Mangsa

Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM confession

Kalau admin siarkan confession aku ucapkan terima kasih sangat-sangat

terbaca pasal banyak kisah rogol sekarang, aku tergerak hati untuk post confession ni… Sebelum ni aku cuba menulis banyak kali.. tapi akhirnya aku delete balik. Sebab aku tak kuat…

Kisah aku, aku dirogol oleh abang kandung aku sendiri di usia aku 5-8 tahun, maksudnya 5 tahun aku dikerjakan oleh abang kandung aku sendiri. Masa kejadian tu aku tak tau pun apa yang abang aku buat kat aku, bila dah besar baru aku tau, benda tu salah, budak kecik tak tau apa-apa. Kejadian tu sering terjadi masa aku pergi/balik sekolah sebab abang aku ni yang hantar dan ambik aku sekolah.

Kejadian tu terhenti sendiri bila kakak aku ambik aku tinggal dengan dia, aku anak bongsu, kakak aku dah berkeluarga, aku pun tak pasti sebab apa tiba-tiba kakak aku nak jaga aku.. lepas tu kejadian tu tak berlaku lagi… aku jadi benci sangat dengan abang aku lepas tau apa maksud rogol tu. Tau macam mana? aku lupa dah…

Sampai sekarang abang aku lepas bebas seolah-olah tiada apa yang berlaku, dia dah berkahwin.. tapi belum dikurniakan anak lagi, aku dah beranak dua, Alhamdulillah hidup aku dipermudahkan, lepas sekolah rendah, terus masuk sekolah berasrama, masuk U jadi aku tak banyak masa di rumah, cuma masa cuti sekolah/cuti sem. Lepas degree aku terus dapat kerja tak duduk rumah mak aku. Kadang-kadang masa cuti tu aku pun diganggu… syaitan tu tunjuk ke****an dia, setakat itu saja dia berani ganggu aku bila aku dah sekolah menengah.

Aku tak ada kekuatan untuk cerita kat sesiapa (kecuali suami aku sebelum aku kahwin, alhamdulillah dia terima aku seadanya), aku tak pernah cerita dekat mak ayah aku, abang abang atau kakak-kakak aku.

Aku tak tau nak cerita macam mana, mula dari mana, macamana, aku malu. aku takut..

Aku respect sangat dekat adik yang jadi mangsa rogol bapak dia sendiri boleh buka cerita dia dirogol kepada mak dia, dan aku respect sangat-sangat kat mak dia sebab berani ambik tindakan, terima kasih kak sebab bela anak akak.

Apa yang aku nak bagitau kat sini, jika korang kenal budak tu atau mangsa rogol yang lain… tolonglah jangan dedahkan identiti dia, kasihanilah dia… hidup dia penuh trauma, malah jika nak berkahwin nanti pun dia akan trauma, tengok lelaki pun dia akan trauma.

Aku tau, ramai yg akan kecam aku, kenapa tak report, kenapa itu kenapa ini, macam aku cakap tadi, aku takda kekuatan, benda tu memalukan, malah kalau boleh aku tak nak ingat pun benda tu pernah terjadi kat aku.

Kerajaan Malaysia, tolonglah…. berikan hukuman setimpal, tolong sangat kami anak-anak perempuan yang tak berdosa ni, terima lah hukum hudud, aku percaya jika hudud dijadikan undang-undang Malaysia, takkan ada bapak berani rogol anak, takkan ada abang berani rogol adik. Aku merayu sangat-sangat. Ramai netizen komen kononnya nanti dekat penjara, dia pulak akan dikerjakan banduan lain, tapi tak terfikir ke korang dia pun boleh liwat banduan lain, malah dia boleh bermaharajalela dalam penjara tu kalau itu benar-benar terjadi. Tak perlu nak bazir masa, bazir duit bela orang macam ni. Dia tak berguna. REJAM SAMPAI MATI je hukuman dia. Korang nak simpan buat apa, bukti dah ada, mangsa dah bersuara.

Malah jika penjara pastu dibebaskan pulak, dia cari pulak anak dia tu lepaskan dendam.

Bagi mak-mak, jangan percaya sangat kat suami @ anak-anak lelaki korang yang nampak baik depan mata korang, percaya jugak kata-kata anak perempuan korang. Beri didikan seks seawal mungkin, beritau mereka apa yang boleh apa yang tak boleh.

Bagi korang yang pernah merogol, percayalah… selemah-lemah kami, kami ada Allah. Walaupun kau tak dikenakan hukuman dunia, aku doakan kau tak pernah bahagia, hukum Allah pasti kau rasa… Kau tunggu!

– wardah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit