Aku perempuan dan bakal memasuki 26 tahun. Aku membesar dengan mak aku dan adik aku je.Ayah aku? dia tak ambil peduli dah psl kter org bila bercerai dgn mak aku sejak kter org kecik lgi so aku anggap ayah aku dh meninggal sebelum tiba masa nya. Bukan kisah aku tp kisah adik aku dan awek awek nya. Pagi tadi nak bangun solat subuh, tiba-tiba mak aku masuk bilik cakap adik aku bawa balik seorang perempuan ke rumah. Untuk pengetahuan anda semua adik aku ni kalau ada awek mesti dia bawa balik rumah. Persoalannya, macam mana awek awek adik aku ni boleh nak ikut dia balik rumah. Family dorang tak marah ke tak risau ke anak perempuan dorang tak balik rumah. Aku rasa malu dan sedih bila tengok mereka elok je ikut adik balik rumah pagi pagi buta pulak tu. Dalam masa yang sama aku kecewa dengan sikap adik aku yang bagi aku tak hormat keluarga dia sendiri dan awek dia. Tanpa mendapat keizinan daripada mak aku elok je dia bawa balik perempuan ke rumah. Aku kongsikan kisah awek awek adik yang pernah dtg umah.
Awek Pertama (Senah)
Aku namakan dia Senah la untuk korang senang paham cerita aku ni. Senah ni awek pertama yang dia bawa balik. Adik aku baru tamat belajar dari Universiti Awam pada tahun 2014 dan kebetulan masa tu mak aku menghidapi penyakit kanser tahap 2. Mak aku tak duduk rumah sebab masa tu aku kerja kilang selama 12 jam jadi masa aku dekat rumah sangat terhad dan mak aku buat keputusan duduk dengan kakak dia. Masa ni la adik aku suka hati je nak bawa balik Si Senah ni. Aku ingat lagi masa tu dah malam aku baru balik kerja aku tengok dia dengan Senah kat ruang tamu. Aku okay lagi la kan aku pikir dia akan hantar Senah ni balik rumah malam nanti aku pun masuk tidur sebab dah penat kan. Pagi tu aku bangun aku kemas rumah dan aku terjumpa selipar perempuan lepas tu aku tengok bilik adik aku tak da orang kat ruang tamu pun tak da, Aku tengok bilik mak aku elok je adik aku tidur dengan Senah berpelukan.
Masa tu aku rasa nak bagi penumbuk je. Aku kejut adik lps tu aku tanya dia “kenapa kau tidur satu katil dengan awek kau?” dia jawab “aku tertidur kat sini”. Aku terus ajak dia keluar hantar aku kt tempat kerja. Memang satu kejutan besar bagi aku masa tu dah la mak sakit lps tu tak da kat rumah adik pulak buat maksiat. Aku takut nak bagitau mak aku sebab mak aku tak boleh tertekan. Aku simpan sendiri tp utk beberapa bulan je sb aku tgk adik aku makin menjadi jadi perangai dia yang langsung tak jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan tak hormat aku sebagai kakak dia kat rumah tu.Mak aku buat keputusan untuk tinggal kat rumah sendiri dan aku buat keputusan utk cari kerja office hour. Masa ni aku ingat adik tak akan bawa balik Senah dan tidur kat rumah tp sangkaan aku meleset dia tetap bawa balik rumah siap bentangkan lapik untuk Senah tidur kat bilik aku tanpa pengetahuan aku plk tu bila aku bangun huishh rasa nak pijak je perempuan tu sambil cakap dalam hati “tak da rumah sendiri ke nak tidur”. Bukan tak pernah tanya kat adik tak nak kahwin ke daripada bawa awek kau ke hulur ke hilir sampai lewat pagi lps tu bawa plk balik tidur rumah. Dia cakap nanti la sebab tak da duit lg. Tahun 2016, aku tekad dengan mak aku yang kita orang nak satukan mereka tp tula ku sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan ditengahari. Adik aku bagitau yg Senah ni dah ada pakwe baru. Jadi, dia pun dah tak bawa balik dh Si Senah tu ke rumah. Aku dgn mak aku rasa bahagia sb adik aku pun dh berubah dengan mendekatkan diri Pada Yang Esa.
Awek Kedua (Karen)
Muncul pulak watak baru yang berlainan bangsa pulak kali ni dia bawa balik rumah. Masa ni aku rasa macam nak bacakan talqin utk adik aku. Adik aku ni bukan boleh tegur dia je yang betul dah la tu panas baran pulak. Aku sebagai kakak pun dia tak hormat apatah lagi mak aku. Tak hormat aku tu pergi lantak kau la kan. Mak aku dia tak hormat rasa mcm nk azan je kat telinga dia. Dengan Karen ni pun mmg selalu sangat dia bawa balik rumah.Yang nak dijadikan cerita pada satu hari ni elok je adik aku dgn Karen ni msuk bilik aku dduk atas katil aku lps tu Karen ni elok je dduk kat kaki adik aku bermanja manja macam aku tak wujud kat bilik tu. Aku pun buat muka lps tu bgi hint supaya keluar dari bilik aku. Ada sekali tu aku baru lps mandi, adik aku dgn Karen dduk kat ruang tamu.
Rumah aku rumah flat je mmg tak bsr la kan. Aku nk msuk bilik tiba-tiba aku dengar bunyi.Aku tgk dorang tgh cium mulut dekat ruang tamu. Aku buat2 batuk kelam kbut dorang time tu.Aku rse mcm ada batu besar hempap ats kepala aku bila tgk scene yang membuatkan aku kena samak mata aku. Ada sekali tu aku tgk bilik adik tertutup tapi kat ruang tamu gelap. Bila adik keluar tgk2 dia pki kain tuala dh dan Karen ni ada dlm blik tu skli. Aku tnya dia “Kau buat ape ni dik?” , dia jawab “mana buat ape2 aku msih tau psl agama la”. Kepala bana dia tau psl agama tp dduk berdua duaan kat bilik. Aku sampai tak tahu nak ckp ape dh dgn adik aku ni. Aku tnya dia “kau mmpu ke nak bimbing Karen ni?” sb aku tgk dia mcm tak minat pun nak convert agama dia. Adik aku ckp “aku cuba ubah dia perlahan lahan”. Mak aku?dia mmg sedih hbs bila tgk adik mcm ni.Mak aku jdi tertekan. Bukan tak tegur adik aku tu bila ditegur dia marah mak aku.Dah la mak aku selalu pergi kls agama setiap hari last2 anak dia jdi mcm tu mana tak luluhnya hati seorang ibu. Mak aku selalu bgun tahajud buat solat hajat supaya adik aku ni berubah. Besarnya doa seorang ibu kan adik aku pun berpisah la dgn awek setelah beberapa bulan couple dan selepas adik aku berhenti kerja. Jadi, aku pikir mngkin adik aku dh tak pikir nak couple sb dia pun dh tak kerja. Tetapi tidak sama sekali. Buktinya, pagi td dia bawa balik awek baru dia balik rumah jam 3 pagi.
Awek Ketiga (Jemah)
Jemah ni adik bru kenal rse nya sb pagi tdi merupakan kali pertama dia bawa balik rumah. Mak aku dh sedih dh tgk sikap adik aku yg suka bawa balik perempuan ni. Aku pun buat la kerja aku mcm biasa pg td. Tgh masak tiba-tiba Jemah ni bg salam siap salam aku lg dgn tangan bau bawang nya tp sb org dh berbudi kan kita kena la berbahasa. Aku sembangla mcm biasa sb aku anggap dia mcm tetamu la kan. Lps tu mak aku keluar bilik tnya kat Jemah “Mak kau tau ke kau tak balik rumah?” Jemah jawab “Mak saya tau Mak cik saya ckp tidur rumah kwn”. Dalam hati aku msti dia ckp tidur rumah kwn perempuan.
Itulah kisah adik aku dan tak semua la aku cerita kat sini karang lg byk plk perenggan yg wujud. Aku terpikir la kan mana perginya sifat malu dalam diri mu wahai kaum hawa sekalian? .Kenapa anda dengan mudahnya ikut cakap teman lelaki balik rumah tnpa ikatan yang sah?Aku tertanya tanya kenapa adik aku boleh pergi sejauh ini?mana perginya sikap hormat kepada kaum hawa? Aku sebagai perempuan aku sedih tgk mereka seperti sudah hilangnya sifat malu dan meletakkan maruah mereka di tahap yg paling rendah. Aku tak tahu mana silapnya. Aku rse nak lari dari rumah tu tp apakan daya. Kalau korang nk bg pendapat silakan.
-Kakak Yang Kecewa_
– Kakak Yang Kecewa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit