Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terima kasih kerana sudi siarkan confession saya. Saya gelarkan diri saya Capital B ye. Maaf kalau ayat terabur sebab saya tak pandai tulis ayat hehe. Tujuan saya post confesor saya ni sebab saya ada la terbaca pasal mad (bukan nama sebenar) tentang gay tu.. berbalik kepada cerita saya macam mana saya boleh jadi gay dan pada masa yang sama ada juga suka perempuan (biseksual la kan?).
Nafsu saya pada perempuan sangat tipis tetapi kalau pada lelaki lagi-lagi badan sado (bukan terlalu sado dan bukan terlalu kurus, orang kata ada six pack tu) dan kulit putih serta muka handsome buat saya rasa bernafsu. Okay cerita dia begini, perwatakan saya dulu masa kecik2 agak lembut juga sebab saya ni jenis suka tengok orang buat apa dan saya ikut, jadinya kalau tengok tv ke atau tengok perempuan pakai lipstick, tudung saya pon nak cuba walaupun umur masa tu 6 tahun waktu tadika sebab saya dan adik2 yg lain tinggal bersama mak angkat saya sebab ibu bapa bekerja tpi disebabkan saya jenis suka memerhati apa yang orang buat jadinya perwatakan tu terbawa2 sehingga sekarang (umur dalam 20an) tetapi bukan jadi nyah tu, orang kata sopan dan baik la walaupun cuba untuk jadi lelaki sampai dah bela janggut dah sekarang tetapi hakikatnya hanya saya je yang tau yang saya mangsa pedophile (walaupun dulu xde kot istilah tu, huhu).
Saya ni dari keluarga yang amalkan ajaran Islam, kalau bercerita bab mak ayah, diorg solat tahajud tu memang setiap hari, amalan lain lagi lah, adik beradik yang lain pon bagus, kiranya kami dari keluarga yang baik2 dan punyai akhlak yang baik.. tahfiz ada seorang, belajar dkat luar negara amik bidang agama pon ada seorang. Kalau bercerita tentang saya, saya pon pergi ceramah agama, solat 5 waktu even puasa 6 syawal pon saya buat, solat malam 10 hari terakhir waktu ramadhan pon saya ada buat cuma lpas dari tu saya xbuat..
kadang tu lpas abis baca quran lpastu pergi lempiaskan nafsu, nampak tak teruknya saya ni…tapi percaya lah dalam setiap solat, doa saya semua saya minta yang baik2, minta jadi lelaki sejati, lupakan perkara2 maksiat dan sampai satu tahap tu dah berjanji dengan Allah tak nak melepaskan nafsu sendiri dengan tengok video tak senonoh tu tetapi xmampu untuk bertahan hawa nafsu yang gila tu, bila saya baca komen mad tu, ada yang kata ubah mindset, cuba pikir benda lain, tak rasa jijik ke kalau tengok lelaki, dan percayalah bnde tu sangat susah nak buat, nak hilangkan dari ingatan.. kadang tu rse mcm nk hilang ingatan je supaya tak terpikir lagi nk buat perkara terkutuk tu. Kadang terpikir ayat ‘kalau’ la diputarkan waktu untuk mengelak dari terjebak dengan perkara2 begini, tentu saya takkan jadi macam ni tapi tulah penggunaan ayat ‘kalau’ tu untuk perkara lepas dikira berdosa sebab tak terima takdir Allah.
Sekarang ni pun saya masih dalam proses nak perbaiki diri walaupun kadang tu ‘tersimpang juga’, mana taknya jumpa dengan lelaki yang muka macho bdan sado.. terasa nafsu tu smpai terbawa2 mimpi tauu, orang lain mungkin waktu baligh mimpi basah dengan perempuan tapi saya ni mimpi basah dengan lelaki, ya Allah paham tak mcm mana keadaan tu..
saya tahu ini ujian Allah untuk saya lalui, seorang yang perwatakan agak lembut tapi bukan nyah, agak pendiam, suka memerhati (introvert la senang cerita) tapi bila tinggal sorang2, mula laa tgok video bukan2 konon2 depan orang acah malu, acah xtau kalau org or kawan cerita pasal s*x ni tapi belakang nafsu gila silap2 lagi tahu dari diorg ni. Dan saya juga ada gf (bertudung labuh dan baik) dan bercadang nak berkahwin tetapi disebabkan perangai dia yang moody tanpa sebab buatkan saya rasa macam malas nak kahwin dan rasa nak hidup single sampai bila2. (Terbayang juga salah saya sebab cerita yang baik2 aje konon2 saya lelaki suci, baik tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa jijiknya saya di hadapanNya, rse malu kalau dia tahu saya ni macam mana). Itu pun antara salah satu sebab saya nak elak dari terjerumus ke lembah kehinaan, iaitu dengan berkahwin dengan gf saya sebab bila saya dgn gf, saya akan lupa dengan perbuatan terkutuk saya tu iaitu tengok video lelaki (walaupun kami hanya chat di whatsapp aje dan amat jarang sekali bertemu sbb nak menjaga ikhtilat).
Kadang berharap Allah tarik nyawa supaya tak hadap lgi bnda2 ni tapi banyak sangat ke amalan kita ni nk bawa dekat dalam kubur??? Terbayang pasal neraka syurga, amalan yang kita lakukan ni jijik, semua saya tahu tapi disebabkan nafsu serakah ni, tumbanglah saya ke lembah maksiat yang Allah laknat. Saya harap kepada pembaca2 mohon doa kepada orang2 seperti kami agar kuat dalam melalui ujian Allah ini agar tidak menyimpang dari jalan yang lurus, insyaAllah kami cuba untuk menjadi lelaki sejati dan maaf andai kata ayat ni terabur dan buat kalian tak faham.
Bekas mangsa pedophile yang berubah menjadi gay yang ingin berubah…
– Capital B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit