan mental dan fizikal mereka.
Mak ayah memang tak kan nampak yang mak ayah ni pilih kasih, Sebab dimata mak ayah anak yang terlebih kasih sayang nie semua baik-baik, anak yang kurang kasih sayang nie akan ada sedikit yang tak baik.
Jangan marahkan anak, andai kata suatu hari nanti anak lebihkan orang lain dari mak ayah sendiri,
Percayalah, ‘orang lain’ yang anak lebihkan tulah yang datang dekat anak anda memberi perhatian yang kurang dia dapati, orang lain tu juga yang memberi anak anda keyakinan bahawa anak anda ni memang layak hidup di muka bumi ini. Tepuk dada tanya selera.
Bumi berbentuk bulat, tiada noktah dihujung, so usahalah sama-sama bagi sama adil. Selagi anak ada nie cuba bagi terbaik, jangan menyesal dikemudian hari.
Wahai abang, kesayangan Mamade. Mamade tak boleh nak paksa mereka menyayangi abang setulus hati, bak kata orang cinta tak boleh dipaksa, tapi Mamade hanya boleh paksa diri Mamade untuk buat sehabis baik supaya abang tak rasa kosong dalam dunia abang.
Mamade sayang abang Lillahitaala. Semoga abang dirahmati dan dipermudahkan urusan abang kelak. Aamiin ya Allah.
LOVE YOU ABANG……
– Mamade (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mamade, saya sangat terharu baca kisah awak ni.. bbrp kali menitis air mata baca kisah Abang ni.. semoga awak kuat, sihat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan Abang.. Abang is very lucky to have you beside him.. sentiasa ada untuk dia.. saya pun ada 2 anak buah yg normal dan sihat, dan saya pun sangat2 sayangkan dorg… sayang seperti anak sendiri juga.. i feel you, Mamade.. hugs for you…
Kak senyum je baca nukilan mamade. Benar2 cinta dr naluri. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup mamade sekeluarga Dunia Akhirat.