Mangsa Scammer 3 Jam

Assalamualaikum semua.

Nama aku Hanim. Berusia lewat 20-an mempunyai kerja yang baik. Single, masih mencari.

Aku dalam fasa “mencari” jodoh. (kenapa aku sebut pasal jodoh pulak? Nanti korang akan faham kaitannya. Sabar eh)

Jadi antara usaha aku ialah meminta orang lain untuk mencari jodoh untuk aku. Sebab aku dah tak ada idea lagi mana nak mencari. Aku tak percaya app atau online searching untuk seorang suami. Nak suruh aku cari dalam kalangan kawan2, aku tak banyak kawan lelaki.

So aku pesan kepada beberapa orang yang rapat dan mengenali aku, untuk tolong mencari jodoh. Pada masa yang sama, kawan2 satu tempat kerja, senior dan staf lain juga mengetahui yang aku masih “mencari”. Jadi tak hairan lah kalau tiba2 ada orang call atau mesej minta berkenalan kan?

Di sini bermulanya kisah aku.

Aku mendapat mesej dari telco bahawa nombor telefonku menjadi senarai sahabat (friends) oleh satu nombor yang tidak dikenali. Aku namakan nombor tak dikenali sebagai Z. Tak lama kemudian nombor Z menelefonku. Aku fikir…kalau dia muat naik nombor alu sebagai friends dia mungkin benar aku ni kawan dia.

Aku pun mengangkat telefon selepas 2 deringan. Suara lelaki. Soalan pertama yang ditanya, “awak Hanim ka?”

Selepas aku jawab ya, aku pula bertanya padanya, siapa awak. Z namanya.

Baiklah. Aku mula merisik dari mana Z mendapat nombor telefonku. Z berkata bahawa nomborku dh lama dlm contact list dia. Cuma dia tak pernah contact. Sampai dia terlupa. Dan soalan seterusnya yang dia tanya adalah “awak nak kenal tak dengan saya? Kita kenal dulu”

Aku agak curiga. Siapa Z ni? Dari mana dia dapat nombor aku? Kalau nak kenal, siapa yang bagi nombor aku ni? Kak A, encik B, atau Aunty C?

Bermacam-macam persoalan bermain di otakku. Tapi aku layankan aja. Yelah… mana tau betul dia sungguh nak kenal aku. Perbualan Z dengan aku agak awkward. Sebab aku pun tak tau nak react mcm mana. Yelah, secara terkejut, aku dapat call, cakap nak kenal.

Dah la orang yang “memperkenalkan” kami pun aku tak tau. Aku cuba bertanya sebanyak yang mungkin, secara halus…tapi tak berjaya. Z berkata, nanti besok saya bagitau macam mana saya dapat nombor awak.

Aku hanya diam. Otak dah tak keruan. Masih memikirkan siapa yang memberi nombor aku. Perbualan kami berbasa basi, nothing specific. Bertanya tentang hal kerja masing2, umur.

Berdasarkan perbualan kami, Z sama umur denganku, berniaga dengan keluarganya, belajar tidak tinggi, habis belajar terus berniaga dengan keluarganya, meneruskan perniagaan ayahnya. Kedengaran seperti seorang yang baik, sopan santun, tiada apa yang menakutkan tentangnya.

Cuma aku masih ragu-ragu dengan bagaimana dia mendapat nomborku. Tapi aku biarkan aja. Z kan cakap nak cerita besok? Hahaha…

Setelah satu jam, Z menelefonku kembali, ketika ni tengah azan Zohor. (aku tak tau ada significant atau tak, tapi aku mention jelah. Haha)

Z tanya kalau aku mempunyai online banking. Aku terdiam. Dia tanya lagi sekali. Aku mengiyakan. Ye. Ada. Kenapa?

Z menceritakan yang dia tidak dapat meninggalkan perniagaannya dan ibunya memerlukan RM50 ASAP. Dia janji akan membayarnya semula.

Aku mula kerut dahi. Pelik. Rasanya belum pernah dengar lagi kisah kawan2 yang baru kenal melalui telefon tak sampai beberapa jam, dah mula mintak tolong dari segi kewangan. Aku mula syak siapa Z dan tujuannya.

Aku mengaku padanya yang aku agak skeptikal dengannya, untuk mempercayainya kerana aku belum mengenalinya. Secara zahirnya, dia dan aku adalah strangers dalam bahasa mudah.

Z gelak kecik. Laju sahaja dia berkata “saya bagi nama penuh saya dengan ic. Saya mesej awak. Awak transfer eh? Urgent ni. Saya janji saya bayar balik”

Pada ketika ini, terbayang di benakku satu perkara. Adakah aku dipukau? Tapi aku masih boleh berfikiran rasional. Aku bimbang aku lost my senses. Kerana banyak kisah pukau yang aku baca, mangsa tidak sedar apa yang terjadi. Tapi aku masih sedar.

Sebab aku nak akhiri perbualan tu, aku jawab OK. Tak lama lepas tu, masuk SMS dari Z nama penuh Z, no ic dan no acc banknya. Aku bertambah pelik. Haruskah aku mempercayainya?

Tapi lepas ja aku letak telefon, aku terus contact kawan aku, F yang aku suspek mengetahui tentang Z. Mungkin F yang ingin mengenalkan kami berdua. Atau mungkin F mengenali Z.

F mendengar kisah pendekku dan menidakkan sama sekali mengenali Z atau cuba memperkenalkan Z kepadaku. Pada masa yang sama Z tengah menelefonku berulang kali. F menyuruhku “block” sahaja nombor Z.

Aku hanya ignore panggilan masuk dari Z, kerana aku ingin lihat apa yang akan terjadi. Dia menghantar SMS satu lagi kepadaku.

‘sumpah demi Allah, saya tak tipu awak. Kalaupun awak tak percaya, tak apalah. Tolong jangan block nombor saya. Please’

Aku makin pelik. Kalau Z ingin kenal dengan aku sepertimana yang dikatakan olehnya, bukankah sepatutnya Z menceritakan sahaja bahawa dia mendapat nombor dari si D, dan aku boleh contact D untuk mengesahkan bahawa Z bercakap benar? (kalau aku di tempat Z, itulah yang akan aku akan beritahu Hanim. Sebab aku sungguh nak kenal Hanim dan Hanim boleh mendapat pengesahan dari D)

Akhirnya aku block sahaja nombor Z setelah beberapa minit. Dan aku meminta F untuk check ID caller Z di app trucaller.

Nak tau apa yang aku dapat?

Bukan Z.

Nama pak arab.

Wow. Aku hampir ditipu. Mungkin aku dah ditipu. Ya. Aku telah tertipu.

Aku rasa sangat bertuah kerana semua ini berlaku dalam masa yang sangat singkat. 3 jam sahaja. Alhamdulillah. Dan Allah selamatkan aku dari menjadi mangsa pukau Z.

Dulu, aku pun begitu, sama seperti anda semua. Aku pun tertanya, bagaimana boleh seorang yang terpelajar memberi wang yang banyak atau melayan sahaja sesiapa yang tidak dikenali.

Tapi kini aku faham. Mereka ni menggunakan pelbagai teknik dan taktik. Dalam kes aku, disebabkan aku dalam fasa “masih mencari” jodohku, maka aku terjerat dengan ayat “nak kenal saya tak?”

Aku hanya ingin menasihati semua di luar sana untuk berhati-hati dengan nombor yang tidak dikenali.
Yang kedua, jangan cerita semua tentang diri anda kepada stranger.

Dalam kes aku, aku tidak menceritakan tempat kerja aku, pekerjaan aku dan tempat tinggalku secara spesifik.

Ini juga nasihat kawanku apabila berdepan dengan sesiapa sahaja, biarpun mereka pemandu teksi, orang yang anda jumpa di pejabat pos atau kedai makan.

Jangan sebut spesifik tempat kerja anda dan tempat tinggal anda. Jawab secara am. Di bandar, di kampung. Dekat aja, di situ, di sini. NEVER tell a stranger the REAL truth.

Zaman moden ini, tiada siapa yang boleh dipercayai. Demi keselamatan anda juga. Baik lelaki mahupun perempuan. Berjaga-jagalah.

Jangan jadi seperti aku.

Aku doakan juga agar anda semua pembaca IIUM confessions selamat dari sebarang bentuk scamming. Moga kita sentiasa dilindungi. Amin.

Terima kasih kerana membaca kisahku.

– Hanim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *