Mana Kasihnya?

Salam syawal semua. Selamat menyambut Hari Raya kepada seluruh kaum muslimin. Buat pembaca iiumc, aku Bro Fazz ingin utarakan sesuatu perkara. Perkara yang selalu orang pandang remeh tapi besar maknanya.

Bagi aku benda kechik-kechik ni lah yang kita harus ambik peduli. Benda yang melibatkan perasaan kot. Baiklah aku teruskan apa yang aku nak bagi tahu ni. Hahahaha. Rasa nervous pulak. Biasa lah first time aku menulis. Jadi aku cuba ya.

Di pagi Raya memang dah menjadi kebiasaan kita bermaaf-maafan. Terutama mintak maaf kepada orang tua kita. Jadi nak dijadikan cerita. Aku ada sepupu yang perangai dia boleh tahan nakal.

Kedua orang tua dia tak suka sangat dengan perangai dia. Dan dia pun beza dengan adik-beradik dia yang lain. Adik-beradik yang lain semua baik, dengar kata, pendek kata anak yang ‘soleh-soleha’ lah sangat (tangan letak atas bahu).

Dia ni lain sikit. Aku bagi nama sepupu aku minah (bukan nama sebenar of course). Dia ni ketegaq (degil), tapi dengil dia pun aku rasa dia tak hipokrot. Cuma tu lah mak bapak dia duk nampak hat yang ‘jahat’ tu je.

Kenapa aku kata macam ni? Sebab pagi raya, tengah orang lain bersalam bermaafan, aku terdengar lah yang time minah ni pi salam mak dia nak mintak maaf, mak dia cakap ‘hah yang ni paling banyak dosa’. Terus berubah air muka dia dohh. Naik malu, yelah dah mak dia cakap kuat, mau dengar satu kampung. Tak usah lah cakap macam tu. Kesian tau. Sedih aku tengok.

Aku nampak minah tunduk je salam dan cium mak dia tapi jauh sudut hati dia, aku tau dia patah hati. Mana tak patah hati dah mak sendiri kata kita ni macam tu. Pastu yang lagi sakit hatinya mak dia boleh duk kata adik-beradik dia takda salah apa2 pun, baik-baik je. Duk banding-bandingkan.

Kalau kau berada tempat minah, berada di situasi di banding-bandingkan macam tu, apa perasaan kau? Mesti kau rasa heart broken gila kan? Kalau aku meratapi juga doh biarpun aku ni laki. Hahaha. Tapi minah seyes gentle dia lek je. Dia takda lah nak memberontak balik ka. Dia pendam je. Paling kuat pun dia citer kat aku.

So disini aku nak bagi tahu sikit lah kepada mak pak di luar sana. Tak perlu banding-bandingkan anak2. Yang baik tak semestinya akan baik selamanya, yang jahat tak semestinya akan jahat selamanya. Manusia boleh berubah. Hati kita ni boleh dibolak-balikkan.

Benda ni nampak remeh tapi kalau dah malukan anak sendiri cakap dia anak yang tak baik walaupun dia memang tak baik. Bila dah tua nanti percaya lah cakap aku benda ni akan nampak besar di mata kau. Anak kau yang kau kutuk, kata dia macam tu, dia lah yang akan ada waktu kau susah nanti. Aku tak cakap based on drama tapi aku cakap realiti yang berlaku hari ni.

Bukan lah aku nak salah kan mak bapak si minah ni. Apa yang aku nak cakap adalah kalau anak tu teruk, tak baik, bimbing lah dia, teguq cara baik. Yang ni pi bagi dia jadi tak baik lagi pasai apa? Hah marah ni. Kadang2 kata-kata kita pada anak-anak boleh menjadi racun buat mereka.

Aku kesian kat minah sepupu aku tu. Aku tengok dia rasa nak nangis je. Aku tulis benda ni pun sebab aku rasa ralat tengok ada segelintir mak bapak yang tengking anak2 kecil hanya kerana depa tak dengar kata. Budak kechik mana tau apa. Kita yang kena bentuk depa.

Akhir kata aku nak bagi tahu kalau anak2 kau buat sesuatu yang biasa2 je, puji lah. Siapa lagi nak puji anak kau kalau bukan kau sendiri. Sayang lah anak kau. Didik lah depa dengan penuh kelembutan dan kasih sayang yang ikhlas dari hati. Bukan dengan kekasaran dan kemakian. Sekian saja dari aku.

Nota dari aku :

Aku pinjam FB awek aku ni. Hahahha. Maaf ya kalau ada buat hati hampa guris. Aku hanya nak tengok kasih sayang yang tulus si ibu kepada anaknya di dunia yang fana ni (ceh ayat tak leh bla). Kalau dah hari-hari kena kutuk lagu tu. Sayang lagu mana lagi? #teamrayautara

– Bro Fazz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *