Salam, aku Sarah (bukan nama sebenar). Umur aku dah lewat 20an. Perempuan seusia aku kebanyakkannya dah berkahwin, dah ada anak-anak. Tapi aku? Masih sendiri.
Sepanjang hidup aku tak pernah bercinta. Nak kata aku tak laku pun tak juga. Aku ni selalu je kena ‘try’. Ada je aku berkenalan dengan beberapa lelaki tapi semua tak menjadi.
Tiap2 kali aku berkenalan dengan seseorang tu end up aku kena ghosting tanpa sebab. Aku taktau apa salah aku?
Orang keliling cakap aku ni baik, cantik tapi kenapa sampai sekarang takde lelaki nak aku? Aku teringin nak merasa perasaan dicintai seseorang.
Aku pernah tanya apa kurangnya aku dekat lelaki-lelaki yang aku pernah berkenalan tapi jawapan yang aku dapat “awak baik je. takde yang kurang”.
Kalau betul takde yang kurang mesti aku tak kena tinggal kan?
Mesti ada yang cakap aku masih muda, masih banyak masa tapi aku dah nak masuk 30 tahun tapi sekali pun tak pernah bercinta.
Aku punya desperate tu sampai ke tahap aku sanggup nak bagi hati aku kat sorang lelaki ni even aku tau lelaki tu kaki dadah, kaki perempuan. Tapi yang lawaknya lelaki tu pun reject aku.
Mamat playboy yang jenis ‘on’ dengan semua perempuan pun tak nak aku sebab dia cakap aku ni terlalu baik untuk dia. Dia tak sanggup nak lukakan perasaan orang macam aku.
Aku juga pernah kena try dengan suami orang. Time tu aku dah desperate sangat sampai aku rasa aku tak kesah jadi isteri no 2.
Tapi tak lama lepastu aku rasa jahat sangat, Kenapa aku nak rosakkan masjid orang lain untuk bina masjid aku? So aku stop. Aku tak nak bahagia diatas penderitaan orang lain.
Aku tau takdir kita, jodoh kita semua dah tertulis di luh mahfuz. Tapi makin aku menginjak usia, aku makin risau. Aku risau yang sampai ke tua aku tak jumpa jodoh.
Aku teringin sangat nak berkahwin, nak ada anak-anak, nak merasa ada keluarga sendiri.
Aku selalu berangan kehidupan aku kalau dah berkahwin nanti. Macam mana aku nak bahagiakan suami aku, nak jaga rumahtangga, nak jaga anak-anak, jaga mertua.
Tapi tu lah. Berangan jelah mampu. Entah2 aku kena book rumah orang tua premium vip untuk diri sendiri jelah kot nanti, hahahaha.
Ok tu je luahan hati aku yang tak seberapa. Terima kasih yang sudi membaca :)
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pernah dengar tak orang cakap bila kita macam desperate kita akan attract pasangan yang tak baik dekat sekeliling kita?saya pon dah 31tahun n tak pernah berinta dulu ya maybe macam awak memang nak kan pasangan Cuba dating app Muslim ,semua dating app dah cuba tapi Allah bagi pengajaran dekat saya baru baru ni tak semua perkahwinan akan bahagia,Allah bagi pengajaran thru kawan saya yang muda lagi nak bercerai masalah mentua suka perlu ,suami lebihkan mak,masalah suami xsembayang..Ingat la bahagia bermula daripada diri kita ..tapi saya tak nafikan semua perempuan nak orang sayang n suka kita tapi kan perasan tak Allah lindung ko daripada pasangan yang tak baik penagih dadah n etc ..kalau dah berkahwin tak tahu macam mana nanti kadang pemikiran kita perempuan tak realistic n fikir perkahwinan macam drama n fairy tale ..please wake up girls dekatkan diri Allah sayang diri sendiri ..tak kisah la tak ada pasangan pon ,diri Awak tu lebih bermakna n penting Tau ..🤗👍🥰
Sarah, makcik zaman muda dulu memang bercita-cita nak kawin 2 tahun selepas habis degree (umur 26) supaya sempat kerja dan berbakti kepada keluarga macam orang lainlah.
Berkenalan ramai, ikhtiar macam2, bercinta macam nak rak tapi kalau bukan tertulis dia jodoh kita…
Akhirnya berkahwin pada umur 43 tahun – kan ke lambat tu?
Moral of the story – perbetulkan niat, kita kahwin kerana Allah, coz it is sunnah! Berdoalah sesungguhnya untuk dikurniakan seorang suami yang soleh, yang terbaik (sekufu) untuk kita dari dunia sampai akhirat insya-Allah… dapat lahirkan zuriat untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW – masih dapat berbakti kepada orang tua.
Kahwin bukan semata-mata untuk rasa manis bahagia sentiasa – percayalah, pahit kelat masam – nak lari, semua ni ada! Jika nak rasa bahagia, bersyukurlah dengan apa yang kita ada (sifat qanaah) – orang bujang pun boleh rasa bahagia! Perkuatkan persediaan diri dari segi ilmu dan kemahiran untuk berkahwin, memikul tanggungjawab baharu sebagai isteri dan seorang ibu insya-Allah ..supaya tiada rasa ingin kembali bujang selepas berkahwin!
Jika Sarah memandang: oh alangkah sweetnya couple tu dating di hujung minggu atau di malam hari… – ini semua maksiat, pengaruh syaitan! Hakikatnya selepas berkahwin kita perlu raikan dengan masak dan makan bersama suami, ada anak, mertua-ipar – lagi banyak urusannya.
Sebelum berkahwin, lakukan due diligence secukupnya (agamanya, keturunannya, rupa dan hartanya – rujuk hadis) tentang bakal suami – malanglah nasib jika tersalah pilih!
Sarah tenang-tenang aje ok?
Betul ke akak first time kahwin umur dah lebih 40?
Saya ni walaupun lelaki tapi dah surrender nak cari pasangan dengan umur 38 tahun ni.
Tambah2 lagi saya low self-esteem, malu.
“cinta dtg bila kita tak mencari”. Takpe boleh lah survey2 dulu rumah2 org tua tu ahahahah just kidding….nak sampaikan, takpayahlah fokus sangat kat situ. Kita dh usaha dan doa, tawakal jgn lupa. Tak da satu pun yg kat dunia ni Allah ciptakan dgn sia2, apatah lagi awak ni org yg baik, lagilah Allah takkan sia2 kan awak. Allah tu baik sangat. Jgn sedih2 k. Bahagiakan diri awak, jgn fokus kat benda yg kita takda. Bila2 masa ja nikmat single tu boleh kena tarik. ahahah
sorry kak, realitynye awak da expired. tula masa muda jual mahal lagi kan bila da tua xde org nk da. skrng saham hakak da xde. laki baik2 cari yg muda bergetah buat bini. yg tggl laki org xpun penagih. sakau jela ye kak asalkn ado buat raso2.
bahahah tak sahih pendapat yuyu ni. Jgn ikut dia. nexttt…
Heh? Your statement is irrelevant.
Satu je dlm hidup ni.Jgn bandingkan life org lain dgn life kita sebab perjalanan hdp setiap insan tak sama.
Ada yg berkahwin beranak..tp hati dia sgt sengsara dgn sikap suami dan anak2 dia..
Ada yg berkahwin tp diuji dgn takde anak
Mcm2 liku2 hidup sebab dunia ni tmpt ujian.
Bukan sebab awk tak laku ke apa..tp belum sampai jodoh.Ada org jodoh dia pada 40 thn..pada 45 thn..umur baru masuk 30 muda lagi jgn risau.
1 je nak pesan jgn sebab desperate nak pasangan..kau main randok je siapa siapa.Rosak hancur hidup ko nanti.Kita org wanita 1 je kena ada SELF LOVE.bila kita syg diri kita…kita x perlu terhegeh2 dah cari syg org dek.
Berapa ramai wanita menderita akibat jumpa lelaki yg salah?Nikmati aje hidup ni bagaikan ini hari terakhir.Dekatkan diri dgn Allah banyakkan belajar ilmu akhirat.Di akhirat saja hidup kita akam kekal tak mati2..sama ada syurga atau neraka.Jgn sebab terdesak cr lelaki..kau tersalah langkah.Self love tu penting.
Terserah Allah la nak bg ko jodoh bila pun atau takde jodoh.Lgpun zmn skrg 1 per 100 akan ada andartu.X heran..percaya je dgn takdir Allah.Itupun kalau ko percaya Allah tu wujud
PM… hahahah 😆