Manfaat Sedekah

Assalamualaikum. Aku ni suka baca confession dekat page iium ni jadi aku terbuka utk cerita sedikit pengalaman sendiri. Cukuplah aku dikenali sebagai A saja.

Nak diceritakan masa aku dkt matrik dulu, boleh dikatakan aku ni taklah kedekut mana. Tapi bab duit ni cukup sensitif. Aku buat belanjawan la, catu sikit belanja nak makan, keluar jalan-jalan dgn kawan pun sebulan dua kali sebab mak ayh selalu dtg lawat ataupun balik kampung. Duit memang simpan walaupun duit syiling. Bg aku, dkt matrik banyak simpan duit nak beli kertas, ataupun buku-buku rujukan. Lagi satu, tudung pun aku berkira nak beli. Memang kawan-kawan label aku kedekut tapi bagi aku selagi tudung tu masih elok dan banyak lagi tudung yg masih boleh pakai, tak payah nak membazir.

Tu kehidupan dekat matrik. Aku start masuk maktab (dirahsiakan) memang duit lebihan masa dekat matrik ada lagi, adalah jugak mak ayah bagi. Aku start perasan bila aku mula sedekah ataupun selalu belanja orang makan, alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus. Ada ja duit masuk walaupun aku rasa banyak dah duit keluar sebab bayar bil internet, buku rujukan dan barang-barang keperluan. Boleh kata sebulan lebih rm300 habis ataupun lebih. Banyak pakai semestinya duit internet. Yg lagi buat aku pelik sampai Semarang bila check balance duit mesti lebih dark jumlah sepatutnya aku ada.

Alhamdulillah aku masih boleh survive lagi dengan duit elaun yang aku dapat. Printer aku pun dah dekat setahun lebih ink dia tak habis-habis lagi walaupun banyak dah aku pakai buat assignment dan kerja presentation. Bakal cikgu biasalah guna kertas dan ink tu banyak. Kalau rosak pun, banyak pulak duit nak keluar sebab bayar kos nak repair. Printer aku setakat ni tak rosak lagi, alhamdulillah lega.

Orang pelik kenapa aku masih boleh makan kadang-kadang makanan mahal jugak tapi duit tetap banyak. Aku jawab dalam hati, sedekah. Tak rugi pon kalau kita buat. Tak guna duit pon takpa. Belanja dia makan pon dah kira sedekah tu. Lagi senang, jumpa orang senyum. Haa, tak payah keluarkan duit pon.
Lagi peristiwa buat aku sebak, aku dapat balik kampung saat-saat akhir. Cuba bayangkan masa nak cuti Deepavali haritu, esoknya nak balik sehari sebelum tu baru beli tiket. Aku pun kadang-kadang suka buat keputusan last minute. Jangan ikut perangai aku ni. Kalau ikut logik, memang tiket dah habis la kan. Sepatutnya beli sebulan awal. Keajaiban berlaku lepas 2 kaunter tiket bas cakap tiket dah habis, aku tawakal ja. Dalam hati, harap-harap ada tiket. Nak balik Kedah sebab semua family berkumpul. Tetiba gi kaunter ketiga, uncle tu cakap , ” tiket ada lagi dik. Semua rm60.20.” Aku terkejut sebab tak percaya. Rasa nak lompat ucap dekat uncle tu terima kasih. Terima kasih junior aku Aliaa temankan. Dialah yg jadi saksi aku happy tak terkata hari tu. Bila fikir balik, Allah bantu kot. Aku cuma yakin tu adalah ganjaran yang Allah bagi utk orang yang bersedekah ni.
Jadi, selalulah bersedekah. Tak rugi pun sebenarnya. Lagi luas lagi rezeki kita. Alhamdulillah sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa dekat kaunter tiket tu. Boleh jadi pengajaran dan ibrah utk diri sendiri.

-ARA

– A. R. A.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit