Kerap kali aku membaca coretan mangsa p3d0filia dalam ruangan ni. Antaranya confession ini, (https://iiumc.com/aku-mawar-
Ya, aku juga mangsanya. Gadis naif yang hilang kehormatan diri sejak kecil lagi. Aku perkenalkan diri sebagai Dhiya (bukan nama sebenar), berusia 22 tahun dan bakal bernikah dengan pilihan hati tidak lama lagi.
Aku berasa jijik bila teringat kisah aku menjadi mangsa.
Sungguh pada masa itu aku langsung tak tahu bahawa aku menjadi mangsa lelaki yang bernafsu serakah sehingga aku meningkat remaja dan diberi pendedahan mengenai sentuhan selamat.
Glupp!!! Allahuakbar. Ya Allah ampuni lah dosa hamba-Mu ini.
Masa aku kecil dulu dalam lingkungan 8 tahun aku kerap ke rumah nenek. Aku selalu bermain dengan pak usu aku yang berumur jauh lebih tua dariku. Main masak2, main sembunyi2 dan perompak.
Bila petang dia selalu mengajak ku mandi, ya aku mandi sekali dan disaat itu juga aku dir4b4 dan jarinya memegang kemaluanku. Bagiku ianya biasa2 sahaja. Tetapi sebaliknya, itu adalah satu cabulan.
Aku juga pernah dicabul oleh bapa saudaraku yang aku gelar sebagai F.
Ketika itu F bermain game dan aku leka melihat dia bermain game sehingga jarinya memasuki kemaluan ku dan dia memaksa aku memegang anunya.
Aku anggap itu biasa2 sahaja. Ya Allah, bod4hnya aku. Sesak dada bila aku teringatkan zaman kanak2 yang tak indah ini. Menangis ketika menulis coretan ini. Allah.
Permudahkan lah setiap langkah dan urusanku, ampunilah segala dosa2ku ya Allah. Aku hamba mu yang berdosa. Sungguh naif.
Bod4hnya aku bila tidak didedahkan dengan sentuhan yang tidak selamat sehingga kerap kali berulang kepadaku. Sungguh aku rasa jijik pada diri sendiri.
Pernah juga ketika aku tidur aku berasa aku memegang sesuatu yang aneh yang basah.
Masa tu aku dalam bilik, tidur sendirian dalam gelap. Aku dicabul dan mataku ditutup dengan bantal sehingga aku tak nampak si pelaku.
Kerap kali aku menjadi mangsa cabul dan aku pernah dir0g0l bapa saudaraku sendiri ketika aku sendirian di rumah.
Keluargaku langsung tidak tahu menahu tentang apa yang pernah berlaku kepadaku sewaktu aku kecil.
Aku yakin ada yang cuba menyalahkan aku dalam hal yang sebegini. Tak terluah sebenarnya apa yang ingin disampaikan. Allahurabbi. Laillahaillah.
Bod4h kan aku? Jijik kan? Salah aku ke semua ini berlaku?
Mana mampu untuk aku pertahankan diri ketika waktu dulu sedangkan aku langsung tidak tahu tentang s3ks dan sentuhan tidak selamat. Aku masih kecil.
Sehingga kini aku merasa jijik pada diriku sediri. Kenapa Allah uji aku sedemikian? Tumpah air mataku. Aku tak pernah meminta berada dalam ujian yang sebegitu.
Aku akan berkahwin tidak lama lagi. Macam-macam yang aku fikir, adakah dia menerimaku seadanya? Perlukah dia untuk mengetahui semua ni? Ya sudah pasti TIDAK untuk dia tahu.
Sekarang aku cuba sedaya upaya untuk menghapus memori hitam zaman kanak-kanak2.
Para pembaca, doakan aku kuat menempuhi cabaran dan dugaan pada masa akan datang.
Doakan juga aku terus istiqamah dalam perubahan yang lebih baik. Semoga doa ini juga berbalik kepada kalian. Biarlah identiti aku dirahsiakan.
Pesan ku kepada kalian, ajarilah anak kalian tentang sentuhan selamat dan jangan pernah menaruh kepercayaan penuh kepada orang lain untuk menjaga puteri kalian.
Ajari puteri kalian cara berpakaian mengikut ajaran Islam, bataskan lah pergaulan mereka dengan lelaki ajnabi. Didiklah anak kalian dengan ilmu agama yang secukupnya, bawalah mereka ke majlis ilmu.
Harapan dan doaku supaya anak yang bakal lahir dr rahimku pada masa akan datang tidak menerima nasib yang sama sepertiku dan moga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Sekian.
– Dhiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit