Mangsa Seorang Narsistik

Assalamualaikum kepada semua peminat ruangan ini. Di sini saya ingin berkongsi rasa tersiksa menjadi mangsa suami narsistik…. saya kenalkan diri saya Mya dan suami saya, Joe.

Mempunyai anak dua orang perempuan berumur 20 tahun dan 16 tahun. Perkahwinan pertama dengan Joe (1997 – 2000) bercerai talak satu, rujuk balik tahun 2002. Kalau di ikutkan dari ciri-ciri yang di beri, 95% saya boleh katakan yang suami saya mengalami NARSISTIK.

Saya dan anak-anak adalah ‘mangsa’. Cuma, saya tidak ada peluang untuk membawa Joe ke kaunselor. Pernah mengajak tetapi tidak di endahkan langsung. Sekiranya dia tidak mempunyai ego yang tinggi, dan di beri kepercayaan untuk berubat, saya akan menjaganya sehingga akhir hayat saya.

Memang saya sangat-sangat menyayanginya. Tetapi sejak 10 tahun kebelakangan ini, perangainya makin berubah. Sejak itu saya tercari-cari dan sering membaca dan mendalami ilmu psikologi dan saya terjumpa perkataan ‘NARSISTIK’ dan mula mengenal dengan lebih dalam.

Pertama, saya tahu dia mempunyai perempuan lain. Saya telah nampak sistem pesanan ringkas dari perempuan lain. Tetapi saya selalu positif, dengan mengatakan kawan biasa memandangkan anak-anak masih sekolah dan perlukan kasih sayang dari seorang ayah.

Kedua, Joe suka provoke/memulakan pergaduhan . Setiap tahun bila sampai saja bulan Oktober sampai Disember, Joe seakan senaja mencari masalah/hal meyebabkan kami bergaduh. Perkara yang di gaduhkan adalah benda-benda remeh contohnya hal anak-anak atau sampah atau kucing.

Sikap Joe akan diam tidak bercakap dengan saya sehingga Januari. Ini yang saya rasa setiap tahun bermula dari tahun 2011. Joe akan bercakap dengan saya bermula Januari hingga September setiap tahun.

Pada firasat saya, Joe senaja buat macam tu sebab tidak mahu meraikan harijadi saya pada bulan October setiap tahun, dengan kata lain dia tak perlu memberi hadiah dan malas untuk membuat kejutaan. Saya faham dengan perangainya yang ego.

Saya telah terima semua kelemahannya. Bukan saya meminta-minta malah tidak pernah berharap, tetapi dia sendiri tahu itu kelemahan dia dan sekiranya sambut akan menjatuhkan ego nya. Setiap tahun, sekiranya merancang cuti ke luar negara, Joe menyumbang sebahagian sahaja. Seolah-olah, dia membayar bahagian dia dan anak-anak sahaja, bahagian saya kena keluar sendiri.

Selalunya pergi dalam keadaan yang terpaksa/marah-marah. Tetapi bila saya memberitahunya, saya pun menyumbang setiap kali bercuti, Joe seolah-olah menganggap sumbangan saya itu remeh sahaja. Demi untuk memgembirakan anak-anak, saya letak tepi perasaan ‘sakit hati’ itu untuk anak-anak dapat bercuti bersama-sama.

Ketiga Joe tidak senang saya keluar bekerja kerana dia mengatakan bila saya berkerja saya jadi angkuh kerana mempunyai gaji sendiri. Wahal gaji saya cuma 1/3 dari gajinya untuk memberi ibu bapa saya. Ibu dan bapa saya tiada mata pencarian melainkan pencen pesara kerajaan.

Akan tetapi, punca sebenarnya Joe tidak suka saya mempunyai kawan atau orang lain supaya orang lain tidak tahu perangai sebenarnya dan saya tidak mempunyai kawan untuk berkongsi perasan. Pada kali ini, saya tidak berganjak dengan keputusan saya dan masih meneruskan kerja seperti biasa.

Joe sentiasa tidak berpuas hati dengan saya dan seronok tengok saya sengsara dan Joe memberi syarat, sekiranya saya ingin keluar bekerja, rumah tangga mesti tiptop, anak-anak saya uruskan termasuk hantar ke sekolah bukan dengan bus sekolah. (Joe nak bagi saya tersiksa menghantar anak setiap pagi dan tempat kerja saya yang jauh).

Dia tidak akan membantu apa-apa, sekiranya saya dalam keadaan susah pun jarang untuk membantu, walaupun sekadar mengambil anak di taska yang jarak dari rumah 500 meter. Keadaan ini berlangsung dari 2008 hingga 2017. Tetapi pada tahun 2016 saya tidak dapat menahan mental di siksa, saya telah keluar rumah, puncanya tidak mahu bercakap tidak semena-mena.

Bila tanya ulang kali, acuh tak acuh saja. Mujurlah saya telah membeli sebuat apartment kecil berdekatan sejak tahun 2000. Bila saya telah keluar rumah, Joe datang mencari dan ajak balik, saya akur kerana masa itu, saya takut di persalahkan. Saya kembali ke rumah dengan azam baru untuk menjaga keluarga terbaik.

Akan tetapi 2017 saya berazam untuk membahagiakan keluarga dengan merancang percutian ke Jepun pada bulan Mac/April, 2017, saya di uji lagi dengan perasaan hancur lebur, bila saya dapati Joe dah pandai pergi ke luar negara secara backpaker dengan kumpulan lelaki dan perempuan.

Joe merancang secara senyap-senyap dengan kumpulan itu dan pegi ke negara Scandinavia pada bulan Januari/Febuari, 2017. Bila saya dapat tahu Joe akan pergi bercuti dengan kumpulan, saya bertanya pada Joe. Joe memberi kata putus, sekiranya saya berhenti kerja sekarang, dia akan batalkan percutian bersama kumpulan ini.

Berbalik kepada percutian kumpulan backpaker, dia telah berbaik dengan salah seorang perempuan dalam kumpulan backpaker sehingga kini malah telah berani keluar melancong ke luar negara secara berdua-duaan sekarang ni. Joe senaja menyakitkan hati saya dengan pergi bercuti dengan perempuan tu. Joe tahu yang saya akan mati-matian pertahankan kerjaya saya.

Untuk pengetahuan semua, Joe memang seorang yang berkira mengenai wang. Walaupun gajinya besar, dia sekadar menyediakan rumah dan duit untuk makan untuk kami.Tiada hadiah lain yang istimewa selain dari dapat makan dan dapat tempat tinggal yang seadanya. Percutian ke Jepun yang telah dirancangkan tetap kami pergi dalam keadaan tidak bercakap di sebabkan saya bertanya soalan bertalu-talu soalan.

Seperti biasa, setiap soalan yang di lontarkan tidak akan mendapat jawapan, malah saya di salahkan atas semua kejadian (ciri-ciri narsistik kan?). Tak putus-putus berdoa dan mohon petunjuk, akhirnya ada insiden tak di jangka berlaku di semasa bercuti di Jepun, Allah sebaik-baiknya perancang, saya dapat buka handphone Joe dan memang Joe masih berhubung dengan perempuan backpaker tu lebih dari kawan biasa.

Hari pertama sekembali saya dari bercuti ke Jepun, saya berdepan dengan Joe dan memberitahu saya tidak boleh terima hidup dengan perangainya sebegini, saya keluar rumah. Saya telah mengambil tindakan keluar kerana saya rasa otak dan perasaan saya di tahap maksima kerana setiap hari Joe memang menyiksa mental saya. Memang keluarga Joe mengata kepada saya macam-macam perkataan kesat. Saya tidak di bantu sedikit pun oleh keluarga mertua.

Dengan kedudukan Joe yang sangat berada sekarang, keluarganya memandang dia sangat baik (sebab kabur dengan duit sumbangannya). Dengan kedudukan kewangan dan aset yang kukuh, gaji yang besar sebanyak RM20,0000 sebulan. Ibu Joe di kampung sangat berbangga kerana Joe seorang yang bijak.

Ibubapanya juga memainkan peranan juga sampai dia menjadi NARSISTIK kerana sentiasa puji dan tak pernah memberitahu kesalahannya. Joe beruntung kerana mendapat majikan yang amat sayang padanya, kerana Joe seorang yang kreatif. Akan tetapi ada juga rakan-rakan sekerja yang bagus, tetapi majikan hanya memandang kepada Joe sahaja.

Saya akan tamatkan perkahwinan ini sebelum Disember, 2019 ini walaupun saya sangat sayangkan Joe, kerana saya sayang diri sendiri dari di sakiti. Kepada pembaca di luar sana, sekiranya terasa sesuatu yang tidak menyenangkan hati sebelum perkahwinan, tangguhkan sekejap. Tolonglah jangan jadi pengalaman macam saya.

Di kesempatan ini, saya ingin memberitahu kepada Joe, semoga Allah membalas setimpal dengan apa yang saya dan anak-anak lalui. Kepada perempuan backpacker, Allah itu maha adil.

Hari ni awak berjaya merampas suami yang saya sayang, awak adalah mangsa yang ke 7 dan mungkin ada yang ke 8 atau ke 9. Awak tunggu satu hari Allah rampas balik apa yang awak sayang. Sekiranya berkesempatan, saya akan menyambung dalam MANGSA NARSISTIK II dan anak-anak.

– Mya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *