Mana Kawan-kawan Aku?

Aku taktau macam mana nak buat. Aku ni surirumah. Bukan asal dari negeri aku menetap ni. Hari hari, mengadap anak anak. Anak pulak lasak. Kadang otak aku tepu.

Weekend je dapat jalan jalan. Tu pun pergi rumah mertua dan ipar ipar yang berdekatan. Takkan tiap tiap minggu gi rumah ipar kan? Ipar pun nak rest. Mertua pun nak rest.

Pergi mall? Suami cakap takda keperluan. Kadang takat lepak makan. Balik. Balik mengadap anak anak lagi. Suami sangat membantu jaga anak dan kerja rumah sepanjang kawin.

Confession ni bukan mengenai suami aku. Suami aku berperanan besar jaga anak dan urus rumah tangga sepanjang perkahwinan kami. Dan dah berikan yang terbaik buat kami sekeluarga. Kami banyak bekerjasama dalam hal urusan rumah dan anak anak.

Confession ini mengenai aku. Aku seorang surirumah yang berpelajaran walau tak tinggi. Pernah bekerja professional sebelum ada anak.

Berhenti sebab company terakhir bankrap dan gagal mencari kerja lain sehinggalah suami aku cakap, duduk rumah jaga anak jer lah. So inilah kehidupan aku.

Orang cakap makin tua makin kita hilang kawan. Kan? Yang ada makin kecil. Hanya ada yang betul betul berkualiti. Untuk aku pulak. Bukan makin kecil. Hilang terus. Tak nampak rupa. Aku sebagai suririmah memang tak ada new circle of friend.

Tambahan pula aku menetap di negeri yang jauh dari negeri kelahiranku. Aku mulanya ingat ini punca. Tapi lama kelamaan, balik kampung pun aku terperap di rumah.

Jumpa sorang je kawan baik dari sekolah menengah, aku namakan dia F. Balik rumah kat sini, whatsapp dengan F jugak.

Post story whatsapp F je respond. Post kat fb dan ig, F je yang like atau komen. Aku mula terfikir. Mana kawan lain. Aku selalu je like komen respond mana mana post dorang. Tapi bila aku post atau apa apa. Takda yang muncul. Melainkan F dan keluarga aku.

Aku kerap respond pada story rakan2 aku. Tapi last last aku dibluetickkan je. Annoying sangat ke aku ni? Aku respond biasa2 je takde la merepek meraban.

Kalau aku meraban kawan tak reply takde hal. Ni contoh baru jadi minggu lepas. Aku nampak kawan baik masa degree dulu post whatsapp story dia berada berdekatan area rumahku. Aku tahu dia bukan tinggal di kawasan aku, aku pun respond.

Aku tanya lama mana stay sini? Cuti ke? Ada rezeki jom la jumpa. Dia bluetick je aku. Aku anggap dia busy.

Pastu dia post gambar dia di taman berdekatan rumahku. Aku komen la. Di ignorenya aku sampai sekarang. Dia dok berbalas komen di gambar lain. Aku pujuk diri aku. Tak apa la. At least aku cuba tak putuskan persahabatan ni. Kitaorang takda gaduh pun.

Rakan baik lain? Ada je. Kadang post throwback gambar lama sama2 dorang. Aku tak di includekan. Padahal masa bergaduh sama2 dorang dulu, pakat call aku mengadu. Last last aku jugak kena pinggir. Aku mesej jugak dorang. Tanya pendapat apa2 ke.

Aku luahkan perasaan aku stress ke. Apa ke kan. Tapi last last diam macam tu je dorang. Hilang macam tu je. Aku mula jadi terkecil hati. Sebab. Kalau dorang ada masalah, call atau whatsapp aku, aku mesti reply and dengar, and comfortkan dorang if needed.

Masa aku? Hmm.. Mula mula aku fikir dorang busy. Tapi bila kerap jadi, aku mula kecil hati. Maybe korang ingat aku ni clingy. Mesej tiap hari.

Demi Allah aku mesej dorang kadang2 je. Cuma nak tali persahabatan tu tak putus. Tu je. Kadang dua tiga minggu sekali. Takda laa semua story post dorang aku menempek. Aku pun tau la orang rimas.

So makin lama aku makin sunyi. Aku post apa apa takda rakan rakan nak tanya khabar. Kalau sesama dorang? Hmm. Ramai je lah.

Aku sumpah tak tahu mana silap. Sepanjang berkawan, kami tak pernah gaduh. Dorang yang gaduh ada la. Aku selalunya jadi peneutral keadaan sebab aku boleh masuk mana mana puak yang ada.

Entahlah. Normal ke ye? Aku bukan gila like kt socmed. Bukan jugak gila perhatian. Aku cuma kadang nak mesej dengan rakan baik aku. Aku tau lama kelamaan. Rakan kita pasti akan ada new circle of friend. Tapi takkan tu bermaksud kita kena lupakan rakan lama?

Lain la rakan tu hilangkan diri ke apa ke. Ni aku ni. Ada wujud. Tak pernah tukar nombor. Aku just nak kadang2 tu ada rakan sembang pasal makeup ke. Skincare ke. Throwback kisah lama ke. Aku takda siapa siapa nak contact untuk semua tu.

Takkan nak cerita dengan suami. Boleh la. Tapi bukan dia faham sangat. Anak anak? Kecik lagi.

Macam mana rasa ada rakan eh? Aku dah lupa. Kadang aku kecik hati dengan suami aku. Aku nak call someone. Tapi aku scroll je nombor contact dalam fon. Takda sorang pun yang aku rasa aku boleh call.

Nak call F? Dia belum kawin. Aku kadang happy beli skincare baru berkesan kat kulit.

Nak share dengan rakan2. Tapi… Lupa.. Aku takda rakan2 sahabat handai segala tu.. Aku jeles orang ada kawan. Kerja dapat new friends. Masih in contact dgn rakan2 lama. Even dah kahwin ada anak.

Aku ada F je. Tu pun lately. Aku rasa segan kacau F sebab dia pun asyik post lepak dengan rakan2 baru dia. Tapi still aku keep in touch dengan dia.

Aku sayang rakan2 aku. Dorang bisnes? Aku beli tak mintak diskaun. Dorang share pasal bisnes dorang? Aku rt atau share. Macam rakan aku sorang ni, dulu dia tak kerja. Dia teringin handbag. Dok cerita dengan aku beg tu lawa.

So aku dapat gaji. Aku belikan pos ke dia. Buat surprise. Ni masa aku kerja dulu la. Rakan aku teringin nak makan sandwich viral dulu.

Kebetulan hq dia dekat rumah aku. Aku belikan hantar ke dia. Aku taktau la. Aku jenis appreciate rakan2 aku. Aku suka kalau tengok dorang happy. Aku tak harapkan balasan. Birthday aku dorang tak wish pun aku tak kecil hati.

Tapi tulah. Benda tu semua tak menjamin persahabatan berkekalan. Aku banyak muhasabah diri. Aku bukan jenis rakan yang clingy. Aku bukan jenis yang buat masalah dengan dorang. Aku jenis yang kalau dorang cari aku make sure aku ada. Aku taktau kat mana silapnya.

Ya aku ada anak anak dan suami. Hidup jaga anak anak dan suami je la kan??

Tapi aku manusia biasa. Nak juga ada rakan perempuan. Boleh borak mengopi lepak, me time ke. Tak dapat jumpa, call atau whatsapp pun boleh. Aku hilang semua tu. Aku rasa sunyi.

Tak ni bukan sunyi sebab duduk sorang2. Susah aku nak explain. Memang hati aku rasa sunyi.. Aku banyakkan mengaji kalau aku terasa sunyi..

Aku harap.. One day aku tak ada. Rakan2 aku masih sudi sedekahkan Al-Fatihah buat aku. Aku rasa kalau aku mati.. Takda rakan yang nak datang.

Aku sekarang banyak ke rumah mertua aku dan bantu beliau buat kerja rumah sejak mertua aku tiba tiba kena serangan jantung bulan lepas. Aku risau dorang tu. Jadi aku ke sana bantu apa patut. Aku harap, dengan bantuan aku, dorang tak terbeban buat kerja berat sangat.

Aku jugak start melukis balik dan bercadang nak buat IG khas untuk lukisan aku. Dan aku jugak dah mula self love. Beli skincare bagus bagus. Losyen badan, scrub, semua la. Aku nak cuba pulun online bisnes aku.

Sebenarnya aku manusia yang bahagia cuma ada kelompongan dalam hati aku. Iaitu seperti confession aku di atas..

Akhir kata. Aku cuma nak luahkan apa aku rasa.. Aku tahu mungkin ramai yang akan kata TAK MATI LA TAKDE KAWAN. BATAK LIKE LA DIA NI. HIDUP JAGA SUAMI ANAK2 JE TAK CUKUP KE?? Dan yang sewaktu dengannya.

Aku mintak maaf. Ya memang tak mati takda kawan. Aku tau tu. Aku tak batak like. Aku cuma nak rakan rakan aku ingat aku. Macam mana aku ingat dorang… Syokkan ada rakan2?

– Kiko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *