Mangsa Ped0phile Abang Saudara

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika menyiarkan coretan tak seberapa ni. Lately ni aku banyak terbaca tentang coretan mengenai Ped0phile. Ya, aku salah seorang mangsa golongan itu semasa aku kecil.

Aku harap ramai yang mengambil iktibar tentang cerita ini lagi-lagi para ibu bapa. Sentiasalah alert dan percaya setiap apa yang disampaikan oleh anak kecil. Kerana anak kecil tidak pandai menipu.

Nama aku Dhiya. Semasa aku berumur lingkungan 5-6 tahun, abang saudara aku (anak kepada makcik) telah menetap dengan keluarga aku kerana mendapat tawaran bekerja disekitar rumah aku.

Permulaan yang baik kerana dia akan keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat malam.

Ketika suatu malam aku terasa seperti dibelai ketika sedang tidur. Aku ingat ibu kerana aku tidur seorang diri dibilik. Aku buka mata lalu ternampak abang saudaraku sedang mer4b4 kemaluanku dari luar seluar.

Aku bertanya kepadanya kenapa. Dan dia menjawab ada nyamuk. Ya aku ingat lagi. Apalah seorang kanak-kanak tahu. Aku tiada pendedahan tentang perkara ini.

Dan perkara ini berlaku hampir setiap malam. Aku ada adukan perkara tersebut kepada ibu tetapi ibu mengandaikan aku mimpi dan membuat cerita rekaan.

Ya Allah b*d*hnya aku ketika itu. Jika diizinkan aku mahu pulang ke waktu itu dan melindungi diri aku dari perkara yang merosakkan diri aku. Perkara ini kerap berulang sehingga abang saudara berhenti kerja dan menyambung pelajaran.

Aku semakin meningkat dewasa. Ketika aku berada di tingkatan 1, sekali lagi abang saudara menetap bersama keluarga aku. Ketika itu aku tidak ingat tentang peristiwa sewaktu kecil. Tapi tidak sekarang. Aku sudah terdedah dengan pelbagai pelajaran disekolah dan sosial.

Pada suatu hari, ketika aku pulang dari sekolah, rumah aku sunyi. Aku ternampak nota yang diletakkan di peti ais menyatakan keluarga aku melawat saudara yang meninggal di Pahang.

Aku tidak mengetahui bahawa abang saudara aku bercuti pada hari tersebut kerana pintu biliknya tertutup rapat. Aku pun menyalin pakaian dan masuk bilik air untuk mandi.

Bilik aku tidak mempunyai bilik air sendiri. Cuma bilik utama dan ruang luar sahaja mempunyai bilik air. Selesai mandi, aku masuk ke bilik untuk berpakaian. Setelah siap, aku keluar dari bilik untuk makan. Dannnnnnnnnn, pintu bilik abang saudara aku terbuka.

Aku ternampak dia sedang baring sambil seluarnya terbuka dan aku sendiri malu untuk bercerita secara terperinci. Aku terus masuk bilik dan menangis. Aku terlalu terkejut dan tidak mampu untuk berfikir.

Apa yang aku nampak membuatkan aku mengigil ketakutan. Keluarga aku tiada dirumah. Aku berfikir mahu duduk dirumah jiran aku sementara keluarga aku balik.

Sedang aku mengemas buku dan pakaian, aku terjumpa sebuah telefon yang disorokkan dicelah2 buku aku. Rupanya ketika aku mandi dia telah curi-curi masuk kedalam bilik aku untuk merakam video aku secara sembunyi.

Jijiknya perangai kau! Sedangkan kau mempunyai adik beradik perempuan. Apa kau sanggup jika orang berbuat demikian terhadap adik kau? Aku m4tikan video yang sedang dirakam itu.

Aku cuba siasat berapa banyak video aku yang sudah dirakam secara sembunyi. Ternyata lebih dari 30 video aku termasuk aku sedang tidur sewaktu kecil.

Aku menangis semahunya. Aku m4tikan telefon tersebut dan masukkan kedalam beg pakaian aku. Aku capai telefon aku dan terus keluar dari rumah. Aku tak tahu kemana aku mahu pergi.

Ketika aku duduk ditaman, aku teringat yang aku menyimpan nombor adik perempuan abang saudara aku. Aku terus call dia dan menceritakan segalanya sambil menangis.

Mujur ketika itu dia melanjutkan pelajarkan di negeri aku dan mempunyai perlbagai kemudahan untuk datang kerumah. Dia suruh aku menunggu dia ditempat yang selamat sementara dia datang kepada aku.

Dalam 2 jam kakak saudara aku sampai. Aku terus memeluk dan menangis. Lalu menceritakan semula apa yang berlaku. Aku pun menunjukkan video-video tersebut kepada dia. Mengucap panjang dia.

Dia juga sedih dan kecewa kerana abang yang dipercayai melindungi dia dan keluarga sanggup membuat perkara jijik tersebut. Dia menelefon keluarganya dikampung.

Tetapi kami masih merahsiakan perkara ini kepada abang saudara aku dan keluarga aku. Kami bercadang mahu bersemuka pada waktu malam ketika keluarga aku sudah pulang.

Sambil menunggu semua orang tiba, aku dengan kakak saudara pergi ke tempat lain untuk bertenang dan pulang pada waktu malam ketika keluarga aku sudah berada dirumah.

Inikerana kakak saudara aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan abangnya. Takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Ketika semua orang ada, kami berkumpul diruang tamu. Keluarga ibu saudara aku juga ada. Begitu juga abang saudara aku. Lalu kakak saudara aku membuka segala cerita. Mengigil dia bercakap sambil menahan marah.

Pada mulanya abang saudara aku menafikan cerita tersebut. Tetapi setelah aku tunjukkan bukti video dari telefon miliknya, walid aku tidak dapat menahan diri dari amarah.

Dia menumbuk dan menampar abang saudara aku. Dia juga menghalau abang saudara aku dari rumah. Begitu juga ibu bapa abang saudara aku.

Mereka cukup marah sehinggakan mereka menampar dia berkali-kali. Mereka juga merayu kepada ibu bapa aku supaya tidak menceritakan perkara ini kepada keluarga lain kerana mereka tidak sanggup tanggung malu atas perbuatan anak mereka.

Kasihannya! Sanggup merayu demi menutup aib si anak.

Setelah kejadian tersebut, walid aku tidak lagi bertegur sapa dengan abang saudara aku. Begitu juga aku. Aku takut dan fobia kerana masih dibayangi kejadian tersebut.

Akibatnya, aku menyendiri dalam tempoh yang lama. Keluarga aku bersusah payah untuk menyembuhkan aku. Tidak mudah.

Kerana perasaan takut itu terlalu tebal dalam hati dan masih terbayang hingga sekarang. Tetapi, aku amat berterima kasih kepada kakak saudara aku yang sudah aku anggap seperti kakak sendiri.

Terima kasih Kak Ju! Terima kasih juga dekat keluarga aku kerana berusaha melindungi aku dari menjadi lebih teruk walaupun agak lambat.

Wahai lelaki, jagalah nafsumu, akalmu, akhlakmu. Jika kamu terlalu mengikut nafsu, kamu bakal merosakkan masa depan seorang wanita.

Wahai wanita, jagalah mahkotamu sebaiknya dan serahkan kepada yang berhak kerana dia halal untukmu.

Wahai ibu bapa, jagalah dan pantaulah tingkah laku anakmu lagi-lagi perempuan.

Assalamualaikum.

– Dhiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *