Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri untuk para pembaca. Terima kasih pada admin kalau siarkan confession aku. Nama aku Faz, seorang perempuan berumur awal 20-an dan belum berkahwin.
Aku menulis di sini sekadar untuk berkongsi cerita dan bukan untuk membuka aib sesiapa. Aku nak cerita pasal anak saudara aku yang menjadi ‘mangsa perceraian’ mak ayah dia
Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku perkenalkan serba sedikit mengenai latarbelakang anak saudara aku. Aku namakan anak saudara aku sebagai Adam.
Ayah Adam ialah abang sulung aku (Along) dan mak Adam iaitu bekas kakak ipar aku (Fasha). Adam mempunyai mak tiri (Shila) dan Adam juga mempunyai ayah tiri (Rizal). Maaflah kalau readers agak keliru dengan penjelasan aku. Hehe.
Alright aku mulakan cerita. Masa aku umur 7 tahun, Along kenalkan Fasha dekat family kitorang.
Pada mulanya mak ayah aku kurang berkenan dengan Fasha sebab dia jenis agak sedikit liar. Tapi sebab Along dan Fasha nampak sangat ‘mencintai’ antara satu sama lain so mak ayah aku ok jelah. So Along dan Fasha pun kahwin. Setahun lepas tu, lahirlah anak saudara aku, Adam.
Dipendekkan cerita, masa Adam baru berumur 9 bulan, Fasha kantoi ada lelaki lain. So bila dah kantoi, Fasha mintak Along ceraikan dia. Pada mulanya Along tak nak ceraikan Fasha sebab katanya kesian dekat Adam yang kecik lagi masa tu. Tapi Fasha berkeras jugak nak diceraikan.
Mak ayah aku pun puas nasihatkan Fasha supaya tak mintak cerai tapi dia tetap dengan keputusan dia, nak cerai! So Along letak syarat, nak cerai boleh tapi hak penjagaan kena bagi dekat Along. Tanpa berfikir panjang, Fasha bersetuju.
So berpisahlah Along dan Fasha. Manakala hak penjagaan Adam dapat pada Along. Lepas je cerai, Shila terus tinggalkan Adam macam tu je dekat kitorang. Dua tahun lepas Along dan Fasha berpisah, Along amik keputusan untuk bernikah dengan seorang perempuan (Shila).
Pada tahun yang sama juga Fasha kahwin dengan Rizal. Maka dapatlah Adam mak dan ayah baru. Shila ni pula actually ex-girlfriend Along masa zaman sekolah.
Kitaorang adik-beradik dan mak ayah pun kenal Shila. Apa yang buat kitaorang teruja nak jadikan Shila ni kakak ipar adalah cara dia layan Adam. Memang nampaklah ciri keibuan pada diri dia.
Masa Along kahwin dengan Shila, diorang sama-sama kerja di ibu kota so Adam tinggal dengan kitorang kat kampung. Sebulan sekali diorang akan balik kampung untuk melawat Adam. Memang nampak sangat keluarga bahagia.
Setahun kemudian, company tempat Along kerja ada problem so Along diberhentikan kerja. Along dan Shila pun baliklah ke kampung. Along dapat kerja kat kampung manakala Shila jadi surirumah.
Oh ya, kat kampung diorang duduk kat rumah mak ayah aku. Kat rumah hanya ada mak, ayah, aku (usu) and Alang. Angah pulak kerja kat bandar.
Berbalik pada cerita aku, apa yang aku nampak bila Along dah duduk kat kampung, menghadap Adam 24 jam, dia jadi dingin terhadap anak dia sendiri. Setiap hari dia balik kerja, Adam dengan terujanya akan sambut dia di depan pintu. Tapi apa yang Adam dapat, hanyalah kena tengking.
Bermulalah episod kisah Adam sebagai anak yangkurang perhatian dari ayah dia. Jika di rumah, Along hanya akan menghabiskan masanya bermain permainan video di telefon.
Sekiranya Adam cuba-cuba nak ajak berborak masa dia tengah layan game, Adam akan dimarah. Bayangkan masa tu Adam baru berumur 4 tahun dah kena tengking-tengking. Bila Adam kurang mendapat perhatian Along, dia menjadi agak buas.
Bila kitaorang sebagai makcik-makcik dia tegur, Along akan pukul Adam. Semakin lama kitaorang semakin faham yang Along tak suka anak dia ditegur. Apa yang buat kitaorang geram, Along tak suka anak dia ditegur orang lain tapi dia sendiri tak didik anak dia.
So bila Along di rumah, kitaorang memang takkan tegur Adam kalau dia buat perangai. Bukan sebab takut kat Along tapi sebab tak nak Adam jadi mangsa lepas geram.
Shila pula, jika dulu sebelum kahwin dengan Along dia sangat rapat dengan Adam tapi tidak lagi sekarang. Tambahan pula sekarang Shila dah ada anak sendiri (Faiz) Dia pun seperti Along.. mengabaikan Adam.
Masa Adam nak daftar masuk pra-sekolah dulu, sikit pun Along dan Shila tak urus. Urusan semua mak ayah aku yang buat. Sampailah sekarang Adam dah darjah 4.
Jika ada urusan di sekolah yang memerlukan ibu bapa untuk hadir, aku atau mak yang akan hadir. Along hanya sediakan duit belanja untuk Adam. Selebihnya hanya kami adik-beradik and mak ayah yang akan urus.
Ya aku faham Along sibuk bekerja tapi isteri dia? Tak boleh ke sekali sekala dia hadir ke sekolah untuk urus anak tiri dia. Tak boleh ke dia berikan perhatian pada Adam macam masa sebelum dia kahwin dengan Along.
Sekarang.. Umur Adam dah 10 tahun. Adam sekarang duduk dengan kami manakala Along dan Shila duduk di rumah sewa diaoranh yang jaraknya dari rumah kami hanya 3km. Sesekali hujung minggu Along akan ambil Adam untuk duduk dengan dia.
Adam tak duduk sepenuhnya bersama diaorang dengan alasan tak ada nak hantar Adam ke sekolah tambahan pula anak angah yang duduk dengan kitaorang satu sekolah dengan Adam so bolehlah aku atau tok abah hantar dan ambik diorang di sekolah.
Kalau masa cuti panjang pula, selalunya Adam hanya akan bermalam di rumah sewa Along 1 malam. Lepastu Along akan hantar Adam balik tempat kitaorang. Selang 2-3 hari macam tu baru Along akan ambik Adam lagi.
Aku musykil, kenapa setiap kali Adam bermalam kat sana, hanya 1 malam? Lepastu hantar balik sini. Selang beberapa hari baru ambik. Isteri Along tak sanggup ke nak jaga Adam? Entahlah.
Perangai Adam sekarang.. memang agak buas. Degil dan melawan kata orang tua. Kitaorang sebagai makcik-makcik dia pula dah buntu.
Bermacam cara kita buat nak didik Adam. Cara lembut (nasihat) dah, cara keras (rotan) pun dah, tapi Adam tetap dengan perangai dia. Pembelajaran Adam pula, agak slow.
Bayangkan dah darjah 4 Adam masih merangkak nak membaca. Kerja sekolah tak siap kalau tak kena pantau. Adam sampai menangis bila kena suruh belajar atau buat kerja sekolah.
Feedback yang aku dapat dari guru-guru Adam, Adam sejenis tak buat kerja kalau tak ada orang perhatikan dia. So aku fikir Adam memang sangat dahagakan perhatian.
Bukan kami sebagai makcik-makcik dia tak bagi perhatian. Tapi sangatlah jauh bezanya perhatian mak saudara jika dibanding perhatian dari mak ayah sendiri. Along juga tak ambik tahu pasal pembelajaran Adam.
Mak kandung Adam pula, seingat aku kali terakhir dia datang melawat Adam 2 tahun lepas. Dan kali terakhir dia menelefon Adam setahun yang lalu itupun sekadar memberi tahu yang dia dah ada anak baru (anak angkat).
Aku rasa sampai di sini sahaja dahulu. Jika confession aku ini disiarkan dan mendapat respon para pembaca, aku akan sambung.
So apa yang aku dapat simpulkan, mungkin Along nak hak penjagaan Adam hanyalah kerana ego dia. Yelah, untuk apa dia beria nakkan hak penjagaan Adam tapi sikit pun dia tak peduli pasal Adam.
Aku ingat lagi kali pertama Fasha datang melawat Adam selepas 6 tahun diorang berpisah, Along beritahu ayah yang dia tak suka Fasha datang melawat Adam.
Jujur aku katakan Along memang sangat ego. Aku malas nak cerita panjang pasal Along. Next time je lah aku cerita pasal keegoan Along ni. Haha. Sekian, assalamualaikum.
– Faz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit