Mana empati Tuan Puan? Yang perfect hanya Allah..
Saya pelajar Master sambilan di sebuah IPTA. Bekerja dan belajar adalah perkara yang sangat mencabar seronok kerana kita dapatkan tingkatkan pengetahuan dan bertukar suasana mendapat ilmu baharu terkini.
Seorang ibu yang mempunyai lima anak syurgaku tersayang. Beza tiga tahun. Yang sulung bakal sambung Degree di Uitm.
Sebagai tulang belakang pencari nafkah keluarga kerana 3 tahun lepas suami VSS sebab hotel tutup kerana Covid19. Berazam untuk mengubah ekonomi keluarga. Sekarang baru 6 bulan suami dapat kerja pengawal disebuah premis. Syukran.
Setelah Master bersalin 5, minta izin suami untuk sambung Master dan beliau izinkan. Suami syurgaku banyak uruskan anak anak.
Sepanjang tempoh pengajian tiada masalah besar timbul. Belajar dan extended semester untuk orang yang bekerja perkara normal.
Sepanjang pengajian banyak kali saya tukar tajuk research.
Writting terakhir saya asyik di reject hinggakan buat writing ikut kehendak supervisor. Merekalah yang berkuasa penuh kerana kita nak ilmu dari mereka. Kita pelajar ini akur sahaja apa sahaja permintaan tukar dan tukar. Sampai satu masa rasa nak give up.
2023 adik ipar tersayang meninggal kerana cancer yang merebak pantas. Memang tahun kedukaan kami sekeluarga.
2024 rasa semangat balik untuk menghabiskan sisa Master. Setiap bulan update bahan tulisan kajian kerana hampir dipenghujung. Gembira tak terkira tahun ini tidur tak lena mandi tak basah.
Awal Januari ada email fakulti tapi fakulti pesan jangan email lagi selagi belum setel 100%. Baik Tuan. Setiap bulan asyik tanya pensyarah Dr boleh saya hantar proof read? Boleh hantar proof read? Dari tahun lepas.. tapi Supervisor yang perfection suruh tunggu selagi dia tak cek semua ikut cara penulisan dia.
Dan kerana mengikut sesi kritik & balas hampir 28 kali untuk 2024 akhirnya di beri proofreading yang ditunggu dapat pada awal 1 Julai. Ada nama timbalan dekan dalam proofreading itu dan matrik no saya. Timbalan tak update ke?
So selepas itu kena siapkan formating dan pensyarah cakap no rush. Bulan 9 dapatlah research yang dinanti. Hati berbunga bunga untuk submit ke fakulti sekali tulisan saya ditolak. Katanya tidak balas email bulan 5.
Memang kita 300% focus on writing langsung tak perasan email fakulti. Hijab tertutup. Tapi Timbalan Dekan tidak dapat terima alasan saya tak tengok email latest.
Semester 2023 staf akademi ada call bagitau mohon reply email dan kita update selalu status. Kali ni tanpa call terus writing saya direject. Rasa macam nak terjun bangunan. Allah. Rasa tiada empati sebagai insan. Tiada benda yang perfect Dr. Yang perfect Allah.
Memang leceh kalau hanya kes saya sahaja untuk dibawa ke Senat tapi berbelas ribu yang kami bayar janganlah tak ada empati. Mungkin kerana ego seorang Timbalan Dekan saya tak dapat konvo. Kesian anak anak dah Happy.
Pelajar degree ada bagitau Dr memang stright. Dan apa lagi isu ini akan dipertikai Senat. Senat pun manusiawi. Harap ada miracle selepas ini.
Pasti akan ada komen mujur aku tak sambung belajar. Belajar itu pilihan tapi Allah kan bg ciri empati dalam manusia. No body perfect. Yang Perfect Allah
Hasrat nak sambung PHD 2025 tersekat..
Ya Allah mudahkan perjalananku ini..
Demi kelangsungan hidup membesarkan Anak anakku, Aamiin.
– Mama sedih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya doakan agar Allah permudahkan segala urusan Puan, amiinn ya Mujib.
Tabarakallah.. semoga puan sabar dlm mnghadapi ‘ujian’ ini.. apa yg patut dibuat, sudah dilakukan, termasuk berdoa kpd yg maha Esa.. tapi puan harus ingat bhw Dia lah yg paling agung dan dpt mngatasi apa shj.. di atas dr., atau apa jua jawatannya, masih ada yg lbh atas.. cthnya : jika dia timb. Dekan, masih ada Dekan di atas beliau, hatta klaw dekan, masih ada timb. Naib chanselor (or whatever post pun), dan mereka masih lagi ‘manusia’ spt kita, bkn nya Tuhan, dan bukan 100% “perfect” pon.. saya teringat seorang insan yg saya kenal dlu, (sekarang dah arwah..), beliau telah diuji dgn satu msalah ‘teknikal’ yg tidak membolehkan beliau ‘grad’ pada masa nya, dan semua authorities d HEP telah menolak permohonan rayuan nya.. last resort (dan tinggal beberapa minggu shj nk grad), beliau nekad dan berjumpa seorang professor yg memegang jawatan tertinggi d fakultinya (profesor ini adalah seorang yg terkenal dgn ketegasan dlm keputusannya), berjumpa pulak di rumah profesor, krn bnyak halangan jika nk berjumpa d fakulti.. sya cuma temankan, x bercakap apa2.. rakan saya terangkn keadaan sebenar, beserta bukti2 yg perlu.., memang jawapan prof pd ketika itu tidak menjanjikan apa2, cuma dia minta bukti2 tersebut ditinggalkan di situ, dan beliau akn refer semula pihak yg bertanggungjawab.. malah kmi dilayan dgn baik di rumahnya, diberi minum dan diperkenalkan dgn ank dan kucing2nya.. masa berlalu, dan lbh krg seminggu, rakan saya mendapat jawapan yg positif dari HEP dan dpt grad dlm waktunya.. alhamdulillah, itu lah ‘kuasa’ yg maha esa, dan kita sbg hamba hanya berserah kpd ketentuan dariNya.. wallahu a’lam