Mampukah Aku Berjaya?

Assalammualaikum untuk semua readers. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kepada Admin jika confession aku sudi dipublishkan. Actually, tujuan aku buat confession bukan untuk confess tapi untuk menyatakan concern aku yang dah lama bersarang dalam kepala otak aku ni. Sepatutnya waktu ini, aku tiada lagi di universiti aku, tapi takdir Allah mengatakan yang aku FAILED FYP. Bagi yang sudah mengambil FYP, mesti sudah tahu macam mana penatnya menyiapkan projek tersebut kan. Ya, aku terpaksa menghadapi penat lelah itu buat kali kedua.

Aku merupakan seorang pelajar degree jurusan sains computer. Specialnya CS ni, FYP wajib ada development di mana kau kena buat system or whatever. Dan ada juga writing. Kredit hour kos ni adalah 6. Haa, banyakkan. Bayangkan aku failed 6 credit hour, betapa banyak turun pointer aku gamaknya. Haa, scary pulak aku bila teringat balik salam dari universiti hari itu. Okay dah, aku nak cerita seterusnya.

Aku daripada sekolah menengah, masuk matriks belajar sains tulen. Tuptup, degree, dapat CS. Dahlah tempat pengajian jauh, dekat tempat jin bertendang sana tuh. Apalah malangnya nasib aku.
Aku terpaksa terima tawaran sebab aku risau kalau tak dapat meneruskan pengajian lagi kalau aku reject. Dengan tawar hati, aku belajar lah CS. Dah la basic tak ada, masuk belajar terus degree, pastu belajar advance punya. Korang boleh faham, apa yang aku rasa tak ? Pada semester awal , okay lagi sebab theory. Bagi aku kacang tanah je. Last last, bila dah final year aku dah ketaq sebab tak yakin nak teruskan. Walau susah macam mana, aku tetap usaha, sebab aku tak nak extand. Tapi, perancangan Allah lagi hebat, kena extend jugak. Aku tak nak extend sebab yuran dah jadi mahal. Mana aku nak cari duit RM1000++ untuk bayar yuran pengajian satu semester yang extend tu memandangkan aku punya PTPTN dah habis kontrak. Dan aku jenis bukan yang bercerita pada mak ayah sebab aku tak nak mereka risau. Bagi aku, biarlah aku yang settlekan sorang sorang masalah ini. Siapa suruh belajar main-main kan.

Selain itu, yang buat aku sangat-sangat risau adalah, future aku as a CS student. Dengan berbekalkan hanya 20% sahaja skills, dapat ke aku peluang aku untuk bekerja nanti ? Oleh sebab itu, aku fikir, daripada kerja aku nak sambung master dengan niat untuk tambah skills dan knowledge. Sebelum tu, aku ada minta pendapat daripada senior. Malangnya, ada satu hal yang aku terus buat aku down. Kata senior, nak sambung master kena prepare duit sendiri pada awal semester. Allahu, aku sedih sangat masa tu, rasa macam, tak payah hiduplah kalau macam ni susahnya. Aku istighfar banyak banyak dan muhasabah diri. Sedaya upaya aku cuba untuk bersangka baik dengan Allah. Duit ? Keluarga aku bukan mewah. Tapi rezeki untuk makan dan belanja tu ada, Cuma kalau ribu riban memang tak dapat. Tambah2 parents aku bukan jenis buat simpanan untuk kami adik beradik untuk belajar. Aku tak salahkan mereka sebab baru nak simpan, dah kena keluarkan balik duit tu. Dengan ekonomi sekarang yang makin gawat. Aku bertambah kesian dengan dua orang tua ku. Hrmmm.

Itulah concern utama aku dan sampai hari ni, aku tak tahu nak buat apa. Aku takut sangat nak kerja sebab skills aku yang tak berapa power. Tapi, aku ni ada macam-macam impian antaranya nak belikan mak rumah besar dan belikan ayah kereta besar. Tapi, dengan kekurangan yang aku ada, aku takut aku akan kecewakan mereka sekali lagi. Dah lah tak berjaya jadi doctor (impian mak aku untuk aku jadi doctor), duit RM1000+ sponsor dari mak sedara untuk belajar motor dan kereta habis burn sebab asyik tak lepas JPJ. Aku rasa macam, malangnya nasib aku kat dunia ni. Dah ramai orang aku susahkan dan aku rasa, aku orang yang paling BODOH. Bawa kereta pun tak pandai ? Huhu.

Aku tahu, pasti diantara kalian yang menganggap aku banyak bagi alasan. Hrmm, yang ni aku tak kisah orang nak cakap apa. Sebab orang tak nampak usaha aku. Siapa je yang nak FAILED dalam hidup ? Nak tak nak kena terima dengan lapang dada. Aku failed FYP ni pun, aku dah lama redha tapi bekas sedih tu masih ada lagi. Nak buat macam mana, aku sebagai manusia yang biasa, kena lah akur dengan takdir Allah kan. Jadinya, kalau ada sesiapa di antara kalian yang ada pengalaman, pendapat, dan nasihat boleh lah share di ruangan komen untuk bantu aku yang sedang kebingungan dengan kehidupan sendiri. Terima kasih dan semoga pertolongan kalian dirahmati Allah. Sekian. 

– Gadis Malang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit