Mampukah Aku Menjadi Ibu Tiri Yang Baik?

Persoalan di atas ni asyik terngiang-ngiang di telingaku sejak aku menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang duda berumur awal 40-an.

Ini kisah benar yang sedang berlaku dalam hidupku. Aku seorang pendidik di sebuah negeri selatan tanah air yang berumur awal 40-an, bujang dan berpenampilan sederhana.

Aku bukanlah wanita liar dan aku tidak mempunyai circle dengan lelaki lain sama ada lelaki bujang/suami orang. Aku jarang keluar rumah. Hidupku sangat simple tapi bahagia walaupun bujang kerana aku masih memiliki ibuku.

Ibuku meminta aku mencari jodoh memandangkan hanya aku yang masih bujang dalam keluarga. Ibu sudah semakin tua, ibu risau aku akan tinggal seorang diri kelak.

Demi memenuhi hajat ibuku, aku nekad berkenalan dengan lelaki melalui apps dating yang berbayar dan private.

Bukanlah sebelum ni aku tak pernah bercinta, masa belajar di universiti dulu, pernah juga bercinta (tak serius sangat) tapi akhirnya putus di tengah jalan kerana aku tidak begitu memberikan komitmen.

Tahun berganti tahun, aku terlalu selesa bergerak solo, hinggakan tak sedar masa berlalu begitu cepat dan akhirnya baru aku terdetik untuk serius berumah tangga.

Hujung tahun 2023, aku berkenalan dengan seorang duda yang bercerai hidup, mempunyai 2 orang anak. Mengenangkan diri sudah berusia, aku tidak yakin dapat berkenalan dengan lelaki bujang. Jadi, aku buka hatiku untuk calon duda.

Alhamdulillah hubungan kami bermula dengan baik. Sepanjang perkenalan, saya dapati dia lelaki yang sangat green flag.

1. Pekerjaan dan pendapatan yang besar dan tetap.

2. Orangnya berpenampilan menarik, ada rupa.

3. Nampak sangat bertanggungjawab (melalui cara dia menjaga urusan anak2 dan ibu bapanya)

4. Tidak kedekut langsung (tak pernah bagi saya gunakan duit sendiri jika bersama2nya)

5. Soft spoken

6. Berpendidikan

7. Gentleman (agak romantik – selalu bukakn pintu kereta dan bagi bunga/hadiah)

8. Solat

9. Tidak merokok

10. Tidak baran (sepanjang kenal hampir 2 tahun, tak pernah tinggikan suara)

Semuanya kelihatan sempurna. Memang memenuhi kriteria lelaki idaman saya. Mesti kalian tertanya punca perceraian kan. Itulah perkara pertama yang saya tanya pada hari kami mula bermesej. CURANG.

Bekas isterinya curang sampai berzina. Dia dah tunjukkan dokumen perceraian dan bukti2 yang digunakan dalam mahkamah. Anak2 juga mendapat hak penjagaan ayah. Saya dah sahkan sendiri yang semuanya benar.

Disebabkan kasihan dengan situasi dirinya, saya selalu didik hati yang saya kena bersyukur sebab dapat berkenalan dengan dia. Hubungan kami menjadi semakin serius dan kami telah pun bertunang.

Tapi ada satu perkara yang buat aku semakin takut, mampukah aku menjadi ibu tiri yang baik? Memandangkan kami akan bernikah tidak lama lagi, persoalan ini asyik terngiang2 di telingaku.

Disebabkan itulah aku meluah di sini. Tujuanku adalah untuk mendapatkan nasihat kalian yang mungkin mempunyai pengalaman dan situasi yang sama denganku.

Berikanlah nasihat yang baik untukku atau mungkin tip yang berguna agar aku dapat berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ibu tiri yang baik dan isteri yang taat.

Terima kasih atas nasihat dan komen kalian.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ok dah tu, teruskan jelah perkahwinan tu, sebelum dirembat orang duda hot tu. Bab menjadi ibu tiri Insya Allah awak boleh buat.

  2. Alhamdulillahh bakal dapat suami yg baik dan bertanggungjawab. teruskan ya sis moga kekal ke Jannah. jgn risau sifat keibuan sendiri akan datang pada sis nanti nii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *