Mangsa Buli

Hai semua,

Aku nak cerita pengalaman aku sepanjang hidup di asrama.

Dipendekkan cerita, aku dapat rezeki ditawarkan masuk asrama. Memang gembira betul waktu tu bercampur dengan perasaan teruja lagi.

Bila hari pendaftaran, mak ayah aku yang hantar. Bila diorang dah balik barula rasa nak nangis dan terasa macam itulah keputusan paling silap dalam hidup aku – kalau ada gunung kinabalu depan aku waktu tu memang aku terjun dah (*terjun dari tingkat 4 asrama masih tinggi harapan untuk hidup).

Hidup kat asrama memang ada adat dia sendiri. Paling basic, adat ‘senior-junior’. Kalau korang nak tahu, buli ada banyak jenis. Ada buli standard asas tahap 1 macam ambik air kat dewan makan.

Ttahap 2 dia just tambah sikit kerja macam bagi baju untuk basuh + rendam nila + pewangi + gosok sekali dan pulangkan ikut masa yang dia nak.

Kalau tahap 3 dah start ekstrem skit main sentuh-sentuh.

Contohnya, macam dia rasa kau tak hormat dia, dia pukul kau. Dia rasa pandangan mata kau terlampau berlagak walaupun kau tak pernah pandang dia, dia pukul kau. Dia rasa masa dia dah sampai untuk tunjukkan dia hebat depan kawan-kawan dia, dia pukul kau. Paling mulia, dia tumbuk/sepak kau punya la kuat atas alasan nak bagi kau jadi kuat. Aku suka matlamat dia yang berpandangan jauh tu. Dia patut jadi pengarah 1MDB.

Tahap ke 4 yang paling EKSTREM bila perbuatan buli tu boleh mendera fizikal dan mental mangsa buli tu serentak.

Biasanya, perbuatan tu ada kaitan dengan seksual seperti yang korang boleh bayangkan dan ada yang korang tak dapat bayangkan DAN aku malas untuk bantu bayangkan kat korang.

KESAN KEPADA MANGSA BULI

Buli ni sangat mendera mental sebenarnya. Aku bagi korang contoh mudah. Dalam satu keluarga, ada kau dengan abang kau. Kau tengah syok tengok cerita SURI HATI MR. PILOT tetiba abang kau panggil suruh tolong ambil sesuatu. Tapi sebab kau tahu dia tu abang kandung kau, kau akan buat jugak la walaupun malas.

Sekarang, bayangkan situasi yang sama berlaku tapi yang suruh tu cuma abang senior bilik kau. Dia tak guna intonasi macam orang mintak tolong walaupun ada perkataan tolong, intonasi tu lebih kepada arahan WAJIB.
Dia tu dah la bukan sapa-sapa Cuma beza umur 2@3 tahun je kot. Bukan penderaan fizikal sebab dia tak sentuh kau dan tak berat mana pun kerja tu. Kes ni jadi penderaan mental sebab :

1. Nak atau tak nak, kau kena buat jugak

2. Dia akan mintak ‘TOLONG’ buat menda sama tu bukan sekali tu je, selalunya dalam sehari nak dekat 100 kali dan berpanjangan sepanjang kau duduk asrama tu, 5 tahun aku tempuh benda ni..pfft

3. Paling berakhlak, waktu dia mintak ‘TOLONG’ tu, kita bukannya tengah berangan dan takde kerja, nak dibandingkan dengan dia yang tengah main fon mesej awek, memang ‘busy’ sangaaat.

Mesti korang terfikir kenapa aku tak melawan? Korang anggap je la aku ni insan yang lemah. Majoriti senior sokong buli, majority junior tak sokong buli, memang semua ikut je la senior2 beriman dan berakhlak mulia ni. Dan kitaran ni akan berterusan sampai la sekarang.

Sebab apa Cuma majority yang sokong bukan semua? Yang minority tak sokong buli tu biasanya yang kena buli tahap ekstrem macam aku la. Yang majority sokong tu biasanya dia Cuma kena tahap 1 atau tahap 2 punya buli je, so diorang tak terkesan sangat la. Yang kena tahap 3 buli tu biasanya dia akan ulang balik apa yang dia kena dan buat kepada junior.

Yang golongan istimewa pernah rasa keempat-empat tahap buli tu, kami tak sokong buli diteruskan sebab penyiksaan dia sangat teruk. Ada antara kami yang murung dan jadi pendiam. Macam aku, aku pon berubah tapi terbalik. Dari tak banyak cakap tiba-tiba banyak cakap pastu buat lawak bodoh je keje. Ni cara aku lari dari trauma buli ni.

Aku jadi tak pandai nak luahkan kemarahan dan sangat mudah hilang marah. Ni sebab waktu kena buli tu walaupun aku tak suka aku terbiasa diamkan kemarahan dalam hati je. Mencarut dan maki dalam hati. Menagis tak keluar suara sorang2, tak pernah bagi tahu sapa2. Korang kiranya beruntung la menjadi orang pertama yang tahu kisah aku. Tepuk tangan sikit pliss.

Ingatkan dah masuk alam university takde la aku kena buli dah, rupanya kena lagi. Cuma cara dia berbeza. Antaranya, pinjam duit pastu tak reti bayar. Setiap masa nak seringgit tapi kalau dah setiap hari mintak, beratus jugak la habis duit aku. Pastu yang kaki bahan ni pon satu hal lagi. Mentang2 aku tak pernah marah dan acah2 senyum bila kau bahan aku depan orang ramai, tu tak bermaksud aku tak terasa. Bahan perkara kecik takpe macam kau tak hebat main futsal, tapi dia ni bahan kau punya kekurangan diri contoh banyak jerawat, gemuk dan lain2. Depan orang ramai pulak tu pastu kena gelak berjemaah. Terasa macam aku tak patut hidup je dalam dunia ni.

Kesimpulannya, semoga para pembuli dimasukkan ke dalam syurga. Amin.

– ENCIK SILA MENINGGAL

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit