Assalamualaikum gais. Sebelum tu aku susun sepuluh jari mohon ampun pada admin dan pembaca kalau baca tajuk pun rasa nak termuntah.
Tapi aku berterima kasih pada admin kalau still sudi approve confession aku ni.
Depresi, depresi, depresi. Sampai berperang kat komen lah pasal ni. Layan drama sambil makan popcorn pulak aku.
Perang sampai ke sudah ni, ada sesuatu yang berubah tak? Is anybody’s changing? Atau semua masih di takuk sama tak ada perubahan?
Aku cadangkan, jom lah kita kurangkan drama dan lebihkan rasional dalam menghadapi dan tangani benda ni.
1) Kau dapat identify tak dari mana puncanya kau rasa camni?
– Kematian orang kau sayang?
– Masalah family?
– Masalah kengkawan?
– Masalah identiti? Sejak bila?
– Masalah kewangan? Kerja? Dan kau pendam dah berapa lama?
– Masalah persepsi orang terhadap kau?
– Others?
Kenali betul puncanya. Aku kaitkan dengan ‘berapa lama’ sebab kalau nak tahu, sesetengah benda ni hanya masalah biasa yang menyebabkan stress sahaja, bukan depress.
Tapi JIKA ia dipendam atau dihadap lama-lama tanpa support system, bottling up, ia jadi depress.
2) Apa je simptom yang buat kau rasa kau depress?
– Kurang tidur / terlebih tidur?
– Terlebih makan / kurang makan?
– Tak boleh fokus buat kerja?
– Tak rasa syok dah layan hobi macam dulu?
– Rasa macam tak ada orang boleh tolong kau?
– Diri rasa tak berharga?
– Suka self blame?
– Rasa bersalah dlm diri terlebih-lebih?
– Kerisauan utk hari esok?
Kalau beberapa ciri-ciri di atas ada dlm diri kau dalam waktu yang agak straight in a row more than a month, yes kau mungkin depress.
3) Apa tindakan kau untuk punca dan simptom di atas?
Macam ni lah. Ada orang kata kukuhkan lagi hubungan dengan Tuhan. Ada orang kata jumpa psikiatris.
Tak ada yang betul tak ada yang salah. Manusia ni customized. Maka apa yang yang nak dihadam juga perlu customized.
Kita je yang kenal diri kita siapa. Masalah kita apa. Kekuatan dan kelemahan kita apa. What’s best for our bestfriend might not be the best for us.
Berpegang pada ni je:
Orang yang kekal sama hari ini dan semalam adalah orang yang rugi. Orang yang lebih teruk hari ini daripada semalam tu celaka. Orang yang lebih baik hari ini daripada semalam itu beruntung.
Cari lah penyelesaian utk ini walau macamana pun. Act to it, jangan tunggu lama-lama.
Yasmin mogahed sendiri pernah hadapi depresi ni dan dia bukan calang-calang orang. A woman in deen, yet inspiring both spiritually and educationally.
Boleh follow post-post beliau untuk see the highlights macamana dia fight dan recover kemurungan dia. Banyak jugak dia share thoughts dia pasal depression ni.
Pasal kes Nouman Ali Khan punya lectures yang super menyentapkan tu pun, ada betulnya jugak.
Bagi aku, untuk betul settle yang mana perlu kau ikut, kau tanya diri kau dulu. Kau sebenarnya cuma sedih ke, stress ke atau memang betul-betul depressed?
Orang depressed ni adalah orang yang rasa helpless, tak rasa yang problem dia boleh diselesaikan.
Adakah problem kau sejenis yang boleh diselesai? Boleh freely share pada orang tanpa kesukaran pun untuk explain cuma bezanya selepas kau share kau still sedih/stress?
Jika kau rasa begini, sebenarnya kau tak depress. Kau cuma perlukan masa untuk betul-betul cool dari masalah ni dan akhirnya kau tahu kau akan happy balik.
That is sadness/stress.
Manakala kemurungan(depress) ni pulak, macam never ending. Pi mai pi mai tang tu jugak. Nak luah, susah. Kalau luah pun serupa macam tak ada apa keluar dari mulut kau yang orang boleh bantu. End up kau pendam sorang-sorang.
Biasanya begitu lah. Sebab tu lah sampai tak lalu makan atau terlebih makan dalam waktu yang agak lama, pola tidur dah tak sama, sampai sebulan dua, lanjut ke setahun kau jadi macam ni.
And you just can’t explain. Depress sangat berkait dengan helpless dan hopeless. Semacam tak ada bantuan untuk kau. Tak ada harapan untuk kau.
Solat 5 waktu doa kt Allah sampai mata bengkak, cuba watlek wat tenang lupakan semua ni, alih-alih datang balik. Itu petanda kau murung (depress).
Nasihat aku:
i. Maaf beribu kali maaf. You will hate me but this is crucial.
Cuba buat solat taubat, kemudian solat istikharah, solat hajat. Hajatkan penyelesaian hal kau ni.
Macam aku cakap, hanya kau kenal diri kau. Kalau selama ni solat kau tak sempurna, ada yang tak jaga, betulkan balik seikhlas-ikhlasnya. Nak Allah redha, kan?
( Tapi kalau selama ni solat kau tiptop tertib dan ikhlas dari hati, solat sunat biasa buat dah, boleh kot kau abaikan yang ni. )
ii. Lepas kau dah solat semua tu. Tanya diri kau lagi sekali. Adakah kau rasa tenang?
Adakah kau rasa ada harapan untuk kau jadi ok jika kau perbetulkan solat dan segalanya?
Jika ya, stick to that. Betulkan rohani. Betulkan apa yang salah dalam diri. Banyakkan muhasabah, mungkin apa yg terjadi hadir dari kekhilafan sendiri.
Minta pendapat mak ayah jugak kalau boleh. Selama ni kau doing ok ke? Diorg ada kecik hati ke? Diorg tgk sikap kau ok ke? Etc.
Pendapat parents/family/org terdekat paling penting untuk kita dapatkan overview samada kita selama ni bermasalah atau tidak.
If it’s solvable with these two, okay you may not need further help.
Tapi, jika lepas kau solat, lepas kau tanya pendapat casually pd parents etc tapi masih rasa sama je tak ada benda yang membantu untuk kau moving forward, then yes kemungkinan besar kau memang kemurungan dan you need further help from psychiatrist.
iii. Pegi klinik swasta buat referral letter, adjust appoinment dgn psychiatrist guna referral letter tu dekat hospital pakar kerajaan.
Referral letter maximum cost rm25. Appoinment psychiatrist hosp kerajaan rm5 sekali lawat. Ubat free.
Tapi ni aku pesan, jangan terlalu harapkan pakar untuk selesaikan masalah kau dan bila tak menepati matlamat, kau frust. Ada aku terbaca komen ni kat mana-mana.
Don’t expect too much please. Psikiatri pun orang biasa cuma dia berkepakaran. Please be open bila kau dah jumpa psikiatri, cerita je masalah kau.
Kalau first ke second session masih tak dapat selesaikan masalah kau, tak apa. At least kau berada dengan pakar sekarang ni and you will be diagnosed clinically apa jenis masalah kau hadapi. Depression jenis apa dlm diri, serius ke stage awal, atau sekadar stress biasa.
Be open to any opportunity and changes even it just showed so little.
iv. Follow up dengan apa yang mengubah kau kearah lebih baik.
Kalau psikiatri lah jalan yang kau rasa betul dan membawa kembali keyakinan kau, stick to that.
Kalau video lecture Nouman Ali Khan lah yg membuat kau sedar, muhasabah dgn kekhilafan diri dan berubah, stick to that.
Kalau yasmin mogahed lah inspirasi kau menjadi normal, stick to that dan kalau solat lah yang mengubah kau, stick to that.
Sampai lah kau rasa kau normal balik. Once dah normal jangan lupa solat syukur lepas tu. Be thankful dan tolong orang lain pulak.
Macam aku.
Aku bekas manusia yang clinically diagnosed to be majorly depressed (MDD).
Lucky me aku jumpa jalan yang merubah aku sebelum terlambat.
Dan sekarang aku nak tolong orang.
Aku harap semua yang baca boleh hadam dengan baik dan take action than just sit around and let it consume you.
Semoga semua baik-baik saja. Yg mana baik, ambik. Mana yg buruk, aku minta maaf.
Just know that you are never alone.
May Allah guide and bless us all.
– Faris
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit