Mandul

Hai semua pembaca IIUM Confession. Saya adalah pembaca tetap dalam diam.. Huhu.

Beberapa hari ni IIUM Confession post berkenaan beberapa coretan wanita tanpa rahim kan, (https://iiumc.com/juga-tiada-rahim/).

So terdetik di hati ingin berkongsi juga kisah ku. Namaku Intan. Sedap didengar Intan payung. Huhu.

Kisahnya, aku di diagnosis sebagai mandul awal. Sebelum didiagnosis. Aku sendiri menjalani beberapa rawatan hospital.

Selepas beberapa bulan, period Intan tak hadir kunjung tiba. Seterusnya bermula lah checkup bersama doktor di ibu kota. Doktor tidak memaklumkan mandul.

Doktor hanya suspek period tidak kunjung kerana perubahan atau kecelaruan dalaman disebabkan ubat ubatan.

Next part dipendekkan cerita, Intan bekerja di suatu negeri. Jadi Intan tukar doktor.

Apabila melakukan ujian darah untuk mengetahui tahap hormon dalam darah, resultnya doktor mengatakan Intan seperti mandul sebenarnya.

Perlu memakan ubat seperti pil perancang supaya membantu membentuk hormon2 wanita yang dperlukan.

Jika hormon2 itu tiada, Intan mungkin akan mudah untuk terkena penyakit seperti serangan jantung, tulang mudah reput dan lain2.

Intan sedih sangat. Tapi selain Allah, Intan tak mampu sebenarnya ingin meluahkan kepada keluarga.

Tapi Intan cekalkan hati. Intan luahkan jua kepada keluarga dan buah hati Intan. Mereka memberi semangat dan doa.

Buah hati Intan juga menerima Intan seadaanya. Intan juga tak percaya kerana hanya keluarga sahaja yang akan menerima kita seadanya.

Itulah kisah Intan disahkan mandul awal disebabkan rawatan dan ubat ubatan hospital.

Intan yakin Allah swt merancang yang terbaik dan moga Intan dapat memiliki zuriat sendiri juga dengan kuasanya kun fayakun.

Kadang-kadang kita perlu mencuba dalam perhubungan.

Jika dia benar benar menyayangi kita mencintai kita menerima kekurangan kita seadanya kerana Allah taalah dia akan berusaha menerima walau bagaimanapun keadaan.

Intan minta doa semua pembaca moga Allah swt memberi keajaiban kepada Intan supaya memiliki zuriat sendiri dan agar kami bahagia sampai syurga.

Setiap manusia di atas muka bumi ini sebenarnya untuk diuji. Untuk hari kemudiannya iaitu hari pembalasan. Itulah antara peringatan yang menyenangkan hati Intan. Ujian orang lain2.

Terima semua telah membaca dan mendoakan kami wanita2.

– Intan payung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *