Mana Maruah Perempuan

Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau tulisan saya disiarkan. Saya cuma nak kongsi pengalaman hidup yang tak seberapa untuk dijadikan iktibar untuk semua perempuan di luar sana.

3 tahun lepas saya pernah bergelar ibu tunggal anak satu selepas bercerai dengan suami pertama. Setahun lepas tu saya bertemu jodoh dengan lelaki bujang yang muda setahun pada saya. Alhamdulillah suami ke dua walaupun kerja biasa tapi banyak kebaikan yang ada padanya buat saya tertarik dengannya. Rumantangga kali ni nampaknya lebih baik dari sebelum ni walaupun ada pasang surut tapi masih boleh harungi cabaran bersama-sama.

Bukan tentang suami baru yang saya nak kongsi tetapi lebih pada bekas suami saya. Saya tak pasti berapa lama lagi dia nak perangai playboy dan berapa ramai lagi perempuan yang bakal tertipu dengan sikap romeo dia.

Punca utama penceraian saya dengan dia pun disebabkan dia ramai skandal bukan setakat keluar makan atau jalan berdua tapi hingga ke bilik tidur. Tak tahu berapa ramai kekasih gelap dia sepanjang 6 tahun berkahwin dengan dia. Mula-mula boleh maafkan tapi bila dah berkali-kali tertipu saya dah mula tawar hati. Saya cuba bertahan demi anak tapi bila tahu dia kerap tidur dengan perempuan saya ambil keputuasan untuk akhiri semuanya. Sejak bercerai memang saya dah tak nak ambik tahu pasal dia. Saya betul-betul nak ‘move on’. Saya nak mulakan hidup baru dengan anak.

Tapi yang menyakitkan hati saya sejak bercerai sampai la saya berkahwin baru tak habis-habis perempuan-perempuan cantik yang syok kat ex cari saya kat facebook atau instagram hanya semata-mata nak tahu lebih pasal ex saya. Ada yang mengadu diorang kena tipu dengan ex saya. Ada yang cakap ex dah lama tak contact diorang , jadi diorang rasa saya tahu ex dekat mana.

Logik ke pi tanya saya yang dah tak ada apa-apa hubungan dengan ex? Saya memang tak jawab pun mesej diorang semua. Untuk apa? Saya malas nak cerita apa-apa pasal ex kat diorang sebab saya tak nak ungkit kisah hitam saya dengan dia. Akhirnya semua mesej diorang dibiarkan sepi.

Tapi ada seorang perempuan ni yang meroyan tak habis habis kononnya ex saya reject dia. Dah berbulan-bulan tapi masih tak boleh nak ‘move on’. Katanya ex ada berjanji dengan dia nak kahwin tapi berakhir dengan ex menyepi macam tu. Berjela-jela mesej dia di fb gara-gara kecewa dengan ex tapi yang peliknya kenapa cari saya? Saya tak faham sungguh dengan spesis perempuan macam ni. Entah-entah pernah terlanjur dengan ex sampai meroyan macam tu sekali.

Ya memang ex saya jenis yang mulut manis kalau bercakap pijak semut pun tak mati tapi yang perempuan-perempuan ni tak boleh fikir ke? Dah tahu laki tu dah berkali-kali tipu, tak jujur dan kaki tidur dengan perempuan kenapa nak terhegeh-hegeh lagi ? Bukti dah ada depan mata kenapa masih nak menafikan?

Saya tak layan dia, dikacaunya pula kawan-kawan perempuan ex saya dan keluarga bekas mentua saya. Mana maruah diorang? Semurah tu ke maruah seorang perempuan? Apa diorang dapat dengan buat macam tu? Tak malu ke meroyan sebab lelaki sampah macam tu.

Pernah saya dapat tahu ada seorang perempuan pernah terlanjur dengan ex dan pernah termengandung tapi saya tak tahu siapa perempuan tu. Saya dapat cerita pun sebab kawan baik saya yang beritahu. Ex juga pernah membantu dia untuk gugurkan kandungan. Masa saya tahu tu beberapa bulan lepas saya bercerai dengan dia. Masa tu memang rasa nak pengsan sebab tak sangka sehina tu perangai ex saya. Sanggup bunuh janin sendiri semata-mata nak tutup nafsu syaitan dia.

Saya bersyukur sangat sebab saya dah bebas dari lelaki player tahap kasanova macam tu. Kalau tak sampai sekarang saya makan hati berulam jantung. Hari- hari stress dan meratap sedih. Perangai dia tak pernah berubah malah lebih teruk. Main-mainkan hati perempuan dan meragut maruah perempuan macam tak ada apa-apa bagi dia. Kadang-kadang rasa sedih sebab saya ada anak perempuan dengan dia, harapnya perangai dia tak menurun kat anak atau apa yang dia buat kat perempuan tak kena kat anak saya. Naizubillahhiminzalik. Semoga Allah jauhkan dari semua tu,.

Suami saya sekarang Alhamdulillah jujur dan setia. Saya doa banyak-banyak semoga Allah kekalkan kebahagiaan ni sampai akhir hayat saya. Saya tak minta hidup kaya tapi cukuplah hati yang tenang dalam rumahtangga, suami yang jujur,setia dan bertanggungjawab. Saya harap tak kan berlaku lagi apa yang saya alami dengan suami pertama. Cukuplah saya menderita selama 6 tahun dulu.

Untuk perempuan di luar sana, nak pilih calon suami, siasat la dulu latar belakang & sikap dia sebenar macam mana. Rajinkan diri bertanya kawan-kawan dan saudara terdekat. Jangan sebab rupa dan kata-kata manis anda dah tergoda. Dalam drama memang lah hero mulut manis dan setia belaka tapi dalam dunia realiti lelaki yang pandai bermain kata-kata ni lah yang kena lebih berhati-hati kerana sekali dah tergoda takut body pun ikut tergadai.

Tolonglah jaga maruah sebaiknya. Jangan sebab dibutakan dengan cinta, serahkan segalanya pun tak apa. Kalau lelaki tu dah tak nak, ‘move on’ & jangan pandang lagi ke belakang. Lelaki baik banyak lagi diluar sana. Tak romantik tak apa asal jujur & setia. Fikir-fikirkanlah untuk kebaikan bersama.

Wassalam…

– Mawar R

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *