Mana Hadiah Saya?

Salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM confessions. :)

Dah jadi tradisi kita kan, bila birthday kita dah dekat je kita mesti mengharap orang-orang yang kita sayang buat something yang special untuk kita kan? tak kiralah buat surprise ke, bagi kek ke, belanje makan ke, hadiah ke and sebagainya. ada certain people tak kisah pon ada orang celebrate and wish ke tak tapi, deep dalam hati tu bila takde orang wish langsung mesti kita akan rasa sedih betul tak? Mungkin tak semua. Depends lah kan. Tapi, dekat sini aku nak bawa korang semua untuk try ubah mentaliti macam tu. Jom kita tukar to something new. Sumpah korang akan rasa lain sebab aku dah try. Saje aku nak share mana tahu dapat bagi manfaat kepada pembaca-pembaca confession IIUM ni.

So, lets be different. Kalau di setiap hari lahir kita, kita mengharapkan orang bagi hadiah ataupon wish dan sebagainya jom kita cuba tukar kepada kita pulak yang bagi diorang hadiah. ‘dah kenapa pulak bitrthday kita, kita pulak yang bagi hadiah?’ i know someone will ask this.

Ceritanya begini. There’s one day masa birthday aku, aku sedih sangat sebab takde orang pon dalam family aku yang bagi hadiah or paling tak pon belikan kek. Kawan2 wish dekat fb and wassap tu biasalah kan. So, aku dengan sedihnya, suarakan apa yang aku rasa dekat mak aku. ‘Mak, mana hadiah saya? kek pon takde. Yelah takde orang pon ingat’ Tulah ayat aku time tu. And kata2 mak aku time tulah yang aku pegang sampai aku besar ni walaupon masa dia cakap tu, mungkin dia tak maksudkan and dia gurau sebab dia gelak2. Tapi, aku fikir betul jugak apa yang dia cakap. My mom answer me ‘ eh, kenapa mak pulak yang kena bagi hadiah. Mak yang lahirkan kau patut kau yang bagi hadiah’ (nada seloroh)

So, that’s my point. Kalau kita fikir2 balik kan..betul jugak kan. seorang yang bergelar ibu dah kandungkan kita 9 bulan, bersabung nyawa lahirkan kita, sepatutnya they are the most person that deserve any gift and celebration. So, bermula dengan tulah, setiap kali birthday aku, aku tak pernah harapkan apa2 lagi tapi aku yang buat something untuk diorang. So, apa yang aku buat?

1. Tepat je pukul 12, aku akan mesej mak aku cakap terima kasih sebab lahirkan aku dengan selamat. Mengandungkan aku 9 bulan. Bersabung nyawa menanggung segala keperitan aku yang lahir lambat dari due. Setakat ni aku selalu mesej je sebab aku malu nak cakap depan2. hehe.. (karanglah panjang2 sebab mak kita tak kan penat baca apa2 pon ayat dari anak dia and lahirkan apa yang kita rasa dari hati)

2. Kadang2, aku akan masak something special macam kek and sumelah kira mak aku rehat je. And aku akan celebrate.

3. Sometimes, I will make handmade card and post kat rumah kalau waktu tu aku jauh dari rumah. pernah jugak aku buat video, aku compilekan sume gambar dari aku kecik sampai besar and aku sent kat mak aku.

4. Bukan dekat mak je yang aku tunjukkan yang aku hargai kehadiran diorang dalam hidup aku. Tapi semua orang yang ada makna dalam hidup aku, family and kawan2 yang ada disetiap susah senang.

5. Kalau kawan2 yang betul2 bermakna dalam hidup aku, memang aku akan bagi hadiah. Paling koman belanja makan untuk tunjukkan how much I appreciate them. And of course luahkan apa yang ko rasa pasal diorang.

Actually, banyak lagi yang kita boleh buat. kita sebagai anak tahu apa yang mak kita inginkan atau apa yang mak kita tak pernah rasa seumur hidup dia. Ada sekali waktu birthday aku tu, aku time tu macam ada duit lebih sikit so aku decide nak bawak mak aku makan buffet dekat hotel sebab mak aku tak pernah jejak kaki ke hotel mahal2. So time aku bawa tu, tak boleh nak cakap betapa gembiranya aku tengok mak aku sampai nangis lah jugak bila aku kenang.

So, point aku simple je. Jom try ubah dari kita salu harapkan orang bagi kita something, kita pulak yang bagi atau buatlah apa2 untuk tunjukkan betapa kita hargai diorang sepanjang kehadiran diorang dalam hidup kita terutama orang yang lahirkan kita. Kepada para2 suami, cuba lepasni setiap kali birthday anak, bg something or paling tak pon wish dekat isteri2 korang ‘terima kasih’ sebab dah lahirkan zuriat yang baik dan sihat untuk korang. Korang trylah. expression terharu diorang akan buat ko terharu dalam masa yang sama kita dapat tunjukkan dekat diorang betapa kita sayang diorang.

Aku cakap sebab aku dah buat. So korang macam mana? :)

– si birthday girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit