Assalamualaikum…
Hai warga iium, di harap semua sihat di bawah lindungannya. Aku harap sangat admin post cerita aku ni. Aku menulis dekat sini sebab aku dah kebuntuan. Tak tau nak buat macam mana & aku sendiri dah tak ada daya nak selesaikan masalah aku ni.
Cerita aku bermula pada tahun 2014 yang mana aku rasa, tahun tu membawa kisah duka di atas kebodohan serta kebutaan mata aku masa tu. Awal Sept 2014, aku kenal dengan jiran tempat aku menyewa. Pandangan pertama aku, mamat muka pecah rumah macam ni, sekali je aku nak jumpa. Lepasni, aku kena larikan diri. Okey, bukan aku nak kutuk kaum itu atau aku prejudice, tapi itulah kenyataan yang sepatutnya aku elakkan untuk hari-hari mendatang!
Tapi, aku tak tahu mana silap aku, setiap kali mamat ni datang atau whatapp kata nak jumpa, aku macam kerbau kena cucuk hidung. Ikut sahaja apa permintaan dia. Dan selalunya berbalik soal Wang! Dia rajin minta aku duit, yang kononnya masatu gaji dia tak masuk lagi, lepas dua tiga hari, dia minta lagi, katanya nak buat duit minyak. Selang beberapa hari, dia tetap minta dan minta dan terus minta. Masa tu aku kerja lagi, gaji adalah dalam rm2300 macam tu. Tolak semua expenses aku, baki dalam rm1000. Jadi, aku pulak dah kerja dalam setahun lebih, jadi simpanan aku memang dah cecah 10k. Masa tgk jumlah simpanan, aku boleh la senyum sendiri, sebab target aku kerja 6-7 tahun, kemudian aku nak cari kereta cash, kemudian buat business sendiri. Masa ni aku tak kenal lagi mamat muka pecah rumah tu. Dan aku masih tetap ikut goal aku tu.
Tapi, lepas aku kenal dia, semua berubah! Hidup aku tunggang langgang! Baru sebulan aku kenal dia, aku tak tau macam mana simpanan aku boleh susut sampai 7k. Maknanya 3k dia dah pinjam tanpa aku sedar. Sebab dia minta sikit-sikit. Tapi seingat aku, sekali minta, adalah 2-3 ratus jugak dia ambil. Tapi, yang peliknya, aku boleh bagi macam tu je duit tu. Macam tak ada apa-apa!
Masuk bulan ke 2 aku kenal dia, keluarga aku mula perasan perubahan aku. Aku tak betah duduk bercuti lama- lama dekat rumah. Ada je alasan aku nak cepat- cepat balik ke rumah sewa! Mamat tu pulak psico aku suruh balik rumah sewa cepat-cepat. Minta aku temankan dia pergi mana-mana yang dia nak pergi. Aku macam biasa kena cucuk hidung agaknya, ikut kemahuan dia. Tak hal, bila balik rumah sewa, mamat tu akan datang kejap minta duit, lepastu tinggalkan aku terpinga-pinga depan rumah. Bukan keluar pon dengan dia! Dia cuma nak duit aku je! Tapi aku tak marah dia pon masa tu. Tak tau kenapa aku boleh diamkan je. Bodohnya aku!!!!
Cerita aku lagi menarik lepas tu, sebab dia pujuk aku nak beli motor. Katanya, nama dia tak boleh buat pinjaman sebab blacklisted. Jadi dia pujuk aku untuk beli atas nama aku. Part yang paling bodoh aku rasa bila, aku yang kena bayar duit muka motor tu. Adalah dalam rm1800 duit muka, lepas tu bulan-bulan kena bayar 290 selama 3tahun. Dia janji akan bayar bulanan motor, & sikit-sikit selesaikan hutang dia yang rasanya masatu dah mencecah 5k!
Masa yang sama, kebetulan mak ayah aku nak guna duit untuk repair rumah, masa tu simpanan aku adalah dalam 4-5k. Aku dah berat hati nak keluarkan lagi duit aku, tapi sebab aku terfikir yang aku dah bagi mamat tu guna 1800 aku buta-buta, jadi aku keluarkan 3k bg mak aku untuk repair rumah. Jadi simpanan aku tak sampai pon 2k masatu.
Balik je dari bagi ibu ayah aku 3k, mamat tu dapat tau yang aku bagi mak ayah aku 3k dia mengamuk! Dia ugut aku nak pukul, dia kata kalau aku nak selamat, jangan main bagi duit kat orang lain tanpa dia tau. Masa ni aku dah mula rasa lain. Kenapa mamat ni nak marah aku. Aku macam tersentak. Tapi aku masih ikutkan jugak kemahuan dia.
Dan di atas kebodohan aku, duit akhir simpanan aku habis licin sebab dia kata nak bercuti ke langkawi ramai-ramai dengan group kawan dia, okey, aku pun keluarkan sisa simpanan aku bayar 1k untuk semua expenses termasuk minyak, tol, feri & 2 bilik hotel untuk 2orang. Tak fikir banyak, semua simpanan aku habis, tapi mamat tu tak tau aku dah pokai.
Aku pergi langkawi dengan 6orang lg kawan-kawan dia. Masa tu memang pelik, dia tak layan aku pon. Dia cuma mintak aku bagi 400 untuk duit shopping dekat sana. Dengan kebodohan aku, aku bagi jugak walaupun hati aku dah mula persoalkan kenapa aku nak kena bagi dia duit!
Balik dari langkawi, aku officially dah pokai, duit yang ada memang cukup-cukup untuk belanja harian & tambang pergi balik kerja. Nasib baik aku tak sentuh duit ni! Ibu aku call suruh balik kg, sebab ada mesyuarat tergempar. Aku berat hati nak balik. Tapi sebab ibu yang suruh, aku balik jugak.
Sampai dekat rumah, keluarga aku semua dah ada, jadi ibu ayah aku ni kalau semua berkumpul dia orang akan ajak sembahyang berjemah & buat tahlil adik beradik. Masa ni aku tak tau kenapa aku macam cacing kepanasan. Kalau boleh aku taknak ada dekat sana. Si mamat tu pulak tak habis-habis call n whatapp paksa aku balik. Aku tak tau ape yang aku nak buat masa tu. Dalam terpaksa, aku buat gak arahan ibu ayah. Sampailah masa meeting. Ibu ayah tegur aku, kata aku dah lain. Dah tak selalu balik & call. Dah tak nak duduk sama-sama untuk borak adik beradik. Masa tu aku tersentak lagi. Ye ke? Aku tak percaya yang aku buat macam tu. Tapi tulah yang ibu ayah aku cakap. Ibu cakap dia nampak ada benda ikut aku, lilit badan aku, sebab tu ibu nak aku balik malam tu. Deria ibu memang kuat! Aku tunduk. Fikir apa yang dah aku buat. Tapi satu pon aku tak nampak mana silapnya!!
Ibu ayah pesan dekat aku, tak payah balik rumah sewa aku, minta cuti dulu dekat tempat kerja, sebab dia orang pakat nak bawa aku berubat. Aku dengar rasa nak marah! Menggelitik rasa nak lari dari rumah malam tu jugak! Aku tak boleh terima yang ibu ayah aku nak ubatkan aku. Aku tak sakit!!! Tapi, untuk keluar rumah malam tu, aku rasa kaki aku berat sangat. Macam ada yang menarik aku untuk terus tidur dekat kg. Mungkin doa ibu ayah aku yang membuatkan aku mampu bertahan malam tu dekat rumah.
Masa aku hampir nak tidur, mamat tu call, dia ugut aku nak cederakan aku kalau aku tak balik malam tu jugak. Aku tak tau datang dari mana kekuatan aku malam tu, aku kata yang aku tak kan balik sana, aku tak nak balik sana. Dia meroyan la marah aku. Dia kata aku tak kenang budi, aku lupa daratan aku perempuan sundal, sedangkan aku tak tau mana silap aku. Aku rasa aku ada sedikit kekuatan malam tu, aku jerit dekat dia cakap dia yang susahkan aku, mata duitan, paksa aku buat sesuatu yang aku tak faham, tipu aku, ugut aku & macam- macam jugaklah yang keluar dari mulut aku. Lepas aku cakap macamtu, dia terus ugut aku, kalau dia jumpa aku, siaplah dia kerjakan aku. Dia pesan suruh aku jaga nyawa aku elok-elok kalau nak hidup, kalau tak, siaplah aku!
Masa tu ugutan dia dah berbaur membunuh pun ya. Aku mula risau. Ibu ayah yang belum tidur dah duk ketuk bilik sebab dengar aku bergaduh. Lepas matikan telifon, aku rasa ada satu beban yang terlepas kat bahu aku. Sedikit rasa lega mula ada. Aku bukak pintu bilik, & keluar dapatkan ibu ayah aku. Ibu ayah minta aku jelaskan apa yang jadi, aku dengan ringan mulut mula bercerita. Masa tulah baru aku perasan yang aku di gunakan. Rasa geram, menyampah & rasa tertipu mula terasa. Ibu ayah aku istifar panjang dengar cerita aku!
Esoknya, keluarga aku desak supaya aku buat report polis, berhenti kerja & tuntut balik duit serta motor yang mamat tu ambil dari aku. Jadi, aku buatlah report polis serta bincang dengan adik beradik aku yang lelaki untuk ambil balik motor aku.
Bila aku pergi ke rumah mamat tu untuk tuntut semua yang dia dah pinjam, mak dia terkejut bila aku terus terang yang selama hampir 3bulan, anak dia dah habiskan hampir 7k duit aku. Aku tak terkejut pun mak dia macamtu, sebab mak dia pon dah makan duit aku 1k. Kesimpulan aku haritu senang je, mereka anak beranak perangkap aku! Sebab apa aku kata perangkap, masa dia nak pinjam 500 pertama, alasan dia nak bayar duit kutu, bulan depan dah dapat duitnya dia bayar balik. Which is tak bayar pon the next month. Sekali lagi dia minta 500 jugak sebab dia kata ejen emas yang dia nak tu, minta duit bayar pendahuluan, yang mana dia tak ada duit pon banyak tu, tapi emasnya dia dah ambil! Geram! Ya! Aku geram & tertipu. Mak & anak sama je!
Bila jumpa mamat tu, aku memang bawa adik laki aku 2orang & 3orang lagi kawan abang aku. Aku tuntut semua yang dia pernah ambil dari aku. Dia mengamuk kata aku yang guna duit dia. Dia kata aku yang pinjam duit dia banyak & tak pulangkan. Aku pelik, bukan selama ni duit aku habis sebab dia yang keruk ke? Sejak bila aku hutang pulak dekat dia! Dasar pencuri! Bila aku kata aku nak angkut balik motor aku, dia mula gelabah. Dia kata aku yang bagi pada dia. Jadi aku tak ada hak nak ambil balik.
Masani, adik laki aku keluarkan kertas kosong & tulis satu perjanjian. Atas persetujuan aku, mamat tu serta bersaksikan 5orang lagi saksi kami tandatangan surat perjanjian. Dimana dia berjanji akan memulangkan duit yang dia ambil dari aku & rasanya jumlahnya tak sampai pon 4k. Selain dari itu, perjanjian bayar balik motor. Samaada dia akan bayar keseluruhan jumlah pinjaman dan aku akan tukarkan nama motor ke atas dia, atau, dia bayar balik semua jumlah yang dah aku keluarkan, dan motor hendaklah di pulangkan kepada aku.
Bila tarikh bayaran balik, duit yang di terima hanyalah duit yang di pinjan sahaja, maksudnya kurang dari 4k. Baki untuk motor senyap. Aku cuba menjejaki dia, tapi tak berjaya.
Selepas aku berhenti kerja, aku dah tak bekerja. Dengan simpanan yang tinggal hanya 1k. Aku mula fikir macam mana kalau dia tak bayar motor? Apa akan jadi? Dan macam-macam persoalan timbul. Aku rasa ada lagi report polis yang aku buat untuk tuntutan atas motor, tapi report aku hanya di atas kertas sahaja. Motor tu aku tak tau kat mana!!!
Dan tahun ni selepas 3tahun, aku rasa jumlah hutang tertunggak aku ada 9k++. Mungkin juga sudah ada tuntutan mahkamah! Bukan aku tak mahu menyelesaikan jumlah itu, tapi sejujurnya aku tak ada duit sebanyak itu. Aku tak bekerja, dan aku berkahwin dengan suami yang hanya bekerja sebagai pak guard yang bergaji 800sebulan, campur ot dapatlah 1k lebih. Dengan anak suami 2 orang serta aku & baby yang bakal lahir, gaji suami memang tak boleh nak di simpan. Tiap bulan nak menantikan sampai gaji, aku bertungkus lumus mengambil tempahan kuih, yang mana pendapatannya tidaklah sebanyak mana.
Aku tahu, hutang wajib di bayar. Tapi dalam keadaan aku sekarang, memang aku tak mampu. Aku cuba kumpul untuk bayar sikit-sikit. Tapi takkan dapat mencecah 100 pun. Aku betul-betul dalam tekanan. Dah 2kali doktor nasihat jangan fikir banyak demi kandungan aku. Tapi, aku tak mampu. Beban Ni atas kebodohan aku! Dan aku tak tau nak selesaikannya juga kerana kebodohan aku!
Aku sedih tapi, aku terpaksa kuat untuk suami serta anak tiri aku. Aku nak selesaikan masalah aku, tapi aku tak ada jalan. Aku buntu…. Aku harap, dekat luar sana tak adalah orang lain yang akan jadi macam aku. Pengajaran dari cerita aku ni, aku harap semua ambil iktibar. Aku tak ada Wang ringgit untuk di beri pada kamu semua… Yang ada cuma secebis kisah duka di atas kelalaian & kebodohan aku.
Aku yang berduka.
– aku yang berduka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit