Mangsa Pukul Su4mi

Terpanggil nak berkongsi kisah aku bila heboh cerita suami pukul isteri. Ya, aku pernah jadi mangsa dipukul suami. Tapi keluarga suami semua salahkan aku.

Alasan depa mesti ada sebab kenapa anak depa berkelakuan macam tu. Iyalaa depan mak ayah sendiri mana nak tunjuk belang kan? Aku yang tido sebantal dengan dia tau lah macam mana ragam dia.

Ntah laa, dulu dia baik je dengan aku. Tak pernah tinggi suara, kalau menegur pun cara berhemah. Tapi aku perasan perangai dia berubah bila terlalu banyak campur tangan keluarga mentua. Semua benda nak control.

Mula dengan merungut, complaint sana sini dan mula memaki. Aku nangis setiap kali kena maki, dia mengamuk baling-baling barang. Sebab keluarga aku tak macam tu.

Aku tak melawan bila dia bengis, aku diam jer tapi dia tetap tak puas hati.

Dah maki wife, lepas tu tak minta maaf sebab dia rasa diri dia betul. Dan mula abaikan nafkah isteri. Semua aku kena tanggung sendiri atas alasan aku bekerja dan ada gaji sendiri.

Aku cuba ambil hati mak mentua. Birthday suami, aku akan belikan hadiah untuk mak mentua, bawa pergi makan.

Aku beli gelang emas, halus je la mampu aku beli yang 6.5 gram. Tu pun kata aku kedekut. Dan aku bagitahu, hadiah ni duit aku bukan duit suami aku.

Tiap kali raya aku kasi duit raya. Aku tak nak ada salah faham, sebab mak dia selalu perli aku keja habiskan duit anak dia. Aku tak pernah halang suami nak berbakti kepada keluarga dia.

Ada sekali tu aku kena c19. Dia tinggalkan aku sendirian di rumah terkontang kanting dengan spo91. Dia berkemas balik rumah mak dia.

Mak dia kata aku bawa penyakit. Masa tu aku sedih sangat. Ikutkan suami boleh je jaga makan aku, orderkan panda ke apa beli bubur sebab aku takde selera makan.

Ni tinggalkan tanpa bekalan makan kat rumah dengan semput nak nafas pun susah. Adik aku dan kawan-kawan yang heboh hantarkan makanan. Alhamdulillah.

Mak ayah aku tak dapat datang tengok aku sebab masa tu pkp. Sedih sangat masa tu tapi ada hikmah yang besar.

Aku sedar yang aku perlu sayangi diri aku sendiri dari sayangkan dia yang tak membuahkan hasil. Aku sentiasa berdoa, aku redha dengan apa yang terjadi sekiranya takde jodoh biarlah dia yang putuskan hubungan ini.

Kami masih suami isteri tapi hubungan tak mesra macam dulu.

Aku dah biasa sendiri, kalau sakit demam pun dia tinggalkan aku sendirian, pandai akulah nak hidup.

Dia boleh bercuti sana sini dengan keluarga dia. Itulah manusia yang bernama suami pedajal aku. Mak dia pun takde rasa malu buat anak orang macam tu.

Kepada mak-mak di luar sana kalau anak lelaki tu dah berkeluarga mak kena belajar melepaskan anak itu untuk berdikari nakhoda keluarga sendiri.

Mak jangan over protective plak sampai menzalimi menantu. Malas nak cerita panjang sebab sama je alkisahnya dengan orang lain, lebih kurang je.

Yang jadi suami pun jangan lembik, memang ye mak tu syurga awak tapi jangan tempah jalan ke neraka kalau abaikan isteri sendiri. Bayarlah nanti hutang tu kat akhirat.

Satu hari tu dia balik dengan muka bengis tanya apa aku cakap dekat mak dia sampai mak menangis.

Aku jawab takde cakap apa. Sebab aku jarang nak berhubung dengan mentua sebab tau dia tak suka aku. Bila aku jawab tak de cakap apa, lagi dia mengamuk tak puas hati! Masalahnya memang aku takde cakap apa dekat mak dia.

Tiba dia tarik rambut aku, dia tolak aku. Aduh, aku jatuh!!!! Dia tampar muka aku sekali berpinar rasa kepala otak aku. Then dia lafazkan cerai talak satu kat aku.

Aku jadi sakit hati, dah bukan salah aku dan aku tak tau apa mak dia mengadu domba.

Masa dia lafazkan cerai tu sambil jari dia tuding kat aku. Dia halau aku keluar rumah, dia kata aku derhaka dekat mak dia. Kurang ajar dengan mak mentua sendiri.

Aku jerit bodoh kat dia sekuat hati!!!!!!!! Aku babikan dia! Dia terkejut sebab selama ni aku tak pernah berkasar macam tu, tapi sebab hati aku sakit sangat. Aku carutkan dia.

Dia datang nak lempang aku, sebelum dia debik aku, aku tumbuk halkum dia, terus dia tumbang.

Aku capai tudung, aku malas nak fikir panjang. Aku ke pejabat agama terus, failkan permohonan pengesahan lafaz cerai, aku malas nak fikir dah. Aku buat repot polis sekali.

Turun naik Mahkamah syariah sahkan lafaz cerai. So aku jadi janda usia muda alhamdulillah terlepas seksa dunia.

Kami tiada zuriat walaupun dah kawin bertahun. Silap aku bertahan konon dia akan berubah, memang dia berubah, berubah jadi binatang!

Repot polis yang aku failkan tu, aku tak hingin nak tarik balik. Keluarga dia minta aku tarik balik repot tapi kalau dasar kurang ajar memang takde adab pun. Minta kita tarik balik tapi maki kita, update status kat socmed??!

So aku tak nak pertimbangkan langsung.

Aku nak ajar semua orang yang aniaya aku tanpa perlu aku menjerit-jerit macam orang gila ,tanpa perlu aku update status kat socmed meroyan. Tak perlu. Buang masa dan tenaga jer. Cukuplah aku didera mental fizikal. Serik!!!!

Dia mengaku salah, dia dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM2000. Dan sebagai penjawat awam dia dikenakan tindakan tatatertib, kerjaya pun terjejas.

Allah bagi cash jer kat dunia sebab aniaya isteri sendiri yang taat kepada dia dan hormat keluarga dia.

Walaupun diperli, dihina depan-depan takde menjawab, telan je.

Alhamdulilah kepada sesiapa yang ditindas, bangkit!!!! Cari bantuan, jangan bergantung 100% kat suami tu. Kalau suri rumah pun kena bijak cari duit tepi. Ada duit simpan, jangan tunjuk berduit sangat.

Aku yang bekerja ni pun ada gaji sendiri pun manusia tohmah kata aku habiskan duit anak dia. Inikan yang menyandang jawatan suri rumah kan???

Kena kuat semangat. Kalau dia tumbuk, tumbuk dia balik. Belajar kat u tube teknik nak tumbangkan lawan. Mesti dia terkejut beruk tengok kita melawan.

Walaupun dah setahun aku menjanda, aku lek lek chill jer. Buat masa ni aku trauma nak bernikah lagi. Pengajaran terbesar dalam hidup aku, sayang diri sendiri, sayang Allah. Sekian.

– Kiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *