Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku kat sini. Ni cerita aku. Aku tak hadap pun lagi situasi ni tapi aku terlalu kerap imagine situasi ni sampai aku jadi letih walaupun belum tiba masanya pun lagi.
Untuk pengetahuan korang, aku sekarang berkerja sebagai eksekutif biasa jeee di ibu kota dan aku tinggal di pinggir bandar. Almaklumlah, nak sewa di ibu kota mahal dan tak mampu. Perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang sejam++.
Aku memang pergi kerja pukul 6 pagi. Kalau lambat mampus boleh stuck dalam jammed. Stress sebab perjalanan jauh, nak hadap pengguna jalan raya yang kurang hajar lagi, fuh memang letih mentally & physically.
Tapi nak buat macam mana. Rezeki masih di ibu kota. Doakanlah aku dapat rezeki kerja lagi dekat dengan rumah & gaji lagi banyak dari sekarang.
Pada masa yang sama, aku jugak ambik part time study during weekend. Pun di ibu kota. Masih study dan alhamdulillah i’m doing okay. Result tak gempak tapi cukup lah nak lepas loan MARA. Tapi still, letih mentally & physically.
Sem lepas aku mengandung 7 bulan pun gigih jugak panjat pergi kelas, presentation, assignment etc. Alhamdulillah again. Aku tetap score siap dapat A+. Kembang hidung kejap. Hahaha. Please jangan kecam. Sekali sekala aku nak bangga sebab aku berjaya overcome stress study waktu pregnant.
Okey, now the real thing is, aku baru je melahirkan seorang anak 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Allah sampaikan rezeki itu pada masa yang terbaik, aku percaya tu.
Sekarang aku masih lagi dalam maternity leave siap extend lagi sebabnya anak aku taknak susu botol. Takyah cakap berapa duit habis semata cari botol yang sesuai tapi si kecik tu masih taknak botol.
Okey tu bukan point yang sebenar. Aku rasa ak masih dalam fasa ‘adapting’ untuk jadi mak ni. Letih sangat.
Dalam masa aku tengah ‘maternity leave’ ni pun dah letih, aku tak dapat bayangkan betapa letihnya aku nanti bila dah masuk kerja, plus nak travel jauh, assignment lagi, nak bangun malam susukan anak lagi, pump, kemas barang anak, buat kerja rumah lagi.
MasyaAllah. Aku tak sanggup nak listkan semua benda yang aku kena hadap nanti. Aku fikir ni pun dah stress.
Oh by the way, husband aku sangat supportive, cumanya benda2 yang aku kena buat sendiri ni lagi banyak. Contoh buat assignment. Takkan lah encik husband yang nak buatkan. Yang dia boleh buat, bagi pinjam bahu je lah kalau aku rasa emosi down, menangis etc.
Plus aku sekarang tengah aktif NGO yang banyak pulak meeting waktu2 malam. Dulu2 pepaling awal sampai rumah pun pukul 11. Tu dulu lah. Aku kira berehat kejap sebab beranak ni. Ni pun nanti nak kena sambung balik aktiviti NGO ni.
Sebabnya aku sayang nak tinggal and seronok je buat kerja amal ni. Dok fikir hal dunia je, ni je lah amal untuk masyarakat yang aku boleh bawak ke akhirat insyaAllah. Doakan jugak aku boleh istiqamah untuk beramal.
So bila aku imagine, aku nak kena kerja, aku nak kena jadi mak, aku nak kena jadi student, aku nak kena jadi aktivist NGO. Somehow benda ni buat aku stress especially macam mana nak manage masa, and mampu ke aku nak manage buat semua benda ni.
Aku kesian dekat anak aku ni. Hantar awal pagi, ambik lewat petang. Lepas tu tetiba malam meeting pulak, weekend aku kelas. Aku takut aku tak mampu jadi mak yang baik untuk anak ni. Sebab terlalu letih dengan kehidupan seharian aku ni dan masa 24jam pun macam tak cukup untuk aku.
Betullah orang cakap. Time kita student, masa banyak tenaga banyak duit takde. Time kita kerja duit banyak, tenaga banyak, masa pulak takde. Masalahnya, kalau case aku ni, tenaga takde, masa takde, duit pun cukup makan je. Still alhamdulillah duit cukup makan.
Korang doakan lah aku dapat adapt dengan cepat, ada stamina yang banyak untuk hadap semua ni and boleh jadi mak yang terbaik untuk anak aku ni. Kesian dia dapat mak huru hara macam ni.
– Yie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit