Mangsa Ilmu Hitam

Pertama sekali, tujuan utama aku tulis kisah ini bukanlah untuk menjadi terkenal, malah aku sanggup merahsiakan identitiku.

Ringkasnya, aku adalah seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang masih lagi berusaha untuk menghabiskan pengajianku.

Aku adalah seoarang yang memang suka menulis dan berkongsi cerita berdasarkan pengalaman yang Allah beri padaku.

Jadi, inilah kisah ringkasku dan aku berdoa semoga perkongsianku memberi sedikit kesedaran terhadap semua yang membaca.

Aku pun bukanlah hebat sangat dalam menulis, tapi aku bersyukur jika ada yang memahami dan mendoakanku.

Itulah kasih sesama insan, saling doa-mendoakan yang terbaik antara satu sama lain (terutama sekali orang-orang yang mengenaliku).

Tapi maaf, kadang-kadang antara kelemahanku adalah aku agak susah sedikit untuk menceritakan perasaanku yang sebenar melalui penulisan (sekurang-kurangnya aku mahu cuba).

Bagiku yang penting, semoga mesej yang hendak disampaikan, difahami.

Kisahku yang disihir. Aku cari di internet, tak ramai yang nak berkongsi pasal sihir ini. Kalau ada pun yang aku jumpa adalah dalam nisbah lebih kurang 3:10.

Jadi, aku bercadang untuk meluangkan sedikit masa yang ada untuk share pasal ni. Semoga menjadi bahan bacaan yang berfaedah untuk orang lain yang suka mengisi masa lapang mereka dengan bacaan yang berfaedah.

Sihir adalah ujian yang Allah beri kepadaku yang ku rasa sangat mencabar diri dan imanku.

Dulu aku pernah juga buat kajian pasal ajaran sesat di Malaysia untuk subjek usuluddin semasa di tingkatan 6. Tapi siapa sangka, aku juga diuji dengan mainan bomoh ini.

Sebelum ini, banyak juga kisah kawan-kawan yang ku dengar diuji dengan ilmu hitam seperti sihir, santau ataupun ajaran sesat yang lain.

Aku yakin pasti orang-orang yang pernah rasa juga ingin kongsikan kisah mereka, tapi mungkin tiada masa atau ketenangan fikiran untuk menulisnya.

Aku akui memang memerlukan masa yang tenang untuk kawal perasaan kerana ujian ini sangatlah tidak disukai untuk didengar apatah lagi untuk memikulnya.

Secara logiknya, siapa yang suka disihir?

Dan secara fitrahnya, orang yang ada rasa kemanusiaan dalam hatinya semestinya tidak suka mendengarnya. Kerana manusia diciptakan bukan untuk saling sakit menyakiti, tapi untuk saling tolong menolong.

Agak lama juga aku diuji dengan sihir, mula-mula tu aku tak sedar pun aku disihir, sebab symptom yang aku alami buat aku fikir bahawa aku mengalami depression atau stress yang teruk.

Jadi aku cuba dekatkan diri dengan Allah untuk kurangkan sakit-sakit itu.

Penyakitnya pelik sangat, sakit yang melampau dan teruk daripada sakit yang kita alami sebelum ini.

Kalau demam tu, rasa panas seperti dibakar pun ada, kalau bab makan, selalu lupa dan tak berselera melainkan kalau makan beramai-ramai itupun cuma 3 atau 4 suap saja.

Tidur terganggu selalu mimpi buruk dan yang paling ku ingat mimpi digigit ular. Pernah juga rasa lost sampai hampir kemalangan.

Panjang lagi ceritanya pasal gangguan ini. Macam-macam lagi yang aku alami, sungguh menyakitkan. Allahu. Mujur Allah beri ku peluang untuk terus bernafas, sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh tulis tentang ini dan kongsi.

Aku pernah rasa penat sangat sampai ku fikir lebih baik ku mati saja sebab banyak kali berubat tapi sakit tu serang kembali.

Aku dapat rasa orang yang jumpa bomoh tu masih terus menyerangku setiap kali aku berubat. Aku terpaksa deactivate akaun facebook ku untuk bertenang.

Aku berdoa, sepanjang aku deactivate fb, aku dapat tumpukan perhatian untuk pengajian tahun akhirku yang tertangguh, dan segala urusanku juga dipermudahkan, sambil ku berdoa kalau orang itu masih cuba untuk menyihirku semoga Allah balas.

Puas sudah aku menangis, dan aku fikir sampai bila lagi? Kita memang tak boleh nak tuduh, tapi berdasarkan tanda-tanda yang Allah tunjuk padaku, aku seperti dapat tahu siapa orangnya.

Tapi aku hanya mampu doa, kalau dia masih tak nak bertaubat atau berhenti jumpa bomoh, biar Allah yang balas dengan kuasaNya, atas segala derita yang ku tanggung.

Aku juga doa agar semua plan dia untuk menganiaku atau orang lain akan gagal, malah kelak makan diri dia pula.

Kepada semua yang pernah disihir atau sedang diuji dengan ilmu hitam, marilah sama-sama kita doa dengan penuh rasa kehambaan agar Allah tolong kita dengan kuasa-Nya.

Sahabatku juga ada nasihat, kita adalah orang yang teraniaya dan doa orang yang teraniaya ni makbul.

Allah juga ada firman, “berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan untuk kalian” (ghafir :60).

Kita tak perlu untuk doa supaya hajat kita itu makbul segera, sebab kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin, Allah memang dah makbulkan doa kita, Cuma tangguhkan bagi lambat sikit saja.

Semua yang terjadi dengan izin Allah dan ada hikmahnya. Allah takkan uji kalau kita tak mampu.

Mungkin ini masa untuk bina kesabaran kita, atau masa untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lampau, sebab doa orang yang sakit ni mudah makbul dan biasanya doa masa sakit ni ikhlas.

Ingatlah, orang yang normal hati dan fikirannya takkan sanggup nak aniaya orang. Kalau dengki, dia pernah fikir tak kalau dia yang berada dekat tempat orang yang kena sihir tu.

Bahagiakah tengok derita orang lain? Terbalaskah segala dendam dengan semua penganiaan?

Soalan yang tiada jawapannya. Bayangkanlah kalau ahli keluarga kita sendiri yang kena aniaya,
mesti kita pun sakit hati kan?

Sinilah pentingnya sifat iman yang ada dalam hati setiap muslim. Orang yang beriman dengan kuasa Allah percaya hanya Allah saja yang berhak balas kejahatan kepada orang lain.

Kalau sesuatu tu Allah tak beri kepada kita, maksudnya itu bukan untuk kita dan mungkin Allah nak selamatkan kita juga.

Kita tak perlu untuk guna khidmat bomoh tambah-tambah lagi untuk aniaya orang, sebab bila kita terjebak dengan syaitan, kebahagiaan yang kita dapat pun hanya sementara saja. Syaitan itu musuh manusia sejak terciptanya Adam dan Hawa lagi.

Apapun, semoga Allah pelihara kita. Semoga Allah ganti dan balas semua kesakitan ini, hasil kezaliman orang ni, dengan kesejahteraan dan kesihatan.

Dan semoga Allah balas balik kesakitan tu kepada si penzalim. Mungkin betul di dunia ni dia boleh lepas, tapi tak di akhirat.

Tapi mari doa, kalau kat dunia ni pun dia masih terus nak aniaya orang, semoga Allah tunjuk apa yang dia dah buat (sekurang-kurangnya dekat orang-orang yang dia pernah aniaya). Allah itu maha adil lagi maha berkuasa. Allahu.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *