Mangsa Sexual Harassment

Biar aku kenalkan diri dengan nama ‘Pia’ bukan nama sebenar obviously. Maafkan aku kalau ada yang tak paham atau bahasa rojak sebab aku bukan seorang pengarang mahupun penulis. Hanya seorang insan biasa, pelajar dan masih menuntut di universiti. Aku bercerita hanya nakkan kata nasihat, meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Nak cerita dengan keluarga tak sanggup, dengan kawan aku malu. Jadi aku pendamkan dalam hati.

Okay first of all, aku tengah menuntut si satu universiti. Kejadian ni berlaku dekat dalam bangunan yang menempatkan kelas aku. Bangunan tu ada lebih kurang 7 tingkat tapi kelas aku selalunya di tingkat 3. Satu hari , selepas lunch aku nak pergi ke toilet dalam bangunan yang sama. Nak pergi ke tingkat 3 aku dah tengah sarat nak kencing so pergi singgah toilet tingkat 1.

Time tu takde orang lain dalam toilet and masa aku tengah membuang, aku perasan tetiba ada handphone bawah pintu toilet korang! Aku terkejut so aku sergah tapi aku tak sempat nak kejar. Aku tak cerita dengan sapa-sapa sebab tu aib aku (sumpah aku tak tau nak cerita dekat sapa). Tak sanggup nak cerita dengan parent sebab takut diorang risau. So, aku try move on dan berdoa takde lagi kejadian yang sama berlaku.

Beberapa hari lepas tu, sebelum masuk kelas aku di tingkat 3, aku singgah dekat toilet, di tingkat 3. And once again masa aku tengah kencing, aku tertengok handphone yang sama! Korang tau kan ada certain toilet pembahagi kat atas tu tak full, so masa tu dia pegang handphone melalui bahagian atas tu. And once again i cant do anything. I cant even yell coz aku terkejut sangat. I try to become more careful, try tak pergi toilet sorang2 tapi aku pun manusia.

Just 2 days ago, the same thing happened again! (what did i do to deserve this sexual harrasement. Aku bertudung and hanya guna baju kurung ke kelas) Time aku tengah kencing tu aku perasan macam ada orang tengah try nak berdiri dekat tandas sebelah and aku nampak handphone yang sama lagi. Tapi kali tu orang tu perasan yang aku perasan dia nak rakam and rushing keluar. And once again being a fool aku tak dapat follow orang tu.

Actually aku ada suspect someone, kawan yang aku rapat and kenal sebab aku macam kenal handphone tu. 3 kali kot aku tengok. Tapi aku taknak suspect sebab orang lain pun boleh guna phone yang hampir sama kan. kang tak pasal2 terfitnah orang. Sebab kawan aku baik dengan orang and dia pun hafal quran. Yang buat aku suspicious sangat, masa aku nak pergi toilet harini aku acah2 nak pergi dekat tingkat 3 and masa nak naik lift ke tingkat 4 aku tertengok ‘kawan’ aku dekat tepi dinding berdekatan toilet.

Aku pun buat tak tahu and pergi ke tingkat 4, and surprisingly aku terjumpa dia lagi masa kat tingkat 4 tu. And im sure he’s using stairs coz im going up using the lift. He told me he was going into surau nak tido. But he was so suspicious that i juct act going into the toilet and went out minutes later without even peeing. And korang tahu, I didnt even see his slippers dekat surau. Masa turun tingkat 3 tu aku tengok dia balik. I think he know that im suspicious of him. Tapi lepastu aku buat tak tahu and still act like im okay and nothing ever happened.

Sorry kalau terlampau panjang, tapi aku hanya nak bercerita sebab aku tak dapat nak pendam sorang2. Boleh jadi gila. Korang rasa suspicious aku tak berasas ker memang ‘kawan’ aku tu suspect utama. Sebab orang tu macam tahu2 jer bila aku pergi toilet sorang. Perlu ker aku bagitau dengan parents? Aku taknak diorang risau. Patut ker aku buat aduan dengan lecturer ? Aku buntu tak tau nak buat apa. Aku rasa kotor sangat even takde buat apa2.

– Pia si mangsa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *