Mangsa Narsistic

Aku seorang perempuan usia 30, status J, anak seorang. Alhamdulillah ada kerjaya bagus. Aku ada seorang teman lelaki aku namakan H, umur 29, bujang.

Aku taktau nak mula macam mana. Aku kenal H dah lebih 2 tahun, dah banyak kenangan pahit manis aku dengan dia yang aku tak boleh lupakan. Aku ada terbaca tentang sikap narsistic pasangan di tiktok. Dan sebenarnya aku baru sedar yang aku adalah mangsa H.

H seorang yang narcissistic. Mula2 aku menidakkan mungkin sebab aku sayang dia sangat. Bila difikirkan kenapa aku sayang dia sangat aku pun taktahu.

Takda apa yang special dia buat untuk aku tapi dia ikat batin aku, perasaan aku sampai aku tak boleh lupakan dia aku tak mampu tinggalkan dia.

Awal kenal H, dia sangat baik soft spoken, gentle dan semua ciri ciri yang buatkan perempuan jatuh cinta. Dia hanya boleh berpura pura dalam 3bulan je. After 3 bulan dia slow slow menunjukkan true color dia.

1 – Dia sangat marah bila aku cuba ambik tau tentang peribadi dia cth dengan siapa dia hubungi setiap hari. Aku hairan kenapa perlu marah kalau takda apa yang salah.

Aku dapat tau dia ada orang lain, aku cuba confront tapi aku disalah kan sebab aku buka phone dia tanpa kebenaran. Pasal kesalahan dia curang dia tak cakap langsung pun. Minta maaf lagi lah tak.

Kemudian, isu tu didiamkan. Aku sebab dah sayang maka aku diam, dan harap apa yang aku tengok tu adalah tak betul. Aku salah diri aku sebab buka phone dia.

2 – Setiap kali dia dalam kesusahan, tak kisah lah bergaduh dengan teammate dia ke, bos dia ke, dia salah kan aku. Sebab aku tak tolong dia cari keje lain untuk dia pindah.

Padahal aku ni menjadi pendengar setia dia selama ni bila dia stress. Aku tolong apply kerja2 yang lebih baik tapi aku jugak yang salah.

3 – Dia suruh aku belajar untuk trade saham, aku tak minat. Tapi aku buat jugak sebab aku dengar cakap dia. Bila tak menjadi, dia salah kan aku sepenuhnya sebab aku ni tak belajar betul betul, aku ni pemalas. Sedangkan dia sendiri pun tak cuba belajar.

Apa yang dia expect 3 bulan belajar sendiri untuk jadi kaya raya? Aku disalahkan lagi sampai bergaduh nak break up semua. Aku yang selalunya sewajibnya minta maaf walau aku tak salah, walau dia yang terang terang salah.

4 – Dia sentiasa nak terlihat bagus dimata orang lain terutama family dan kawan kawan dia. Dia sangat bertanggungjawab terhadap family dia, sangat soft spoken dan beradab dengan kawan kawan.

Tapi bila dengan aku, walau bukan salah aku, aku dimaki, dicarut, dihina macam macam. Akhirnya aku minta maaf untuk redakan kemarahan dia.

5 – H suka dipuji, suka dihormati, dianggap spt tuan. Dari cara dia bercerita tentang apa apa pun, memang akan nampak dia terpaling bagus.

Pernah aku bergurau, puji kawannya lagi smart, dia tak boleh terima, terus maki hamun aku, cakap aku perempuan murah, jalang suka tengok jantan, dan block aku. Seolah aku bersalah sangat.

Padahal dia selalu je usik kawan aku yang cantik2 puji orang lain, aku anggap itu gurauan. Lain pulak bila aku yang buat. Dan lg sekali aku minta maaf.

6 – H tak suka orang lebih dari dia. Dia cerita kawan nya pakai kereta mahal dan mengumpat seolah kawan dia pakai duit bini sebabtu boleh pakai kereta mahal.

Sedangkan aku fikir kita tak berada di tmpt kawan dia pun, kita tak tahu pun situasi kenapa nak judge? Tapi aku tak cakap la. Kalau aku cakap mmg aku yang kena so aku diamkan seolah setuju apa yang dia cakap.

7 – H suka mengungkit. Aku ada masa silam aku sendiri yang mana aku jujur dengan H masa aku mula sayang dia dulu. Ternyata tindakan aku menjerat diri sendiri. Sampai harini dia ungkit dosa aku, kesilapan aku, kisah silam aku, malah mengeji, mencaci macam macam.

Setiap kali bergaduh dia akan mention dan cakap. Katanya supaya aku ingat sampai bila bila sedang kan aku dah bertaubat dari dosa2 lama tu.

Dia compare diri aku dengan diri dia yang baik suci mulia. Dia salahkan family aku tak didik aku betul betul sebab tu aku banyak buat dosa. Aku sampai taktau nak rasa apa masa ni. Aku anggap ye aku salah, aku menyesal sebab ayat ayat dia.

8 – dia paksa aku terima diri dia. Dia cakap dia takkan cukup dengan seorang perempuan. Dan memang betul. Banyak kali dia curang. Aku tau semuanya tapi aku tak boleh tinggalkan dia. Lepas aku tau, rupanya dia lebih kejam.

Taktahu berapa ramai perempuan yang dia mainkan sampai yang pregnant pun ada. Tapi diorang dah move on daripada dia. Aku je masih bodoh bertahan semata sayang.

Dia bagi syarat kat aku, kalau aku sayang dia, nak dia aku kena terima apa pun yang dia buat. Dia nak ada berapa ramai perempuan pun, aku kena terima. Kalau aku tak boleh terima, dia suruh aku tinggalkan dia.

Aku pernah cuba tinggal kan dia, tapi aku teringat ingat. Bila tidur, mimpi. Bila terjaga, mencari. Aku cuba dah minta petunjuk Allah tapi tak datang kedamaian dalam hati aku.

Tapi, bila aku dapat hubungi dia, aku rasa nyaman dan tenang. Seolah aku bahagia semula. Dan dia akan ulang semuanya perangai negatif dia.

9 – H nak aku dengar cakap dia je. Apa pun yang aku cakap, atau apa yang aku cuba jelaskan dia taknak dengar. Bila aku bersuara untuk membetulkan keadaan, dia hanya anggap aku melawan cakap dia.

Akhirnya aku diam, iya kan kesalahan aku, dan minta maaf sedangkan aku taktau apa salah aku.

Pernah sekali aku tak dapat datang jumpa dia sebab last minit ada urusan kerja. Dia bagi kata dua sama ada putus terus, atau datang jumpa dia.

Aku terfikirkan kerja aku yang akan hancur sedang kan dia boleh bertolak ansur tapi dia hanya fikir kehendak dia. Dan akhirnya aku disalahkan kerana mungkir janji. Berakhir dengan aku minta maaf.

Kebaikan yang aku nampak pada dia, dia akan tolong aku, bantu aku bila aku dalam kesusahan. Dia cuba usaha juga untuk tolong kalau dia mampu. Selain dari tu, memang semua menyakitkan aku.

Aku taktahu mcm mana nak move on daripada dia. Aku dah cuba bukan sekali dua tapi banyak kali malah apa yang aku rasa, sakit. Lebih sakit.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. da terang2 ko nmpk perangai jantan tue mcmne!yg ko nk stay lg bt ape…blah je la…jantan mcm tue ko nk lg, baik ko x pyh mnta pdgn kt sini,blum tntu lg ko akan ikut😏

  2. mengaku jela yg sebenarnya ko yg desperate cinta H. tu yg dia buat ko mcm bola tu. Sah2 H tu buat ko mcm 3rd choice dia. hadap jela. dia je nk ko.

  3. Narsistic ni suka kan perhatian kita. Dan ketahui lah org narsistik ni lah yg paling banyak insecure, sebab tu dia kena down kan org lain utk boost up diri dia.

    Awak tengok dia selalu push utk awak tinggalkan dia, sbb dia suka tengok org yg perlukan dia, sbb dia sendiri pun tak berguna haha. Jadi, caranya awak push dia pulak utk tinggalkan awak. Reverse it. Apa2 yg si narsistik ni selalu ugut kita, kita reverse balik kat dia.

    Yang penting, awak jgn sesekali tunjuk kelemahan atau yg awak goyah depan dia. Awak nak nangis, nak marah, nak meroyan sekali pun, buat lah belakang dia, asalkan dia tak nampak.

    Dia sukakan perhatian, jadi kita hentikan perhatian tu. Dan lastly, akak, move on lah, sayangi diri akak. Jgn buang masa dgn dia, you deserve to be love too. You deserve all of the kindness in this world. Love yourself, untuk bahagia kita tak boleh bergantung pada org yg tak nak pun kita bahagia atau happy. Hiduplah kerana Allah. Insya allah semoga Allah beri jalan keluar dan kesembuhan pada akak. Jazakallahu khair.

    • sambungan…tips utk post break up dgn narsistik.

      for sure si narsistik akan kembali ahahah…merayu, menangis, menggila..drama drama dan drama. They will do anything to prove that you still need them.

      Yes memang kita ada perasaaan lagi, tapi nak ke melalui semuanya lagi, after kita dh lepas dari sangkar si narsistik? nak ke? jadi, abaikan text dia, call dan apa2 lah jenis contact, show no respon, sebab itu balasan yg paling baik utk dia. Percayalah dia akan terseksa ahahah….tak payah nak balas dendam, do nothing to make them suffer.

      Kita pulak, focus utk healing, take as much time you want, take care of yourself, be alone if you have to, cry all u want, and dont hurt yourself, its not your fault. Take care okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *