Manager Tak Guna

Assalamualaikum semua. Aku Bunga, early 20s. Aku dah banyak kali juga hantar confession kat sini. Sebab aku taktau nak cerita dengan siapa.

Kalau ternampak any story yang namanya Bunga juga, mungkin itu aku, haha. Aku sebenarnya tengah menahan marah sewaktu aku menulis curhat ni.

Ye, sama macam tajuk. Aku tengah ada masalah kat tempat kerja. Aku ni seorang secretary kepada big management (CEO & Directors). Tapi aku lebih focus kepada CEO since dia memang always kat office.

Aku ada masalah dengan one of manager department dalam office aku ni. Aku taknak cakap dia manager department apa, tapi dia lebih kepada teknikal & operasi.

Masalah ni mula mula rasa tak besar, sebab aku fikir aku tak bekerja dibawah dia. Tapi lama lama orang kata jadi barah.

Dia manager baru, lelaki. Berusia. Aku gelar dia Encik F. Seperti kebiasaan kebanyakkan Secretary, memang perlu menjaga CEO tapi perlu juga liaise dengan all department.

Aku tak kisah sangat bab nak liaise dengan department lain. Sebab diaorang tak buat masalah. Aku ni sangat sangat lah menjaga kerja aku. Aku taksuka sebab orang lain, kualiti kerja aku yang terjejas.

Permulaannya, Encik F ni kira kakitangan baru dalam syarikat aku. Dia baru masuk awal tahun 2023. Dia masuk pun kira cable, CEO aku tarik dia sebab dia merupakan manager jugak dekat syarikat lama dia, dalam bidang yang sama.

Technically, kalau dah jadi manager dari syarikat lama, mesti dia dah lama dalam industri ni kan? berbelas, berpuluh tahun?. Aku pun rasa, okay, mungkin dia sejenis yang hebat la sebab department dia tu kira agak heavy sebab melibatkan operasi utama syarikat.

Redflag pertama yang Encik F ni tunjukkan waktu mula mula dia masuk kerja adalah:

Tak pandai print..

Aku jem kejap. Print? tak reti? Pelik. Tapi aku tak fikir banyak memandangkan dia ni orang tua. Husnudzon paling bodoh aku pernah buat.

Waktu tu dia masih di HQ, bersama dengan aku. Aku la jadi mangsa dia untuk tolong print. Tolong BUATKAN everything on excel. Ha tu redflag kedua, tak reti guna Microsoft Office at all. Husnudzon lagi, again. Bodoh nya seketul Bunga.

Sampai pertengahan tahun 2023, dia dipindahkan di site office. Lega. Dia pun dah ada staff yang ramai waktu tu. Jadi aku assume dia takkan minta tolong aku lagi. HAHA aku salah.

Pernah sekali, dia decide untuk jumpa client. Client ni client besar kami & agensi kerajaan. Bab pengurusan makan malam bersama pihak client dan syarikat kami, pengurusan tempat tinggal client dan pengurusan cenderahati, semua aku dah uruskan.

Tiba hari tersebut, dia call aku malam ya pukul 9pm. Aku tengah dinner di rumah. Dia call, dia cakap dia terlupa bawa cenderahati yang aku dah siapkan.

YA ALLAH, aku frust sangat sangat masa tu. Waktu tu, pihak client yang turun tu semua VIP. CEO aku mestilah turun. Cuma waktu tu aku tak ikut sebab CEO aku ni bukan perangai suruh PA dia follow dia kemana mana. Janji semua dah settle before dia gerak.

Geramnya, Encik F boleh suruh aku pergi office malam tu ambil cenderahati tu. Ya Allah, bengkaknya hati aku.

Aku cakap je, “Encik F, ini dah malam. Jarak rumah saya dengan office ni jauh. Encik F nak suruh saya patah balik ke office dan pergi ke tempat dinner yang lebih jauh dari jarak rumah & office malam ni juga?”.

Kau tau dia jawab apa? “Okay la, esok kamu hantar dekat hotel client pagi pagi sebelum mereka check out.” ESOK TU HARI CUTI YE. Shibal. Sepatutnya dia yang perlu hantar sebab dia yang berurusan dengan client tu BUKAN AKU.

Alasan dia taknak hantar kat client sebab rumah dia jauh. Habis rumah aku? Nak taknak, aku kena pergi hantar juga pagi tu. Jam 7 pagi aku dah terpacak di lobby hotel, aku call Encik F. “Encik saya dah sampai, Encik dah maklumkan pada client saya nak datang pagi ni kan?”.

Dia boleh jawab, “oh ye lupa.. kejap saya call.” WEH. Panasnya hati. 7 pagi, weekend. Kau ingat orang nak tengok phone untuk hal kerja seawal pagi tu ke? Aku kena sidai sampai jam 9 pagi.

Kedua, pernah ada salah satu agensi kerajaan hadir ke syarikat kami. Dia yang entertain, dia bagitau aku last minit. Pukul 10 pagi orang tu datang, pukul 10 pagi juga dia bagitau aku. & boleh dia tanya, kuih takada ke?

EH, DIA INGAT MUKA AKU NI MUKA AKAK KARIPAP YANG JUAL TEPI JALAN TU KE?. Aku jeling, “kenapa bagitau saya last minit?”.

Dia dah boleh rasa aku marah, dia kata, “takpelah, kamu mintak akak cleaner hidangkan bisut kering ke boleh la.” KEPALA HOTAK DIA. DIA INGAT COMPANY NI COMPANY CAP AYAM KE.

Aku memang pantang betul orang tak reti PR ni. Takada common sense pun ya. Office kemain cantik, megah, kau nak hidang kat client biskut kering? Ingat ni kedai pasaraya dekat kampung kau ke.

Aku dengan panas hati terus pecut kereta beli kuih kat area office aku tu. Aku balik, aku jeling muka dia. Dia ingat aku ni apa.

Hari ni, paling buat aku tak tahan. Dan finally aku meletup. Aku dah tak peduli kalau dia nak mengadu pada CEO aku pun.

Minggu ni merupakan minggu pertama puasa, ini perkara biasa kalau kita dapat jemputan dari client atau menjemput client untuk majlis iftar dengan pihak kita. Macam biasa, dia manager, of course dia perlu tahu siapa yang dia nak entertain.

2 minggu sebelum puasa, MEMO untuk pembelian voucher Majlis Berbuka Puasa dah dikeluarkan. Semua jabatan perlu hantar list client yang mereka nak entertain dan venue yang sesuai untuk jabatan finance uruskan pembayaran.

Hari Ramadhan kedua, public holiday. Dia call aku, maklumkan berkenaan satu client besar yang kita akan entertain. Dia maklumkan CEO akan hadir. Pemahaman aku, dia cuma nak aku tau pasal jadual CEO aku.

Sebelum aku end call, aku tanya dia, “Encik F dah booking tempat tersebut ke belum?”

Dia boleh jawab, “OH SAYA BARU NAK SURUH KAMU YANG BOOKING LA NI”. Mind you, Majlis Iftar diaorang adalah dalam masa terdekat, pada Ramadan ke 5. Aku cuma ada masa 3 hari untuk uruskan booking tu. Which is okay, KALAU BUKAN HARI PERAYAAN.

Until hari terakhir sebelum majlis pun hotel belum uruskan booking aku sebab booking terlalu banyak & ramai. SEMUA PUNCA DIA.

Sehari sebelum majlis, aku meletup. Aku call dan marah dia. Tak ada kata kesat. Cuma aku ingatkan dia aku banyak sangat cover kerja dia yang sepatutnya bukan kerja aku. Dia tak pernah habiskan kerja dia, aku kena sambung and kemas all the mess.

Hotel susah terima booking because 3 hari on festive day ni sangat lah last minute. Aku tau sebab aku selalu urus benda benda gini. Dia boleh, “okay bunga baik bunga”. Nasib jelah orang tua, rasa nak ludah aje muka dia. Peduli apa aku. Pantang betul orang menyusahkan aku ni.

Ish, banyak lah pasal dia yang buat aku bengang. Tiap tiap minggu, weekly meeting. Aku adalah setiausaha mesyuarat. Of course. Semua department perlu hantar updated minutes of meeting pada aku sebelum mesyuarat bermula. Ada yang hantar sehari sebelum, ada yang hantar pagi sebelum mesyuarat bermula.

Tugas aku adalah proofread, compile dan kemaskan. Department dia selalu buat masalah kalau bab minutes of meeting ni. ALWAYS LAMBAT, ALWAYS SALAH. TAKADA RECHECK DATA SEBELUM SUBMIT.

Aku bukan orang teknikal jadi any kind of numbers that appears on the data, aku takada cara untuk recheck. Staff dia and dia yang perlu semak. Tapi dia tak pernah semak.

CEO aku ni penyabar, tapi lama lama dia pun jadi tak sabar. Dah kalau tiap tiap minggu present benda salah, amount salah.

Aku taktau lah macam mana dia boleh jadi manager. Kadang rasa nak resign sebab dia. Sebab perangai dia.

Ada lagi a few perangai dia yang selalu buat kami kat sini baran dengan dia. Bukan aku je ya. Staff yang lain pun dah muak dengan perangai dia. Hantar document kosong, tak ada data tak ada approval. Hantar claim amount salah. Selalu bagitau arahan last minit.

Kalau dengar dia bercakap, macam orang tak reti bercakap. Stutter dan fact banyak salah. Pasal operation dia dengan team dia lagi lah, banyak betul isu. Banyak kali kena surat disiplin.

Entahlah, doakan aku kuat jela dapat manager camni.

Sekian curhat harini.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *