Mampukah Dia Berubah

Hai warga IIUM Confession, saya Mimi dan sekarang berumur 25 tahun.. Saya nak buat sedikit luahan dan nak meminta pendapat semua.

Saya sedang berkenalan dengan seorang lelaki, dan telah merancang untuk berkahwin dengan nya tidak lama lagi….

Malangnya, baru baru ni, saya baru dapat tahu dia adalah bekas menagih d4dah tetapi telah berhenti sejak covid muncul pada tahun 2019 (katanya)…

Sepanjang saya berkawan dengan nya, saya belum pernah nampak sisi buruknya lagi.. Antaranya, setiap kali keluar bersama, dia tak pernah cuba cuba untuk sentuh saya..

Dan setiap kali keluar bersama dia mesti akan singgah di surau berdekatan untuk solat setiap kali masuk waktu solat.

Selain tu, cara dia dan layanan dia terhadap ibu bapa saya juga sangat sempurna.

Saya juga terpesona apabila melihat cara dan layanan dia pada mak ayah dan adik beradik dia yang lain.

Selama 4 tahun perkenalan ni, saya belum pernah nampak sisi buruk dia yang lain seperti panas baran, cepat marah, kedekut, atau lain lain…

Fizikal orangnya juga berisi, tidaklah kurus seperti orang yang mengambil dadah…

Penampilannya kemas dan terurus.. Pekerjaannya juga stabil..

Saya dapat tahu tentang perkara ini, selepas kami sama sama bersetuju untuk bercerita tentang ‘1 perkara rahsia’ sebelum sama sama mendirikan rumah tangga.

Saya memaksa dia untuk bercerita walhal pada ketika tu dia tidak ingin saya tahu tentang kisah silamnya.

Tetapi, saya paksa dia bercerita sebab dia sudah pun terlepas cakap bahawa dia pernah lari dari rumah satu masa dahulu atas sebab “tertentu”..

Saya bertanya dan memaksa dia untuk bercerita tentang sebab “tertentu” tersebut sedangkan ketika itu, dia cuba mengelak daripada saya tahu tentang perkara ini.

Jadi, akhirnya dia pun bercerita tentang kisah silamnya yang pernah ambik dadah (jenis ice), tetapi katanya dia sudah lama berhenti sejak 2019..

Dia mula terjebak dengan dadah ketika dia di sekolah menengah lagi..

Jadi saya bertanya padanya bagaimana dia boleh berhenti.

Dan dia menjawab dia berjaya tinggalkan dadah sebab semasa PKP dia tidak ada duit (kerana syarikat tidak beroperasi) dan susah untuk mendapatkan barang (dadah) tersebut semasa PKP…

Dia tidak pernah ada rekod atau ditahan dengan AADK sepanjang dia mengambil dadah, dan dia cuma berhenti dadah dengan cara sendiri..

Katanya cara dia berhenti adalah secara kerap makan, kerap mandi, elak berjumpa dengan kawan kawan yang mengambil dadah seperti nya.

Faktor utama dia menguatkan diri adalah kerana, dia sedih melihat mak dan ayahnya kecewa terhadap sikapnya semasa dia menjadi menagih dadah.

Dan akhirnya, dia berjaya kuatkan diri dan berhenti dari mengambil dadah.

Dan katanya lagi, sebab utama dia lari dari rumah adalah kerana dia takut dia akan hilang control apabila terus berada di rumahnya dan akan membahayakan keselamatan mak ayah dan adik beradiknya yang lain..

Menurut ceritanya, sudah 4 tahun dia berjaya tinggalkan dadah.

Dan dia juga dah pulang ke rumah keluarganya sejak dia nekad untuk berhenti dadah pada tahun 2019 tersebut.

Mak dan ayahnya juga banyak memberi sokongan dan dorongan untuk dia kuat, tekad, dan mengawal dia daripada berjumpa dengan rakan rakan yang membawa pengaruh negatif padanya.

Mak ayahnya juga lebih mengawal ketat pergerakan dia untuk keluar masuk rumah untuk mengelakkan dia terjerumus sekali lagi dengan pengaruh dadah.

Dan ketika dia bercerita tentang semua ini kepada saya, dia menangis dan menunduk seperti cuba mengelak daripada melihat saya.

Dia terlihat jujur, dan sangat kesal dengan semua perkara yang dia lakukan dulu..

Sekarang saya takut.. Saya jadi ragu ragu untuk percaya kata katanya yang dia sudah berjaya berhenti dari mengambil dadah sejak 2019 itu..

Saya takut dia masih lagi mengambil dadah tanpa pengetahuan orang lain..

Dan jika benar dia sudah berjaya tinggalkan perkara keji itu, saya takut dia akan terjebak semula dengan dadah 1 hari nanti..

Ada beberapa perkara yang mengganggu di fikiran saya.. Persoalannya, mampu kah seseorang penghisap dadah ini, berhenti secara mudah begitu saja tanpa bantuan AADK?

Bolehkah saya percaya kata katanya yang sudah pun berhenti daripada mengambil dadah sejak 2019 itu?

Benarkah dia benar benar menyesal? Benarkah dia sudah berhenti mengambil dadah? Patut kah saya meneruskan hubungan ni, atau saya perlu mengundur diri?

Dan saya berfikir MAMPUKAH DIA BERUBAH?

Jika bercakap tentang sayang, YA! SAYA SAYANG DIA. Tapi saya sedar, sayang itu tak mampu menjadi kunci untuk menjamin kebahagiaan..

Saya berharap warga iium dapat memberi pandangan dan pendapat tentang perkara ini.

Terlebih dahulu, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih buat semua.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *