Hai. Saya adalah seorang lelaki berbangsa melayu. Baru-baru ni saya ada terpalit kes dijadikan saya sebagai keldai akaun.
Cerita dia panjang namun untuk sesi pembukaan saya cuba terangkan apa itu keldai akaun.
Keldai akaun terdapat 2 ciri iaitu menyerahkan kad bank kepada scammer dan ciri kedua memberikan akaun bank kita sebagai traksaksi tumpang sementara.
Sebenarnya orang keldai akaun tidak tahu langsung aktiviti scammer. Mereka diberi janji dan pelbagai alasan yang munasabah untuk diberikan kepada si scammer tersebut.
Diantara alasan ialah kerana untuk meluluskan pinjaman perlu serahkan kad bank.
Kedua, bank si scammer diblock pasal kad kredit tidak bayar jadi nak pinjam akaun kita tanpa bayaran.
Dan banyak lagi alasan2 si scammer akan buat. Pointnya dia nak dapatkan akaun milik kita. Itu point penting sekali. Ingat dalam kepala.
Jadi berbalik cerita aku, aku memang terkena tipu si scamer tersebut yang menyatakan hendak memasukkan traksaksi ke dalam akaun aku,
Kerana si scamer tersebut mengatakan akaun di block pasal kad kreditnya tidak mampu bayar.
Jadi aku tidak pernah belajar undang2 aku merelakan masuk traksaksi untuk simpanan sementara dengan niat nak menolong.
Ringkas cerita, bulan 2 begitu si scamer memwujudkan satu traksaksi berjumlah RM500 tanpa syak wasangka.
Seterusnya bulan ke 3 kemasukkan traksaksi lebih besar dan tiada apa2 repot bank mahupun polis tentang aktiviti si scammer tersebut.
Masuk bulan 5, si scammer tersebut baru la mintak duitnya untuk dipos kepada orang yang tidak kenali langsung.
Namun begitu, saya tergaman seketika selepas dipos wang tersebut. Akaun saya kena block. Rupanya keesokkannya barulah pihak bank call bahwa ada satu repot polis.
Sebenarnya cerita sangat panjang tapi tak membantu saudara/saudari. Saya cuma nak cerita kisah tentang keldai akaun dan paling penting, tolong lepas ni scam balik scammer tersebut.
Bagaimana nak scam balik? Iaitu setiap kali urusan duit masuk. Sudah pastinya si scammer menyuruh masuk duit ke dalam akaun keldai akaun.
Jadi point utama, kita buat satu transaksi serendah RM10 ringgit.
Selepas itu buat repot polis. Selepas itu bawa repot polis itu kepada pihak bank. Pendek kata, bank yang terlibat digunakan seperti bank islam, cimb bank, rhb bank dan lain2 bank.
Perlu diingat jangan sesekali ambil gambar hantar kepada si scammer tersebut. Biar dia tidak menyedari tentang repot tersebut.
Sedikit sebanyak si scammer tersebut telah rugi berpuluh ribu malah berjuta andaikata seluruh rakyat malaysia membantu malah membantu juga mangsa keldai akaun yang teraniaya.
Sebenarnya nak tahu scammer buat kerja ialah menyuruh mangsa masukkan deposit terlebih dahulu dengan pelbagai alasan.
Alasan biasa sebab ada da tunggu nak beli. Jadi suruh kita mangsa deposit tanda cop dulu.
Jadi inilah point penting bahwa si penjual itu adalah scammer. Kedua nak tahu si scammer ialah jual murah dari harga pasaran. Itu menarik minat pembeli untuk deposit dulu.
Aku pon apabila sudah alami. Pihak polis bukan nak siasat lebih dalam. Tapi lebih terarah kepada mangsa keldai akaun.
Orang teraniaya dijadikan mangsa scammer malah dianiaya pula oleh pihak polis. Janji kes selesai. Pahit untuk polis nak telan, tetapi kenyataan begitu.
Seperti permainan di atas aku terangkan. Pihak polis boleh tubuhkan satu skuad mencari scammer sehingga ke akar. Namun hanya hangat2 tahi ayam.
Juga keldai akaun seperti aku buat dakwaan sampai mahkamah tutup kes. Sedangkan si scammer masih lagi berleluasa.
Sedangkan si scammer mudah dicari iaitu didalam website online seperti dalam mudah, facebook dan lain2. Ciri2 mereka menyuruh mangsa deposit dulu. Itu la si scammer.
Sangat mudah. Itu kerja polis. Polis boleh cari akaun pemilik yang dijadikan keldai akaun.
Bukannya di dakwa seperti harini tetapi bekerjasama dengan keldai akaun sehingga pihak polis mampu mencari si scammer tersebut.
Kepada mangsa keldai akaun seperti aku, jangan pening2. Buat repot polis. Tunggu polis siasat sahaja. Andai kena reman, biarlah kena reman. Habis tinggi seminggu. Makan pon free.
Jangan bayar satu sen pon untuk ikat jamin. Sebab ikat jamin bukan ratus2 tapi ribu. Biarlah sampai di mahkamah.
Pihak mahkamah akan keluarkan denda sahaja andaikata kita tiada kes polis dan mahkamah sebelum ini. Denda pula hanya begantung pihak mahkamah.
Ini bukan kes aku, malas nak citer. Tapi tengok dalam news, denda ditetapkan setimpal gaji kita sebulan perolehi.
Dan kita tidak perlu membayar satu sen pon duit mangsa yang dideposit ke dalam akaun kita yang dijadikan sebagai keldai akaun. Itu kesilapan mereka. Bukan kita menipu mereka. Mereka ditipu oleh pihak si scamer tersebut.
Kalau di bawa ke mahkamah, cofirm tak lepas pasal traksaksi itu sah. Buatlah sebarang alasan kalau kemasukkan traksaksi akaun itu persendirian yang makna bukan akaun ssm. Cuma elakkan orang ekor kita.
Akhir kata aku nak bagitahu, dekat 150k mangsa keldai akaun 3 tahun kebelakang. Bukan sikit. Ramai terkena. Jadi bagi aku. Ini la cara aku nak bagi korang yang baik-baik ini seperti aku supaya sedar.
Mungkin saudara/saudara tidak rasai. Tapi mungkin adek beradik, saudara terdekat, kawan-kawan bakal terkena menjadi keldai akaun.
Kepada polis, tubuhkan skuad jenayah terancang, jangan hangat2 tahi ayam.
Ye betul bukan mudah. Tapi kalau siasat sapa ke akar memang la dapat. Cuma jangan pergi dakwa org tidak bersalah. 2 kali 5 dengan scammer. Menganiaya si keldai akaun. Wasalam…
– Ismail (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit