Mangsa Mentua

Hi kepada pembaca disini. Aku LaraHati. Dah kahwin enam tahun yang lalu. Belum dikurniakan anak. Tapi pernah keguguran sekali.

Kat sini aku nak luahkan apa yang terbuku di hati. Aku dah luahkan pada suami tapi suami pun serba-salah kerana ia melibatkan syurga dia.

Ye, siapa lagi kalau bukan Mak mentua aku. Mak mentua aku nie prinsip dia, biar menantu jatuh tergolek sakit, tapi jangan anak-anak dia.

Anak-anak dia makan lambat lima minit pun menantu kena bebel takut anak jatuh sakit. Tapi menantu jatuh sakit dia kata biasalah. Jangan layan sangat sakit tue katanya.

Macam aku kan, ada kursus ke apa beberapa hari atau paling lama pun seminggu, Mak mentua aku dah mesej aku cakap aku derhaka tinggal suami lama-lama. Katanya tempat isteri disisi suami.

Bila aku tunjuk mesej tue kat suami, dia suruh aku sabar.

Dia kata dia tak nak jadi macam Acik (adik suami) gara-gara tegur Mak sendiri, akhirnya sampai sekarang Mak mentua tak pedulikan Acik dan tak bercakap dengan Acik.

Adik suami aku nie bujang. Itu aku tak boleh nak campur. Harap ada sinarlah.

Okey, berbalik pada cerita aku. Mak mentua aku nie sikit-sikit akan nerakakan orang tak kira siapa. Dah macam Ustazah viral tuelah, makan ubat tahan sakit masuk neraka. Lebih kurang sama jerlah.

Untung Pak mentua aku tak macam suami dia. Huhuhuhu.

Aku keguguran tiga tahun lepas, Mak mentua aku membebel cakap tak jaga makan minum, ada buat dosa dengan orang. Tue sebab gugur katanya.

Aku cuma diam. Dia suruh aku cuba produk itu ini desak aku mengandung. Sampai ke la nie. Suruh jumpa orang itu ini konon pandai dalam bab anak nie.

Aku dengan suami turutkan demi nak jaga hati dia punya pasal. Bila masih belum berhasil, dituduhnya aku tak berusaha kuat.

Untung aku tak sampai dua bulan lepas kahwin, aku duduk sendiri. Bayangkan kalau aku still duduk rumah dia, kau rasa?

Bukan setakat aku jer, biras-biras aku yang lain pun sama. Auto kena mental kalau dengan Mak mentua nie. Menantu tak makan takpe, anak tak makan dia punya risau tue tahap apa dah.

Anak makan lambat sikit, dimarahnya menantu cakap kenapa lambat bagi anak dia makan. Bab duit lagilah, menantu pun kena involved bagi sebab Mak mentua kata satu keluarga.

Bab duit jerlah dia anggap menantu tue keluarga. Bab lain jangan harap ler. Siap mesej tanya siapa lagi tak bagi duit.

Aku bagi RM300, suami bagi RM400. Dah RM700. Anak menantu lain tak tahulah berapa diorang bagi. Menantu dah lima, anak sendiri tujuh orang.

Itupun tak sampai setengah bulan called anak menantu minta lagi. Tak bagi nanti mulalah send ceramah anak derhaka. Kadang dia tak hantar kat group keluarga, dia send kat group saudara-mara pasal anak derhaka.

Bab masakan, lagilah. Apa yang menantu masak semua tak kena, tak sedap, tak ikut cara keluarga dia. Sambal telur mata pun dia kata pelik tak pernah dibuat dek orang.

Ada kaki ayam or leher ayam pun dia geli. Dia cakap dia tak pernah bagi anak-anak makan tue. Anak dia tak biasa. Tak biasa ya? Suami aku kalau kaki ayam buat sup, seperiuk habis buat dia sorang jer. Suka meratah. Tak biasa ya.

Cerita buruk menantu tue, memang dah jadi satu kewajipan ler bagi Mak mentua aku. Ada saja ceritanya.

Dia mengadu nangis cakap menantu-menantu dia suka habiskan duit anak-anak dia, control anak-anak dia, belanja tak bagi. Bila benda tue sampai kat kami, kami macam whatt??

Tapi itulah, yang kes Acik tue, membuatkan yang lain tak boleh tegur Mak mentua. Sebab bagi Mak mentua, anak menantu tegur Mak tue dah jatuh derhaka.

Dulu arwah Bapak mentua aku tegur pun Mak mentua aku punya merajuk kalah budak-budak tau. Jenuh pujuk.

Kalau duduk rumah anak-anak, menantu kena cuti 2-3 hari. Nanti mulalah cakap anak menantu abaikan dia, menantu tak suka dia dan banyak lagilah.

Aduhaii. Bak kata Shuib, “Pening arrr”. Kalau dia tahu anak menantu dia bercuti, siaplah dia kemas kain baju dia then called ajak pergi bercuti. Dia sebut jer. Kau bantah or tolak, siaplah. Anak menantu yang mental.

Aku rasa banyak mak mentua macam nie. Maksudnya bukan dah habis mak mentua baik kat dunia nie tapi banyaknya macam nie. Kadang terfikir kalau macam nielah perangai, kenapalah kahwinkan anak.

Tapi buat anak-anak tue takde isteri/suami. Suruh taat kat dia jer. Macam Amir dalam drama baru nie, dah lupa tajuk drama tue. Taat melulu tanpa berfikir sebab takut tak dapat syurga.

Rare lah kalau Pak mentua perangai macam nie kan. Selalu memang mak2 mentua banyak macam tue. Kami pun tak boleh buat apa. Anak menantu yang lain pun sama. Jadi kami-kami semua buat apa yang patut jerlah.

Kesian kat Acik tue. Dah ibarat kena “buang”dengan Mak sendiri gara-gara menegur kesalahan Mak sendiri jer. Berbakul Acik kena maki hamun, dicarut. Tapi Acik tetap bagi duit dan belikan barangan dapur untuk Mak sendiri.

Sini jerlah cerita aku nie. Kalau ada pembaca yang mungkin pengarah filem ke drama ke, tolong adaptasikan cerita sebegini di layar kaca. Bagi kesedaran.

Cuma aku takut nanti persatuan Mak2 mentua yang perangai macam tue buat demonstrasi pulak.

– LaraHati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *