Assalamualakum, nak tanya pendapat pembaca. Nak troll pon boleh, kalau tak make sense boleh menghiburkan hati – ade je troll yang make sense bila nak think-out-of-the-box, mat salleh kata.
Nak sekolahkan saya pun silakan, saya tadah je ni mahukan pendapat orang luar yang tak mengenali kami, sebab bila bertanya dengan kawan2 ni, pendapat mungkin agak bias. Jadi kita ikhtiar.
Nota: luahan yang panjang.
Saya nak beranak dalam masa terdekat. Saya dah pindah ke rumah mak sejak trimester kedua. Saya, suami dan seorang anak kecil bawah 5 tahun duduk sebilik. Isu saya adalah mak tolong bela anak sedara saya, aka cucu dia aka sepupu anak saya.
Mak bapak anak sedara saya ni dah bercerai. Bapak dia adik saya. Kisah diorang bercerai ni tipikal bapak baran, mak mulut puaka, bertumbuk sesama sendiri sampai lah jodoh berkahwin tu tamat.
Sebelum saya kahwin, saya pro-cerai, tapi lepas dah kahwin, Alhamdulillah dapat seorang yang membimbing saya menjadi lebih baik, saya jadilah ta berapa pro-cerai sangat. Kalau bawak banyak2 bersabar dan ikhlas nak perbaiki diri dalam perkahwinan, InsyaAllah dipermudahkan olehNya.
Tapi sekarang saya lah nampaknya yang kurang sabar, ha ha ha. Hak penjagaan anak adik saya ni lebih dengan maknya, adik saya dapat jumpa dengan anaknya satu weekend dalam sebulan. Nafkah anak, adik saya tunaikan, itu pun masih juga lah bergaduh pasal nafkah tu tak cukup.
Sekarang ni, nak jadi isu adalah anak tu sekarang duduk dgn mak saya during weekdays. Weekend baru maknya ambik. Ini disebabkan kerjanya boleh sampai lewat malam sebab mengadap cawangan2 yang berlainan zon masa.
Maknya ade lah juga datang ambil dalam weekday dua, tiga kali bila berkesempatan. Pagi esoknya maknya terus hantar ke taska dan kami akan pick up anaknya waktu petang.
Mula-mula tu saya rasa baguslah maknya cari keluarga sendiri juga untuk menjaga anaknya, tapi lama-lama saya dah mula berkira. Saya berkira bukan sebab letih, tapi sebab mak bapak budak ni adalah parents yang capable. Adik saya dah kahwin baru dan menyatakan hasrat nak bela anaknya sendiri.
Adik saya dah tak larat bergaduh pasal nafkah dan dapat jumpa anak pun bukannya dapat bermalam di rumahnya bersama-sama dengan bini baru. Ini disebabkan perjanjian antara mereka sebelum adik saya berkahwin, bila turn weekend adik saya, mereka hanya boleh bermalam di rumah mak saya.
Betapa berat sebelahnya perjanjian ni tak payah lah tanya, kalau nak ikutkan adik pun lepas tangan masa tu sebab dia sangat tak kuasa nak participate, mak saya yang beriya lebih sebab dia takut tak dapat jumpa cucu lagi lepas bercerai jadi dia nak sesuatu yang black and white.
Adik saya kahwin baru ni pun, mak saya tak merestui – atas alasan anak sendiri pun tak dijaga, dengan mak bapak sendiri pun dia tak berbakti, ade hati nak kahwin lagi satu. Begitu lah track record adik saya. Mak saya tak pernah mahu berjumpa dengan isteri dan keluarga baru adik saya.
Yang buat lagi buruk keadaan bila mak saya jadi macam2 lah menuduh isteri baru dan keluarganya sebagai orang-orang yang tak cukup ilmu agama. Memang lah track record adik saya tak cantik tapi kalau kali ni dia sendiri memang menyuarakan hasrat nak jagakan anak sendiri, siapa kita nak menghalang – tu memang anak dia pun.
Baru dia tau berapa banyak duit nak pakai, kenapa bekas isteri dia selalu membebel nafkah tak cukup, baru dia tau macam mana dia terhutang budi dengan mak dia sendiri yang selama ni jagakan anak dia.
Adik jadi lebih frust bila dia merasakan duit nafkah dah diberi, tapi dapat jumpa anak dari pagi sampai petang sebelum Maghrib kena hantar pulang. Esok hari Ahad repeat lagi, dan itu cuma satu weekend sahaja setiap bulan.
Adik duduk Hulu Langat, kami kat PJ. Duit nafkah yang diberi pun asyik kena bebel tak cukup – dalam perjanjian tu, bekas isteri siapkan klausa jumlah nafkah naik 10% setiap tahun. Sebab inflasi kot. Tapi macam lah gaji pun confirm naik setiap tahun, kalau dapat naik 5% pun dah kira terbaik.
Pada adik, dia nak jaga anaknya ikut kemampuan dia, dah tak nak terikat dengan jumlah yang ditetapkan. Ni nak kena bagi nafkah ikut tekak bekas isteri – termasuk yuran daycare yang bekas isteri pilih, dan bila weekends lain yang anak bersama dengan bekas isteri pun, adik kena sediakan duit bila mereka beriadah atau makan luar.
Okay, dah panjang background storynya, moga pembaca boleh dapat gambaran yang hampir jelas untuk memberikan pendapat seterusnya.
Isunya sekarang, punyalah mak dia ni bercerita pasal parenting tapi cam haram aku tengok penglibatan kau. Anak dia kuat meragam dan selalu buli/pukul anak saya. Suka menjerit dan mengarah neneknya. Fuhhh, panas hati, beb.
Sebelum ni, saya memang sejenis yang suka membeli mainan dan baju untuk anak sedara saya ni tapi sejak tengok perangai dia yang tak menghargai pemberian orang, tak ade rasa nak kemas/simpan barang kecuali bila disuruh, saya stop semua tu.
Saya buat comparison ni dengan jelas cara anak saya dididik. Anak saya muda sikit dari sepupunya tapi dia telah diajar untuk mengemas dan menyimpan barang – reti letak botol susu dalam sinki lepas habis minum, letak baju dalam laundry basket, dan simpan mainan sebelum pergi/tinggalkan daycare.
Mula-mula saya fikir perangai anak sedara ni sama je dengan perangai bapak dia aka adik saya – adik saya pun sejenis yang macam tu jugak lah, dapat barang itu ini tapi tak menghargai, tak menyimpan dengan baik. Tapi bila fikir balik, selama ni anak ni selalu dengan mak dia – takkan maknya tak ajar dia?
Anak sedara ni pun boleh tahan suka menipu, menuduh orang lain jahat. Suami saya pernah ajarkan dia dengan tegas, dia tak puas hati dan sound suami saya, “Awak jahat, sebab awak marah saya. Saya bagitau nenek.”
Mak anak sedara saya ni cantik dan terpelajar orangnya, datang dari keluarga yang berada – tipikal jugalah sejenis yang cara dia, cakap dia je yang betul dan pantang ditegur. Juga cantik luaran untuk hiasan Instagram sahaja, if you know what I mean.
Adik saya selalu ingatkan saya untuk tengok kuku anak dia – memang betul tak terjaga dan kotor. Sampai suami saya yang bersihkan. Kalau tak dipotong dan dibersihkan, anak ni ade habit suka garu kemaluan dia, sampai naik ruam, naik luka. Dan ini dah berlaku berulang kali.
Saya pun pernah melalui benda yang sama dengan anak saya – masa tu saya dan suami pulun jaga kebersihan kemaluan anak sebab kesian tengok budak tu seksa menahan sakit. Alhamdulillah tak berulang jadi pada anak kami, kami memang sangat berjaga2.
Sebelum saya berkahwin, mak saya pernah bagitau saya yang dia tak nak jaga cucu. Saya akur dan saya rancang sebaiknya untuk jagaan harian anak saya. Saya berpindah dengan mak sekarang ni pun anak masih dihantar ke daycare supaya semua ada masa sendiri dan aktiviti harian masing2 dapat diteruskan. Daycare ini jugalah anak sedara saya dihantar sekali dengan anak saya.
Senang cerita yang dok hantar dan ambik adalah saya dan suami kebanyakannya. Barang tertinggal tu saya faham normal, tapi yang dok tertinggal barang adalah anak sedara saya lah.
Kadang kalau hari yang mak dia sendiri hantar anak ke daycare tu, boleh terlupa tuala, terlupa selimut, tak cukup pampers dan yang dok menghantarkannya adalah saya sebelum atau selepas saya pegi check up kat klinik kesihatan.
Kalau saya lah, saya singgah rumah mak mentua ambik apa barang yang tertinggal tu, hantar sendiri. Ya, standard saya tinggi sebab bukan aku yang dok pegi parenting class bagai.
Ade satu time anak2 di daycare ade photoshoot. Yang tu sanggup pulak maknya datang sendiri ke daycare hantar baju pilhan dia untuk penggambaran dari anaknya pakai baju yang bapak dia beli. Priority ke laut.
Ade satu time kes kemaluan anak tu makin teruk. Maknya hantar anak ke rumah mak saya selepas weekend dan mintak mak saya tolong bawakan anaknya ke klinik untuk rawatan. Mak saya cuba hubungi maknya tanya nak pegi panel klinik yang mana tapi tak terjawab sebab maknya tengah mesyuarat.
Mak saya pun telefon lah saya tanya nak bawak ke mana untuk rawatan cucu ni. Kalau saya, saya sendiri yang bawak anak saya ke klinik, saya yang mengadap doktor, ambik tau rawatan di rumah macam mana dan bila terpaksa hantar anak ke rumah neneknya cuma lah bila budak tu dah saya selesakan, kenyangkan dan bagi ubat.
Susah sangat, saya ambik EL. Saya faham kekangan kerja dan Alhamdulillah saya sangat-sangat mampu ada kelapangan untuk anak tapi kat sini saya rasa macam mak saya sangat diambil kesempatan.
Mak saya dah umur yang sepatutnya dijaga, bukan masih menjaga orang lain. Mak saya punya letih kadang2 lepas tangan, lepas perasaan pada kami juga. Cucu dia terlepas kencing atas lantai, atas tilam – sebab tgh potty training – bekerjasama lah kami membersihkannya.
Ada sekali maknya datang nak ambil anaknya – mak saya yang setelkan anak dia pegi potty dan buatkan susu sebelum mereka beredar. Masa tu cucu dok teriak takut kena tinggal dengan maknya tapi maknya tu takde pun nak memujuk atau take over.
In the end maknya just ugut anak dia kalau tak ikut cakap memang kena tinggal. Lepas tu maknya duduk2 je di sofa dengan handphone tak lepas dari tangan. Wow, memang kau buat mak aku macam nanny. Kalau kau still ade kerja, time tu dah habis waktu kerja and sekarang ni patut time untuk anak kau.
Benda2 ni semua, termasuk perangai anak sedara saya ni, pada pendapat saya sebab kesan penceraian dan kurang kasih sayang mak bapak sendiri. Kami buat ape pun, bagi setara macam mana pun, kami tetap bukan mak bapak dia.
Milestones anak sedara saya ni patut bawah mak bapak dia tapi yang dok mengadap adalah nenek dia dgn kami berdua. Anak sendiri pun dah letih melayan, saya dah semakin sarat mengandung dan saya kasihankan suami yang keletihan.
Sampai satu tahap saya yang risau kalau suami habis tenaga masa sibuk nak menjaga rumah, anak sekali dengan anak sedara ni, habis tu macam mana bila saya dah selamat melahirkan dan tengah pantang nanti? Saya risau saya akan makin stress dan naik meroyan, Nauzubilahiminzalik.
Kalau part saya komplen pada adik saya tu memang saya dah buat, dah sekolahkan, dah tolong plankan tapi adik kata dia dok menemui jalan buntu bila bekas isteri enggan bekerjasama. Camni lah, bila bekas isteri tu bercerita kat mak saya, adik saya lah yang jahat. Bila adik saya bercerita dengan saya, bekas isteri tu lah yang jahat.
Mak saya lebih menyebelahi maknya sampai saya sendiri pun ade rasa terpinggir. Suami saya pun boleh nampak benda ni ketara, dengarkan saya mengadu dan menangiskan tentangnya. Suami pujuk saya untuk sentiasa bersabar, budak kecik tak salah dan kita ada lebih untuk disyukuri dari dikesalkan.
Adik saya pun dah sampai bertekak dengan mak juga bila mak tak mau melanggari perjanjian di mana adik saya tak boleh bawa anaknya bermalam di rumah dia dengan bini baru. Masa tu anak teriak nak ikut bapaknye balik, hati saya rasa macam dicarik2 dengarkan tangisan anak tu, apetah lagi perasaan adik saya.
Bila adik saya telefon bekas isteri nak bagitau dia nak bawak anak pulang bersama, maknya sound kata adik saya tak cukup matang nak even handle situasi ni sampai anak menangis2.
Mereka berjumpa di depan rumah mak dan bekas isteri suruh adik saya masuk rumah mak balik sediakan susu dan ambil barang anak sementara maknya pujukkan anak. Memang perempuan cantik ni keje suka mengarah.
Baru2 ni maknya berjumpa dengan pengetua daycare, bila dah banyak sangat cerita anaknya agresif dengan budak2 lain, jadi dia membuat keputusan untuk menjaga anaknya sendiri. Takde lagi dah duduk dengan nenek. Masa tu saya sujud syukur sebab timing is just right, sebab dah nak dekat due date.
Kalau nak ikutkan bulan lepas adalah bulan yang terakhir. Tapi macam mana plot twist kemelut politik baru ni, camtu lah tetiba ade plot twist dalam kehidupan yang dirancang. Daycare tak dapat bagi refund ke ape ntah, kecuali kalau anak masih menghadiri taska sampai pertengahan tahun. Masa tu PM sorang je lah yang sujud syukur, saya terus kemurungan.
Jadi pembaca sekalian, sudilah kiranya berkongsi pendapat atau nasihat yang mungkin saya boleh cuba, boleh melihat dari sudut yang berbeza sebab saya dah terlalu emosional dengan situasi.
Terima kasih atas perkongsian tuan puan yang merasionalkan saya, saya doakan Tuhan sentiasa merahmati kita semua, Aamiin YRA.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit