Manager Kerek

Hai semua… Aku nak cerita sikit pasal bekas manager tempat aku kerja dulu. Aku kerja sebagai cashier di sebuah kedai buku. Bertahun jugaklah kerja di situ. Sampai aku naik pangkat jadi assistant supervisor..

Bekas manager aku nie perempuan Melayu. Umur dalam 30an macam itulah. Dia nie agak kerek sikit, tak bercampur atau bersembang sangat dengan staff. Bila nak menyuruh pekerja jer dia bercakap. Takpelah, mungkin karakter dia pendiam.

Tapi yang aku pelik, cuma dengan staff perempuan jer yang dia sebegitu. Kalau staff lelaki, lembut suara.. Dengan perempuan, start lah suara kuasa veto dia sebab dia manager.

Lagi pelik, kemas stor, angkat kotak berat semua dia bagi perempuan. Staff lelaki dia bagi menyapu, mengemop. Check barang atau stok semua perempuan. Kotak2 itu semua berat berisi buku2, alat tulis, tahan dia suruh perempuan angkat.

Ada juga staff lelaki nak tolong tapi dia larang. Ingat ayat dia, “Saya takde panggil nama awak kan? Jadi jangan sibuk tolong. itu bukan kerja awak..” Staff lelaki itu pun diam tak kata apa. Depan boss biasalah, pijat semut tak mati punya.

Kalau dia tak suka seseorang staff perempuan itu, lagilah. Dikerah buat OT seminggu straight… Padahal pekerja ramai. Patut bergilir lah kan. Sebab aku pernah kena. So faham dia tak suka kat aku. Kalau aku ada salah, patut face to face ke, tegur ke apa. Ini tidak…

Kalau aku tengah susun barang, nanti dia datang pasitu cakap, “Yang kat depan itu bila nak letak tag harga? Buat kerja itu cepat sikit. Badan gemuk padanlah bergerak lembab..”

Aku dalam hati, “Ewah, kau… Mentang2 manager, kutuk pulak..” Aku cuma dia jerlah. Pasitu dia pun blah masuk dalam bilik manager…

Tak lama itu, ada seorang budak perempuan masuk jadi staff baru. Cantik orangnya. Dia baru lepasan diploma. Katanya dari duduk rumah tak buat apa, baik kerja sementara tunggu peluang kerja yang berkenaan dengan course yang dia ambil kat U dulu.

Si manager nie tunjuk ajar lah dia. Tapi aku dengar ayat dia, “Jangan ingat muka itu cantik macam artis aku tak boleh suruh kau. Aku manager, aku yang bagi arahan.” Staff lain pun dengar jugak tapi buat2 tak dengar jerlah. Dah biasa…

Yang staff baru nie aku gelarkan dia Ana. Orangnya lembut jer. Kena marah ke, kena kutuk ke dengan si manager itu, dia steady jer. Tapi dalam hati dia, Tuhan jerlah tahu kan macamana.

Satu hari, Ana nie datang dengan kereta Honda CRV. Biasalah, si manager itu panas tengok. Dia cuma bawa Proton Saga FLX jer. Dia macam tak puas hati. Dia rasa kalah sebab staff biasa bawak kereta Honda CRV.

Ana kata itu kereta Mak dia. Maknya pencen, jarang bawa kereta, itu yang dia bawak. Start situ, si manager panggil dia CRV. Pasitu tanya, “Bangga ke panggil CRV itu?” Sambil dia menjeling kat Ana.

Beberapa bulan itu, Ana kena straight buat OT. Tak faham aku. Takkan semua staff perempuan dia tak suka. Staff lelaki, nampak sangat dia punya gatal, cakap lembut, suara pun kepit. Cuba hat kami yang staff perempuan nie, Mak singa pun surrender angkat bendera putih gamaknya.

Nak mengadu dengan boss?Dia lebih dulu kasi warning. Kalau tidak, katanya dia boleh buat apa jer. Dasar psycho.. Banyaknya memang tak berani nak report.

Si Ana pernah cakap macam nie, “Takpe, orang macam dia takkan kekal lama. Cuma cepat dengan lambat jer. Allah kalau nak tunjuk, sekejap jer..” Aku dan yang lain mengangguk.

Manager nie, gaduh dengan BF pun dibawa-bawa sampai ke tempat kerja. Lepas kat staff. Apa bendalah dia nie. Orang kutuk pasukan bola sepak favourite dia pun emosi sampai ke tempat kerja. Kekonon bad mood. Marah semua hambur kat orang yang takde kena-mengena. Tak tahulah aku..

Ada salah satu staff mohon cuti sebab nak berkahwin. Minta cuti seminggu. Si manager kata, “Lamanya… Sini banyak kerja, kau sedap nak honeymoon bagai.” Tapi tak lama lepas itu, staff itu lulus cuti seminggu. Tapi boss yang bagi. Si manager marah2 tanya dia apasal bagitahu kat boss.

Staff itu cakap dia takde pun called boss ke apa. Tahu2 boss yang called dia bagi cuti seminggu. Then si manager cakap, “Korang cakap apa-apa kat boss, tunggulah korang semua!Jangan ingat korang boleh lepas ye!”

Terfikir jugak kalau staff itu tak bagitahu, siapa pulak kan. Tapi abaikan sebab dah settled, staff pun dapat cuti. Cuma si manager jer still tak puas hati, bising2. Satu hari, boss datang kedai. Adalah meeting sekejap. Boss ada bagi nasihat sikit.

Katanya,”Besar mana pun pangkat kita nie, janganlah layan pekerja ke sesiapa ke berbeza2. Kita sesama manusia. Mati karang masuk dalam kubur jugak. Kita nie asal dari tanah, akan kembali ke dalam tanah jugak.

Satu lagi hal peribadi ke, gaduh dengan family ke apa jangan bawa2 ke tempat kerja. Kat tempat kerja kita kena profesional. Yang penting jangan sombong dengan pangkat, darjat harta itu semua. Dah meninggal nanti, hanya amal dan iman kita jer dibawa ke kubur…”

Boss bagi sikit tazkirah pada kami. Tetapi kami rasa lebih tertuju pada manager. Dia dah merah padam muka. Diam terkulat2 dia. Kali nie boss balik lambat sikit. Manager dah gelisah. Kebetulan ada stok barang sampai, boss suruh staff lelaki angkat dan susun kat stor.

Kami para staff perempuan nie lega sikit sebab selalu kami ler kena buat kan.. Memang nampak sangat muka tak puas hati si manager hari itu. Tak dapat kerah staff perempuan.. Huhuhuhu…

Sebulan berlalu…

Manager kelihatan muram, muka takde senyum (selalunya pun jarang senyum jugak kecuali pada staff lelaki). Dengan staff lelaki pun tak berapa layan.

Kami pelik jugak dah kenapa. Tak seperti selalunya cengei memanjang. Tapi kami biarkan jerlah. Mungkin dia tak berapa sihat ke apa. Tapi dia pandang kami tak puas hati lagi2 dengan Ana. Apa yang dia buat? Si Ana selamba jerlah buat kerja dia.

Petang itu, boss datang. Manager dengan Ana dipanggil. Apa keheinyer… Nak kata dorang gaduh bertumbuk, sepak terajang takde.

Bertengkar mulut pun jauh sekali. Ana itu pun jenis lembut, tak gaduh dengan orang. Tak lama lepas itu, manager keluar dari premis dan terus balik. Entah apa kena.

Rupanya manager berhenti kerja. Dapat ler manager baru. Perempuan jugak. Kali nie Alhamdulillah, okey orangnya. Lulusan dari UIA.

Korang nak tahu? Hampir setahun Ana kerja baru terbongkar. Boss kami adalah bapak dia… Sumpah terkejut bila dapat tahu. Ana tak perlu cerita.

Aku tahu kenapa manager dulu berhenti kerja. Samada dia berhenti atau dia diberhentikan. Ana dalam kerja, jadi mata2 untuk bapaknya… Padanlah bawak kereta Honda CRV yer… Hehehehe…

Takpelah, benda berlalu. Sekarang aku dah jadi assistant supervisor. Syukur Alhamdulillah… Ana pun kerja di syarikat Pak saudara dia di bahagian accounting. Pak saudara dia pun ada share kat kedai buku boss yakni bapak dia…

Dalam banyak2 staff, yang betul2 kekal aku dengan 4 orang lagi staff lelaki dengan perempuan. Yang lain, tak tahan dek kerana bekas manager itulah…

Bukan kerja tak seronok tapi staff atasan yang perangai berlagak. Entah mana bekas manager itu sekarang. Semoga dia berubah dan baik2 saja hendaknya.. Aamiin…

– Zulaiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *